You are on page 1of 9

1

1.0 Pendahuluan

Tiga komponen utama tatabahasa ialah fonologi, sintaksis dan semantik. Fonologi adalah
ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa. Sintaksis ialah pengkajian tentang ayat
dan semantik pula berkaitan dengan pengkajian tentang makna. Pengkajian makna pada
peringkat semantik hanya terhad kepada maklumat linguistik sahaja. Menurut Speber dan
Wilson, pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna
sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna seharusnya
melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor
bukan linguistik. Ilmu pragmatik juga akan memberikan makna yang lebih sempurna.
Kombinasi antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat
membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Seterusnya, Bahasa Melayu amat
bergantung kepada konteks, bagi kita memperoleh makna sebenar sesuatu ujaran, konteks
mestilah ditentukan secara pragmatik melalui proses-proses pemilihan rujukan,
pengayaan dan penyahtaksaan. Kajian semantik dan pragmatik begitu luas termasuklah
puisi Melayu. Puisi Melayu dalam pelbagai genre yang diwarisi oleh masyarakat Melayu
hari ini tidak terhitung banyaknya. Warisan ini merupakan pusaka bangsa Melayu yang
mengandungi nilai peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa.
Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa, masyarakat
Melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis, rukun dan
beretika.

Rakaman kelembutan komunikasi, hubungan jiran tetangga kemanisan mendidik


anak dan apa sahaj yang melatari kehidupan mereka dapat dikesani dan ditelurusi dengan
penuh bermakna di dalam puisi-puisi tersebut. Rakaman ini juga menampilkan citra
masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin dan
halus dalam teguran. Dengan sifatnya yang begitu, menjadikan puisi-puisi warisan ini
dengan amat cepat memesrai masyarakat Melayu dan masyarakat lain hari ini tanpa
mengira batas budaya dan peringkat usia. Malah, puisi-puisi tetap utuh melandasi kaedah
pendidikan baik pada peringkat awal kanak-kanak hinggalah mendirikan rumah tangga
serta hal-hal keagamaan, kenduri kendara dan kematian. Segala-galanya mengungkap
2

corak dan bentuk pemikiran dan falsafah hidup mereka yang tinggi nilainya dan
mengandungi makna yang dalam.

Tidak sedikit penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dalam bidang puisi
Melayu tradisional, baik penyelidik luar alam Melayu mahupun dalam rumpun Melayu
sendiri. Nama-nama seperti R.O. Winstead, R.J.Wilkinson, I.V.Braginsky sudah tidak
asing lagi sebagai penyelidik yang sangat akrab dengan dunia puisi Melayu tradisional.
Dalam rumpun Melayu tidak pula asing dengan nama-nama seperti, Siti Hawa Salleh,
Harun Mat Piah, Abdul Rahman Kaeh, Mohd. Yusof Md. Nor, Jamilah Hj. Ahmad,
Hoessein Djajadiningrat, W.H.Hadi, A. Teeuw dan lain-lain lagi.

Hasil daripada pengelompokan karya puisi ini, terdapat tujuh jenis puisi yang
digolongkan sebagai puisi tradisional warisan asli masyarakat Melayu, iaitu pantun,
seloka, gurindam, teromba, mantera, talibun dan peribahasa berangkap.

Kelompok tesebut merupakan salah satu keistimewaan bahasa Melayu yang kaya
dengan bentuk-bentuk bahasa kiasan yang terdapat di dalamnya. Bentuk-bentuk ini
adalah sangat aktif digunakan dalam kehidupan seharian. Bahasa kiasan lama biasanya
akan lenyap dari penggunaan dan diganti dengan bahasa kiasan baru yang sama erti,
ataupun bentuk lama itu mendapat makna baru. Bahasa kiasan ialah ungkapan-ungkapan
yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun
daripada susunan tatabahasanya. Di dalam contoh-contoh di bawah, makna perkataan
yang dicondongkan di bawah tidak dapat diketahui daripada makna perkataan itu ataupun
daripada kedudukannya dalam ayat. Perkatan-perkataan itu adalah ungkapan kiasan.

a) Dia pergi menimba ilmu di UPSI


b) Mengapa perlu dikaitkan soal wang dengan kebahagiaan.

c) Kempen menghijaukan bumi.

d) Kamisah masuk bertanding menerusi cawangan Kampung Selamat.


