You are on page 1of 2

Cara menyamak kulit binatang ialah:

1. Terlebih dahulu menghilangkan lendir, lemak, darah dan daging atau lainnya daripada
benda yang boleh membusukkan yang terlekat pada kulit tersebut.
2. Kemudian disamak iaitu menggosokkannya dengan menggunakan sesuatu yang tajam
rasanya dan yang kelat seperti bahan pelentur, tawas dan sebagainya.
3. Selepas itu kulit-kulit binatang tersebut hendaklah dijemur sehingga kering dan jika ada
bulu yang sedikit maka ia adalah dimaafkan.
Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena
najis Mughallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan
tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya
dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain
(nampak), baud an rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak
sehingga hilang najis tersebut.

Samak menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan
berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun
Taharah untuk menyamak najis anjing dan babi kerana kandungan tanah
di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti
Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun
Taharah semasa samak najis anjing dan babi, kerana samak mestilah
dengan menggunakan tanah yang asli.

Kesimpulan dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah samak dengan
menggunakan barang alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila
dalam keadaan darurat sahaja seperti contoh : apabila mengunakan tanah
boleh merosakkan barang yang terkena najis anjing dan babi atau boleh
mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena najis anjing dan
babi. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain untuk
menyama
Kenapa Islam suruh umatnya samak apabila tersentuh babi yang basah
atau kering? Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam
Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang
diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :
Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang
berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara
babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan
H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati
dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila
ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi &
tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1
dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang
Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong)."
).
2. Hukum menyamak kulit adalah harus.

You might also like