You are on page 1of 6

Lobi Iran di Amerika

www.tenteradajjal.blogspot.com
terjemahan dan suntingan oleh Pn. Siti Hawa Ramly.

Hasan Daioleslam dilahirkan di Teheran pada 1957, mempunyai sejarah pendidikan yang amat
menarik. Setelah menamatkan pengajian di sekolah rendah dan menengah, beliau memasuki
politeknik Universiti Tehran pada 1974. Pada tahun 1979, setelah tamat revolusi Iran beliau
menjadi pemimpin gerakan mahasiswa yang melancarkan penentangan terhadap penindasan dan
pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Khomeini. Beliau akhirnya meninggalkan Iran untuk
menetap di Perancis. Sepanjang tahun 1980-an dan awal 1990-an, beliau bergerak aktif dalam
gerakan sekular Iran, menjadi aktivis bagi gerakan hak asasi manusia dan melancarkan
pembelaan terhadap tahanan politik Iran.

Hassan berpindah ke Amerika pada 2001, dan menumpukan perhatian terhadap penyelidikan
politik. Bermula tahun 2005, beliau bekerjasama dengan wartawan bebas Iran dengan
memusatkan perhatian terhadap penglobian rejim Iran di Amerika. Laporan-laporan beliau telah
diterbitkan secara menyeluruh oleh website utama berbahasa Parsi dan beberapa jurnal di
Amerika. Beliau sering kali diundang sebagai tetamu dalam rancangan Voice of Amerika TV
dan media-media Parsi.

Berikut adalah suntingan dari temubual beliau dengan Majalah Frontpage yang bertajuk
“Iranian Lobby in U.S” :

Selama satu abad polisi Amerika terhadap Iran memang penuh dengan kekeliruan dan salah
faham. Ini bukan secara kebetulan. Ini kerana faktor utama dalam membentuk polisi ini telah
didalangi oleh kempen-kempon golongan pro-Iran di Amerika. Hasilnya salah faham ini telah
melibatkan nyawa rakyat Amerika, jutaan ribu wang pembayar hasil Amerika dan yang lebih
teruk adalah timbulnya ancaman-ancaman mullah Teheran sebagai super power nukear yang
dominan di rantau itu. Kita mesti faham jaringan pengaruh Iran di Amerika. Ini adalah masalah
keamanan negara.

Ada dua kumpulan yang berbeza amat aktif dan berkait rapat dalam memanipulasi polisi
Amerika terhadap Iran.

Pertama ialah mereka yang saya panggil Iranian rejim lobby in US. Mereka ini hadir dalam
media-media kumpulan ahli fikir dan gugusan kumpulan organisasi. kegiatan lobi mereka
difokuskan di Kongres Amerika. Kumpulan ini mempunyai kaitan multi-level dengan Teheran.

Kedua ialah kumpulan yang lebih menumpu kepada ekonomi Amerika di mana mereka
beroperasi selari dengan kepentingan perniagaan terutama industri petroleum. Kelompok ini
mensasarkan kepentingan mereka ke atas ekonomi Iran. Dan mereka gusar bahawa polisi-polisi
mereka yang tegas terhadap ulama’ akan merugikan kepentingan global mereka.

Sadegh Kharrazi, bekas wakil luar negeri Iran (1997-2003) yang menetap di Amerika merupakan
perancang proses lobi ini. Dalam satu wawancara yang disiarkan di suratkhabar Suargh

1
bertarikh 26 Mei 2006, beliau berbicara tentang strategi rejim Iran dan juga berulangkali untuk
mengatasi lobi Israel di Amerika. Beliau juga secara terbuka mengaku wujudnya lobi Iran di
Amerika, tetapi menekankan ia mestilah kekal sebagai non-govermental. Namun begitu kerajaan
harus memberi sokongan mengadakan promosi dan dapat bergantung kepadanya.

