You are on page 1of 2

Elemen-elemen pergerakan kreatif

Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban,
aliran dan irama.
Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am,
ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk
ruang diri adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada
seseorang ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu
bahagian. Maka dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai
suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.
Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap
tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat
dengan aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau
pergerakan yang melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.
Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya
depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah
boleh mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu
pergerakan yang melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke
depan, berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.
Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan
tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan
seluruh anggota badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian
mengenainya iaitu keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk
keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh
seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti
daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat
berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan
bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh dijalankan
secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan
bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.
Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang
dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota
tubuh badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan
menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang
iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi
persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan.
Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan
sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya, pergerakan
merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti adalah
tangan, tapak tangan dan lutut.
Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa
adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang
sesuatu gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan
semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat
hingga cepat. Contohnya seorang kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah
seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk.
Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin
mendarat, maka dia akan berasa bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.
Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah
berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal
oleh seseorang otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan
menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.
Contohnya, dalam aspek berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa
dia sedang mengangkat berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu
sangat berat dan perlu menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya.
Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya
yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah
sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air.
Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis
iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa
seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja
bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat
ke tempat yang lain.
Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat
adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti
dan badan adalah berada dalam keadaan seimbang.
Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan
dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan
aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan
seharian kita. Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama
untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya
bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan
bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas
orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung dengan tepuk tangan
dengan sebut namanya. Proses langkah ini dilakukan sehingga habis dalam satu
pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut
nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor kanak-kanak di samping
juga dapat mengikut irama yang betul.

You might also like