3

Makna setiap perkataan dicondongkan dalam contoh-contoh di atas tidaklah sama


dengan makna perkataan tersebut seperti yang terdapat di dalam kamus. Perkataan
menimba dalam contoh (a) bermakna “mencari” atau “belajar”. Di dalam budaya Melayu,
timba digunakan untuk mengambil air di perigi. Oleh itu terdapat persamaan dengan
perbuatan mengambil ilmu daripada sesuatu sumber tertentu.

Di dalam contoh (b) dikaitkan bermakna “dihubungkan”. Di dalam contoh (c)


menghijaukan bermakna “menanam pokok”. Di dalam contoh (d) menerusi bermakna
“sebagai ahli”. Dalam contoh- contoh di atas, makna ungkapan-ungkapan yang
dicondongkan diketahui oleh orang yang memahami budaya penggunaan bahasa Melayu.
Makna perkataan-perkataan itu tidak dapat difahami dengan melihat makna didalam
kamus. Dengan kata lain, makna perkataan itu dikiaskan menurut konteks budaya bahasa
Melayu. Bahasa kiasan tergolong ke dalam dua jenis iaitu peribahasa dan bukan
peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari segi bentuk bahasanya dan maknanya
distilahkan peribahasa manakala kiasan yang tidak mantap bentuk dan maknanya
diistilahkan bukan peribahasa.

Sebagai contoh bentuk Kacang lupakan kulit tidak boleh diubah kepada bentuk lain,
umpamanya Kulit dilupakan oleh kacang atau Lupanya kacang kepada kulit. Begitu juga
bentuk Dibakar tak hangus, direndam tak basah tidak boleh ditukar susunannya. Oleh
itu, kedua-dua bahasa kiasan tersebut peribahasa.
4

2.0 Peribahasa

Sebagai pelahiran pantun, teromba, dan mantera, peribahasa juga memperlihatkan


keintiman masyarakat Melayu dahulu dengan alam sekitar. Pada saat alat-alat moden
seperti yang ditemui pada abad ke-20 ini belum meraka kenal, maka sungai yang airnya
mendesau dan bergelora, lembah yang dalam dan curam, gunung, harimau, buaya,
pendeknya semua alat yang banyak mereka pergunakan sehari-hari dan yang mereka
jumpai sehari-hari menimbulkn kesan-kesan perbandingan bagi kehidupan mereka
(Ghazali Dunia, 1992: 85).

Peribahasa Melayu merupakan satu puisi Melayu tradisional. Menurut Hanafi


Dolah & Shaiful Bahri Md. Razi (2003), peribahasa Melayu merupakan salah satu puisi
Melayu tradisional yang dimiliki oleh masyarakat tradisional. Oleh kerana ‘ketiadaan’
atau ‘kesamaran’ penulisnya maka ia menjadi milik bersama yang diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi. Peribahasa yang terkandung dalam puisi Melayu tradisional di
aplikasikan dalam Pendidikan Moral di Sekolah ini merupakan daya kreativiti
berdasarkan pemikiran orang Melayu terutama dalam mendidik dan mengajar pemikiran
dan tingkah laku yang bermoral. Mendidik dan mengajar yang terdapat dalam peribahas
Melayu itu sendiri. Di samping itu, citra yang dilukiskan melalui kiasan, metafora,
perlambangan dan sindiran menerapkan nilai keindahan dengan susunan rapi baris-
barisnya serta adunan bunyi yang mengesani perasaan pendengarnya (Muhammad Haji
Salleh: 2000: 70). Peribahasa yang bertindak sebagai media masyarakat dalam
menyampaikan mesej tertentu melalui kiasan melambangkan betapa besar peranan genre
peribahasa ini dalam mencorakkan jati bangsa Melayu itu sendiri. Peribahasa juaga
berfungsi sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam
kemasyarakatannya dan media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau
pewarisnya (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2003:256)

Peribahasa juga disebut dengan nama peribahasa berirama yang mempunyai


beberapa jenis sub kecilnya seperti bidalan, pepatah-petitih, perbilangan, perumpamaan,
lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil. Jenis peribahasa ini tidak tergolong dalam genre
puisi kerana strukturnya bukan merupakan ungkapan atau kata-kata berangkap, namun,
5

dalam pustaka puisi Melayu tradisional terdapat sejumlah besar peribahasa yang wujud
dalam bentuk puisi (Mutiara Sastera Tradisional,2003:355) Dari segi bentuk, peribahasa
berangkap berangkap terbina dalam dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau
atau lebih. Tidak sebagaimana pantun, baris-baris dalam peribahasa tidak berkaitan antara
satu sama lain.