Para pelobi ini wujud secara ilusi dan tidak didaftarkan, dalam melancarkan impian melobi di
Washington. Tetapi yang disebut Kharrazi, terdapat satu badan lobi Iran wujud secara tidak
rasmi di Amerika. Apa yang perlu dibandingkan ialah keperluan dan kehendak rejim Iran pada
ketika tertentu dan aktiviti kumpulan ini. Selepas itu semuanya akan jelas.

Pada April 2007, saya telah menerbitkan tentang “Iran’s oil mafia, penetreating U’S
Congress”. Artikel ini telah disiarkan di Frontpage, dan saya telah berbicara tentang NIAC,
yang ditubuhkan oleh Trita Parsi, yang merupakan penasihat kepada Bob Ney (a convicted
Congressman), selepas artikel itu diterbitkan, secara tersusun suratkhabar pro kerajaan Iran telah
menyelamatkan NIAC dan menulis bahawa neocon dan pelobi Israel sedang menyerang pelobi
Iran . seperti yang anda dapat lihat media-media Iran telah melabelkan NIAC sebagai pelobi Iran.
[Lihat Ghods Daily, 21 April 2007]. Pada 28 Disember 2006, suratkhabar pro-pemerintahan Iran
telah menyiarkan sebuat wawancara dengan Parsi. Dalam muqaddimahnya, editor telah
menggariskan tentang peranan yang dimainkan oleh pelobi Iran. Di Amerika dan melabelkan
mereka sebagai orang-orang mullah.

Pada tahun 1999, Trita Parsi yang tinggal di Sweden bersama dengan Siamak Namazi dari
Teheran telah memperincikan kertas seminar dan membincangkan cara untuk mewujudkan
penglobian Iran-Amerika di U.S. Menurut mereka “penglobian” ini perlu untuk mewujudkan
keseimbangan saingan antara pelobi Timur Tengah. Tanpa penglobian ini, hentaman ke atas Iran
akan menjadi popular semula di Kongres U.S. Mereka kemudian memperincikan fungsi AIPAC
(kumpulan pelobi Israel) dan sepakat mengatakan bahawa kumpulan pelobi Iran harus mengikut
jalan yang sama.

Siamak Namazi merupakan rakan kongsi Trita Parsi lebih dari satu dekad. Untuk memahami
hubungan antara NIAC dan rejim Iran, pertama kita harus memahami posisi Namazi di Iran.
Keluarga Namazi bersama Bijan Khajehpour dan Albrecht Frisechenslager, telah mengawal
firma Atieh Bahar di Tehran. Jalinan hubungan ini adalah merupakan kerjasama secara langsung
dengan rejim Iran. Khajehpour’s Qashehm Energy adalah kerjasama dengan pihak
bertanggungjawab Qhesh (pemerintah). Frichenschlager pula mempunyai kerjasama dengan
pemerintah wilayah. Ia juga bekerjasama dengan Hatami Yazd, seorang tokoh terkenal dalam
organisasi mafia minyak Iran dan mantan tiga bank Iran yang penting. Semuanya di bawah
kebenaran U.S. Babak Namazi juga salah seorang penggubal undang-undang foreign investment
untuk kerajaan Iran. Atieh dan menteri minyak Iran bersama-sama merancang kegiatan yang
berkait dengan minyak. Contohnya, dua daripada klien penting Attieh ; French Total Oil
Company dan The Norway Statoil perlu merasuah sebanyak puluhan juta untuk menembusi
pasaran Iran.

Untuk memastikan hubungan “Lobi Iran-Amerika” beberapa siri persidangan diadakan untuk
menarik perhatian golongan muda yang naïf. Dalam konferen “Diaspora”, Babak Namazi dan
Parsi terlibat bersama peserta yang aktif, Salah satu konferen yang dilaksanakan di Tehran pada

2
26 Januari 2006, Bapa Namazi – Bagher telah menjadi tuan rumah. Hubungan Namazi dan Parsi
melangkaui perancangan penglobian.

