You are on page 1of 5

MAJLIS SAMBUTAN HARI KECEMERLANGAN PELAJAR PERINGKAT

SEKOLAH

*Minta perhatian:
Bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini, saya memohon agar tuan/puan,
saudara/saudari sekalian,untuk mematikan telefon bimbit masing-masing.

TERIMA KASIH ..

DARI MELAKA KE NEGERI PAHANG


SINGGAH DI JOHOR BELI BERANGAN
KAMI UCAPKAN SELAMATLAH DATANG
APA YANG KURANG DI CACI JANGAN

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERHORMAT EN. MIZAN HAJI MOHD,


PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK BERSAMA-SAMA
DENGAN PEGAWAI DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT (PPD) IAITU
YANG BERBAHAGIA EN. NIK AWIRA SANI BIN ZAKARIA.

Bagi memeriahkan majlis pada hari ini hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan

LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH

Hadirin dipersilakan duduk

KAIN PELIKAT PANJANG SEMBILAN


PANJANG SERTA KEPALANNYA
PEMIMPIN ADALAH IBARAT INTAN
RAKYAT MENUMPANG SINAR CAHAYANYA

1
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH & SALAM
SEJAHTERA..

KICAU BURUNG SAHUT-SAHUTANG,


BUNYINYA INDAH TIDAK TERKATA,
YANG DINANTI SUDAH DATANG
SAYA CUBA MEMBUKA KATA

BERJALAN KE HILIR MELALUI PERMATANG,


PERMATANG ELOK SERING DIGUNAKAN,
KALAU SUDAH SEMUANYA DATANG,
MOLEK KIRANYA KITA MULAKAN.

YANG SAYA HORMATI EN. MIZAN BIN MOHD PENGETUA SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, DAN YANG BERBAHAGIA EN. NIK AWIRA
SANI BIN ZAKARIA WAKIL DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT (PPD)
SERTA RAKAN-RAKAN GURU, IBU BAPA, DAN PELAJAR-PELAJAR YANG SAYA
KASIHI SEKALIAN. SAYA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA HADIRIN PADA HARI INI TERUTAMA WAKIL DARI PPD DI
ATAS KESUDIAN MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI PADA HARI INI.

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya memjemput saudara Ustaz Kamarrudin bin
Ibrahim untuk memimpin bacaaan doa pada hari ini.

Amin....amin Ya Rabbal Alamin.


Semoga majlis mendapat keberkatan robbul izzati.

BUKAN KACANG SEMBARANG KACANG,


KACANG MELILIT KAYU SENAR,
BUKAN DATANG SEMBARANG DATANG,
DATANG MENYAKSIKAN KECEMERLAGAN PELAJAR.

2
Majlis menjemput Yang Berhormat En. Mizan Bin Mohd, Selaku Pengerusi Jawatankuasa
Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi 2008 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

NUN DISANA INDAH KOTA,


KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA,
INDAH SUNGGUH BICARA KATA,
MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat En. Mizan Bin Mohd Nor,
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kecemerlangan Pelajar sesi 2008 di atas ucapan yang
telah disampaikan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil pegawal dari Pejabat Pendidikan Daerah
Besut iaitu En. Awira Sani bin Zakaria bagi menyampaikan ucapannya. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA,


HARTA BANYAK PENUH ACUAN,
KATA INDAH TIDAK TERKATA,
BICARA BERNAS JADI PANDUAN.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Awira Sani bin Zakaria di atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Baiklah, hadirin sekalian.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, kita semua akan disajikan dengan beberapa
persembahan daripada wakil bagi setiap tingkatan serta persembahan khas daripada guru
sekolah ini.

3
Persembahan dimulakan dengan.....

 Wakil dari tingkatan 1 ( lakonan)


 Wakil dari tingkatan 2 (bacaan sajak)
 Wakil dari tingkatan 3 (nyayian)
 Wakil dari tingkatan 4 dan 5 ( Dikir Barat)
 Persembahan khas daripada guru (menggunakan alat-alat muzik)

Dengan berakhirnya persembahan daripada wakil guru itu tadi, maka berakhirlah
persembahan kita pada hari ini.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita, acara yang seterusnya ialah acara yang sangat dinanti-
nantikan oleh pelajar cemerlang pada tahun ini iaitu majlis penyampaian sijil penghargaan
dan hadiah sebagai menghargai kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para pelajar.

Untuk melancarkan acara ini, saya menyemput Pengetua SMKR En, Mizan Bin Mohd dan
diiringi oleh guru Penolong Kanan 1 bagi menyampaikan hadiah kepada para pelajar.

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan pelajar cemerlang bagi PMR iaitu dijemput.....

Seterusnya dijemput pelajar cemerlang bagi SPM iaitu dijemput......

PERGI KE HUTAN MENCARI UBAT,


UBAT DARI AKAR POKOK MERANTIN,
YANG DINANTI SUDAH DAPAT,
MARI BERALIH ACARA LAIN.

Bagi menghormati tetamu kita, sekali lagi saya menjemput Pengetua SMKR En, Mizan Bin
Mohd dan diiringi oleh guru Penolong Kanan 1 bagi menyampaikan cenderamata kepada
wakil dari PPD iaitu En. Awira Sani bin Zakaria.

4
Penutup

Akhir kata saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama rakan-
rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam menjayakan majlis pada hari ini dan tidak
lupa juga ucapan terima kasih di atas kesudiaan tuan/puan, ibubapa, saudara/saudari serta
pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian kerana sanggup meluangkan masa bagi menjayakan
majlis pada hari ini.

Ikan berenang di dalam lubuk,


Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.

Akhir kata, salah dan silap haraf dimaafi dari saya Siti Sapiah Mohd Yaacob selaku guru
Kesusasteraan Melayu di sekolah ini.

Sebelum hadirin sekalian pulang, dijemput para hadirin untuk menjamu selera di kantin
sekolah.

SEKIAN TERIMA KASIH

(Nyanyian lagu cemerlang, gemilang dan terbilang mengakhiri Majlis Sambutan Hari
Kecemerlangan pelajarpada tahun ini.)

You might also like