Peribahasa berangkap dua baris

Lulus angan dilakukan,

Lulus kaki dilangkahkan,

Biar bersimbah peluh di muka,

Jangan tersingkap kain basahan,

Bongkok kail penyangkut insang,

Bongkok kail penyangkut hutang,

Didalam manis ada pahitnya,

Didalam pahit ada mansinya,

Kalau puntung masih berapi,

Jangan dihembus-hembus juga.


6

3.0 Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'.
Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat,
mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata-kata yang sering
kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya. Bidalan
termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat
Melayu ketika dalulu yang tergolong dalam peribahasa Melayu tradisional namun pada
masa kini bidalan agak kurang di amalkan dalam kehidupan seharian. Bidalan juga
merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di
dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Unsur ini penting di
ketahui oleh masyarakat Melayu. Bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi
sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.
Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan
umpama. Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang
berfungsi sebagai nasihat. Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah,
jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.

Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu
cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis seperti contoh
‘kata’ iaitu kerbau dipegang talinya, manusia dipegang katanya. Perbezaan antara bidalan
dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan
pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.
Pepatah juga merupakan perbilangan yang menggunakan kata bilangan.

Menurut Profesior Mohd. Taib Osman pula untuk memahami puisi Melayu lama
termasuk bidalan, kita mesti menyedari bahawa ada daya cipta yang terkandung padanya,
walaupun bentuk yang digunakan sudah ditentukan. Masyarakat Melayu lama adalah
masyarakat yang mempunyai lapisan kemsyarakatan dan cara hidup masing-masing
golongan itu mempunyai ciri-ciri perbezaan pula. Jelas, bidalan itu kata kiasan yang
7

mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan
dihayati. Ia juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan
sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa
mereka. Bidalan juga memberi teguran dan pengajaran agar berhati-hati dalam
kehidupan supaya tidak menyesal kemudian hati.

Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan


Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka
seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik. Di samping itu,
peribahasa juga mendokong falsafah didaktisme yang tinggi dalam masyarakat Melayu
zaman silam. Malah dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai
alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur
dengan redha yang halus.

Peribahasa bidalan juga tidak terkecuali diketengahkan dalam pendidikan di


sekolah sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas
sehinggalah peringkat universiti. Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak
pupus ditelan zaman. Langkah memasukkan dalam pemebelajaran merupakan langkah
yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.

Terdapat banyak koleksi bidalan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu.

Contoh bidalan:

1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakan


hendaklah diselesaikan.
2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihina
orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.

3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

4. Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak
mendatangkan rezeki.
8

5. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - jangan disangka orang yang
pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.

6. Ada udang disebalik batu - mempunyai niat sesuatu disebalik pertolongan yang
diberikan.

7. Alah bisa tegal biasa - pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu
dilakukan.

8. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang - kita hendaklah merendah diri
dengan kelebihan yang dimiliki, bukan menjadi sombong.

9. Belum duduk sudah belunjur - membuat sesuatu kerja yang belum sampai
masanya.

10. Bumi mana tidak ditimpa hujan - setiap orang tentu pernah melakukan
kesalahan.

11. Biar genting jangan putus - lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.

12. Besar periuk, besarlah keraknya - semakin besar pendapatan, semakin besar
perbelanjaannya.

13. Bertemu buku dengan ruas - seseorang yang bertemu lawan yang sama kuat.

14. biar tersengat, jangan tertiarap - lebih baik menanggung sedikit kesusahan
daripada terus menderita.

15. Biar lambat asalkan selamat - membuat sesuatu kerja dengan berhati  - hati
supaya sempurna.

16. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Maksud lapis pertama
jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yangs edikit ilmu dan pengalaman
supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
9

You might also like