Meninjau kepada website NIAC, hampir semua usaha mereka tertumpu kepada polisi U.S
terhadap rejim Iran. Dalam artikel terkini NIAC, Parsi begitu jelas sekali mempromosikan agar
U.S berkongsi memerintah Timur Tengah dengan Iran.

“Bolehkan Iran dan Amerika berkongsi di Timur Tengah?”.. fakta yang menunjukkan
sebaliknya. Pengaruh regional Iran tidak dapat di sangkalkan lagi dan membelakangkan
pengaruh di Lebanon, Iraq, Afghanistan dan Gazza tidak lagi realistik. Lambat laun Iran dan
Amerika harus belajar untuk berkongsi wilayah. Secara terbuka, mejoriti orang Iran di Amerika
membeci pemerintahan rejim Iran sekarang, dan juga tindak tanduk mereka yang barbaric ke atas
penduduk Iran! Persoalannya bila NIAC akan mengambil perhatian kepada pendapat mereka.
Rakyat Iran-Amerika amat mengambil berat ke atas pembunuhan kanak-kanak, pembunuhan
secara besar-besaran, hukuman rejam mati, penindasan mahasiswa, kemasukan fundamentalism
Islam di daerah-daerah, permainan nuklear mullah, yang tampaknya mampu memusnahkan
negara islam, pencurian harta negara oleh elit mullah, mafia minyak dan ekonomi, serta pelbagai
kekejaman. Bila NIAC akan prihatin terhadap masalah ini.Sebaliknya, program-program NIAC
dan segala aktivitinya, menjurus isu-isu ini. Komuntiti Iran di Amerika adalah klumpulan yang
berpengaruh dan berpendidikan. Tetapi semua ini terganggu oleh imej negative utama di
Teheran. Langkah pertama untuk mengembalikan prestij Iran di Amerika ialah dengan
menyatakan rejim ini tidak mewakili rakyat Iran. Tetapi NIAC bertindak sebaliknya. Mereka
menunjukkan data yang bangsa Iran menyokong pemerintahan barbaric ini. Ini secara tidak
langsung menghina rakyat Iran.

Pada tahun 2006 bila Ahmadinejad memulakan konfrontasi menerusi program nuklear Iran, satu
kumpulan pelobi telah dilancarkan di Eropah dan Amerika. Kempen CASMII diselia oleh Abbas
Edalat, seorang professor computer yang terbabit dengan orang-orang penting dalam rejim Iran.
Separuh ahli pengarah CASMII adalah sayap kiri Iran yang anti-emperor yang melihat kepada
laungan Ahmadinejad sesuatu yang progresif. Jika melihat kepada CASMII ialah banyak
mempertahankan impian nuklear rejim Iran.

Amerika telah menyalurkan kritikan-kritikan mereka dan pemerintah Amerika sekarang untuk
menyokong ciri-ciri paling radikal rejim Iran. Personaliti-personaliti dan kumpulan-kumpulan
Amerika ini telah dengan terang-terang menunjukkan dengan sokongan mereka dan menjadi
sekutu dengan pemerintahan diktator pada zaman moden ini. Tanpa menghiraukan perasaan
rakyat Iran, yang merupakan mangsa utama diktator ini.

CASMII selalu menganjurkan lawatan ke Iran, unutuk sesuatu kumpulan di Amerika. Sebaik
sahaja pulang CASMII akan mengaturkan satu sidang akhbar yang menyatakan betapa positifnya
kedaan di Iran. Ini mengingatkan kepada era perang dingin Soviet Union di mana pelawat-
pelaewat akan memuji Stalin. tahun lepas apabila komuniti antarabngsa menyatakan bahawa
hukuman gantung di khalayak ramai oleh pemerintahan mullah, phil wilayanto yang menerajui
people peace delegation to Iran telah memberi respon terhadap ‘tuduhan’ ini. Menurut beliau
memang benar Iran mempunyai hukuman mati tetapi tidak sekerap yang dilakukan seperti di
Amerika. Kami tidak melihat kemarahan rakyat terhadap kerajaan Iran. Selepas temubual dengan

3
orang awam Iran dari pelbagai lapisan, memang terdapat rungutan, tetapi lebih kepada sekatan
yang dilaksanakan oleh Amerika.

