You are on page 1of 1

Makna Literal dan Makna Bukan Literal

Dalam komunikasi, makna yang disampaikan oleh kita bukan sahaja berbentuk literal
tetapi ada kalanya disampaikan dalam bentuk bukan literal. Dengan kata lain, ada kalanya
apa yang kita kata tidak membawa makna harfiah sebagaimana yang kita katakan.
Sebagai contoh, di meja makan, apabila seseorang berkata, boleh hulurkan sudu? Kita
tidak bertanyakan soalan tentang kebolehannyaberbuat demikian (iaitu boleh atau tidak)
tetapi kita meminta agar mereka melakukan perkara itu. Sekiranya seseorang berkata
sejuknya bilik ini. Ini bermakna ’tutup tingkap’ atau ’naikkan suhu bilik tersebut’
Untuk kita lebih memahami antara bahasa literal dan bahasa bukan literal,
perbezaan seharusnya melibatkan dua bentuk makna iaitu makna ayat dan makna
penutur. Makna ayat secara tradisinya didefinisikan sebagai bebas konteks iaitu makna
literal bagi perkataan itu sendiri sementara makna penutur adalah merupakan makna
sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur (interpretasi ujaran). Sebagai contoh,
seseorang berkata sup ini perlukan perencah. Dalam kes ini makna ayat adalah makna
yang dikeluarkan daripada ayat itu secara berasingan iaitu sup ini tidak cukup perencah.
Makna bukan literal merupakan makna tambahan iaitu makna yang diniatkan oleh
penutur. Dalam kes ini, jika dituturkan oleh seseorang chef kepada pelajar masakan,
ujaran ini mungkin bermakna tambah perencah lagi. Contoh-contoh ujaran yang
ditunjukkan di atas memperlihatkan cara kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi
dalam konteks tertentu berbanding bagaimana bahasa itu dituturkan secara dalamannya.
Sehubungan itu, kita akan mengandaikan bahawa contoh ujaran-ujaran di atasa bersifat
sistematik, iaitu ia dikawal oleh sistem prinsip-prinsip yang akan menjelaskan fenomena
bahasa ini. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini bahawa pragmatik adalah berkaitan
dengan interpretasi makna linguistik dalam konteks. Terdapat dua jenis konteks yang
relevans. Pertama ialah konteks linguistik-wacanan yang mendahului frasa atau ayat
yang akan diinterpretasikan . Sebagai contoh dalam ayat Dia menangis, Dia dalam ayat
ini susah untuk dinterpretasikan. Tidak ada rujukan bagi dia dan alasan mengapa dia
menangis juga kabur. Tetapi jika ayat yang mendahului adalah seperti Alik memukul
Kasim, makna interpretasi dia dapat diberikan dengan jelas iaitu dia merujuk kepada
Kasim dan alasan mengapa dia menangis dapat diberikan iaitu dalam konteks in, dia
dipukul. Kedua, ialah situasi konteks atau pengetahuan mengenai dunia. Untuk
mendapatkan interpretasi yang penuh bagi sesuatu ayat, pendengar harus mengatahui
rujukan dunia sebenar.
Kesimpulannya, adalah ilmuberkenaan penggunaan bahasa. Ia memperjelas
bahawa memanggil seseorang dengan engkau ni lembu bukan bermaksud seseoran itu
sebenarnya lembu tetapi ia merupakan satu penghinaan. Oleh kerana pragmatik
berkenaan interpretasi dan penggunaan bahasa dalam konteks, maka ia boleh
dipertimbangkan sebagai sabahagian daripada apa yang kita panggil sebagai perlakuan
linguistik.

You might also like