Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
387Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan

Ratings: (0)|Views: 11,722 |Likes:
Published by azie
Nota berkaitan dengan pembelajaran khas matematik.
Nota berkaitan dengan pembelajaran khas matematik.

More info:

Published by: azie on Nov 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

 
1.0Pengenalan
Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaanmatematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuahnegara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik muladirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamadmemperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskankejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik.Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukanbahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkansebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isikandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan prosesmental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis,rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikansebarang masalah.Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamatiaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat murid terhadapmatematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secaraberkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupibagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.Pada masa dahulu guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedahmengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Mereka jugamengamalkan teori-teori dalam aktiviti pengajaran. Akibatnya matematik merupakansuatu matapelajaran yang bukan sukar dipelajari, malah membosankan. Akhirnya muridkehilangan minat daripada pembelajaran matematik. Sebenarnya jika anda tahubagaimana matematik itu dibentuk, dengan sendirinya seseorang itu akan jatuh cintadengan matematik.
1
 
1.1Prinsip pemulihan dan tujuan pelaksanaannya
Menurut Kamarudin (1992), pendidikan pemulihan mempunyai objektif danmatlamatnya sendiri. Oleh itu pelaksanaannya harus mengikut peraturan-peraturan danprinsip-prinsip tertentu (Modul OUM HBSL2203, 2009). Di antara prinsip-prinsip yangdigariskan adalah seperti berikut :
Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik sahajamurid-murid dikesan mempunyai masalah tertentu di dalam pembelajaranmatematik. Ia perlu diatasi segera supaya tidak menghalang pembelajaranmurid.
Pendidikan pemulihan matematik juga mesti diberikan kepada murid-murid yangbermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik yang tertentu.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan danpengalaman murid. Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepadasukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pembelajaran harusditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan (Mok SoonSang, 1986)
Menggunakan kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapatmengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah.
Memberi pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik. Kejayaanyang diperolehi dalam sesuatu aktiviti matematik akan mendorong merekamempelajari matematik dengan usaha yang lebih gigih.
Tujuan pemulihan:
Menolong murid-murid lembam membina konsep matematik asas danmenguasai kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain.
2
 
Melatih murid hingga dapat menggunakan kemahiran asas untuk menyelesaikanmasalah matematik dan seterusnya membina keyakinan diri.
Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari.
Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan sendiri.
1.2Masalah Pembelajaran Matematik
Menurut Modul OUM HBSL2203, 2009 (Homan, 1970) menyatakan bahawamurid yang kurang kemahiran persepsi, seringkali bermasalah mengenai perkaitanruang, jarak, turutan, gangguan ukuran, anggaran, penyelesaian masalah dan geometri.Manakala Hudson (1966) di dalam Sabri Ahmad et. Al (2006) menyatakan personalitidan tanggapan negatif terhadap matematik adalah antara faktor yang menyebabkantimbulnya kesukaran mempelajari matapelajaran ini.
1.2.1Faktor-faktor mempengaruhi kesukaran mempelajari matapelajaranmatematik
:
Mempunyai masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikaldan masalah gangguan emosi.
Mempunyai masalah dalam mengingat
Belajar dengan cara yang mudah, hanya membaca tanpa membuat catatan ataurumusan
Mempelajari matematik dengan cara menghafal tanpa memahami konsep
Kurang teliti atau lalai dari segi pengiraan atau tulisan
Tidak menggunakan alat bantuan pelajaran dengan sebaiknya
Tidak boleh membaca
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->