Nampaknya kewujudan kalangan pemikir Amerika dan golongan akademik memberikan peluang
yang unik untuk pegawai-pegawai Iran diangkat sebagai ahli akademik. Di Boston sebdiri tiga
daripada bekas timbalan menteri luar Iran telah dilantik oleh tiga universiti yang berprestij. MJ
Mahallati dan Farhad Atai, kedua mereka telah dilantik sebagai ahli akademik dan ahli pengarah
di ILEX Fondation, Boston. Disamping itu terdapat ketua pelobi Iran, Abbas Maleki yang
menjadi timbalan menteri Luar untuk lapan tahun yang merupakan juga penasihat kepada
pemimpin agung telah memulakan kariernya di Harvad. Masyarakat sering bertanya soalan ini.
Maleki tidak pernah menyembunyikan tujuan beliau sewaktu kunjungan beliau ke Iran baru-baru
ini. Dalam ceramah, beliau telah gariskan cara-cara untuk mengatasi (ketuanan) kepimpinan
Amerika. Dalam erti kata lain beliau telah cuba memperdaya dan mempengaruhi rakyat
Amerika.

Kita perlu mempercayakan antara mereka yang ikhlas mempercayai wujudnya persahabatan
dengan rejim Iran dan mereka secara sistematik dan sengaja memanipulasi penadapat rakyat
Amerika dan sistem membuat keputusan. Impian mereka ialah agar tiada keputusan yang tegas
ke atas rejim Iran. Mereka ini ialah kumpulan yang memonopoli industri minyak di Iran. Melalui
media dan kumpulan pemikir mereka bekerja keras untuk melembutkan kepimpinan rejim Iran di
dalam dan luar negara dan memburukkan pengkritik mereka. Mereka ini merupakan kumpulan
yang membentuk ayatollah di Tehran untuk dekat yang lalu telah mengelirukan penggubal
polisis-polisi Amerika dan membuatkan ia lebih sukar untuk menentang pemerintahan ulama’.

Tujuan mereka ialah untuk melindungi kelemahan rejim Iran. Untuk mengelirukan motif-motif
mullah dan menidakkan ancaman Iran terhadap keselamatan dunia dan kepentingan nasional
Amerika.

Kempen pro-tehran ini dilancarkan ketika pemerintahan Khatami. Tujuan utama adalah untuk
menyembunyikan bahawa Khatami tiada kaitan dan tiada kuasa dan untuk mewakili kerajaan
baru sebagai satu trend yang tidak boleh di ‘undo’ yang mana kerajaan Amerika perlu ikuti.

Seperti negara-negara di sekeliling Iran yang masih mengalami transformasi.. Secara perlahan-
lahan, kerajaan mullah telah dipaksa untuk menerima sistem pemerintahan sekular dan
menurunkan kuasa kepada rakyat Iran. Dalam prosos ini Iran telah mula memberi sumbangan
kepada penyebaran publics empowerment di seluruh dunia [ Suzanne Malony]. Pilihanraya 2006
telah member bukti kukuh bahawa sistem ini semakin berkembang ke arah demokrasi. [Ray
Takeh] selepas ini institusi akan jatuh ke tangan penggerak reformasi ialah bidang penghakiman.
Perubahan bidang kehakiman ini akan mengurangkan lagi kuasa pemerintah yang konservatif.
Dalam dekad yang akan datang, Nampak gayanya kedudukan pemerintahan akanmengalami
transformasi kerana kekuasaan sepenuhnya pemerintah akan dicabar dalam kedua-dua corak
pemerintahan ulama’ dan sekular.

Pada julai 2004, satu Council untuk hubungan luar negara telah menerbitkan Task Force Report
Iran , di mana Suzanne Malony telah menjadi pengarah projeknya. Laporan ini telah
menyarankan pendekatan dengan rejim Iran. Satu polisi yang sama seperti yang diwar-warkan

4
sejak tujuh tahun yang lalu. Tetapi uniknya laporan ini telah menganalisis kuasa rejim Iran
selepas kekalahan kumpulan reformasi di dalam dua pilihanraya 2003 & 2004. Ingat, laporan
CFR ini telah dikeluarkan pada masa ketika di mana kebanyakan penganalisis Iran menganggap
ia sebagai titik perubahan di dalam Republik Iran. Ketika sejumlah besar para penganalisis Iran,
para cendekiawan dan cerdik pandai memberi amaran kepada rakyat Iran dan komuniti
antaranbangsa mengenai kebangkitan satu paksi radikal yang mewakili Revolutionary Guards.
Laporan CFR langsung tidak menyentuh ia telah menemui satu ascending pragmatic faction di
Iran. Iran sedang mengalami satu proses perubahan dalaman yang akan secara perlahan-lahan
melahirkan kerajaan secara responsif terhadap kehendak rakyat dan lebih bertanggungjawab
dalam pendekatan kepada komuniti antarabangsa.

Peningkatan berlaku bermula pada tahu 2003, bila beliau menjadi warga Tehran. Pada tahun
2003-2005 sejumlah pakar Iran sibuk mengumpul imaginary pragmatic faction, bersedia untuk
memenuhi kehendak exigencies antarabangsa (Suzanne Malone 2004)

Realitinya situasi selepas perang di Iraq dan kemunculan kuasa Amerika di sepanjang sempadan
Iran telah mengukuhkan polisi rangka pragmatik konsertvatif yang mencari penyelsaian praktikal
kepada peningkatan situasi yang buruk. Di bawah banner pemikiran baru kumpulan ini memiliki
ruang waktu menyusun semula kepentingan domestik Iran dan hubungan antarabangsa (MPJ
2000, Nov) .

Kemudian pada tahun 2005 Ahmadinejad telah mengambil tampuk kepimpinan dan miraj
pragmatik hilang perlahan-lahan. Ray Takeh dan rakan-rakannya telah memulakan kempen baru
‘mengelirukan’. Pertama mereka telah cuba melembutkan ancaman rejim Iran. Disebalik
keperihatinan yang ditunjukkan presiden baru tidak menunjukkan minat untuk mengubah bentuk
polisi antarabngsa Iran dan juga kuasa utama negara, iaitu pemerintah agung.. tetapi pendapat
yang mengatakan polisi luar negara Iran sedang melalui satu perubahan radikal yang amat
berlawanan dengan polisi Republik Iran dan sentimen-sentimenya.

Bila kejanggalan perbalahan ini menjadi realiti, cerdik pandai Iran telah cuba untu mempromosi
pemimpin yang pragmatik baru Iran, yang mengawal keadaan.

Takeyh dalam testimoni di Senate Foreign Relations Committee 19 September 2006, Kehadiran
Presiden Ahmadinejad di arena antarabangsa dengan imejnya yang lantang tidak merubah
kenyataan bahawa dia tidak berlkuasa ke atas hubungan luar Iran. Salah satu satu daripada watak
penting dan berkuasa di Iran hari ini ialah Ali Larijani, Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan
Kebangsaan. Beliau mempunyai pengaruh kuat ke atas hubungan luar Iran, dan menanyakan
seorang pemerintah generasi baru yang berkembang dalam intelijen komuniti 1990. Menerusi
kewujudan mereka dalam institusi, penting, dan hubungan dengan golongan ulama’ tradisional
dan hubungan istimewa dengan pemimpin agung, kumpulan ‘realist’ ini telah menguasai
hubungan luar negara. Kerajaan Iran telah mengenakan kawalan ketat dan melancarkan satu siri
raly oleh kumpulan militia untuk menyokong program nuklear. Pihak Amerika mula
memperkatakan program iran ini telah disokong oleh majoriti rakyat Iran.

Kempen ini telah diketuai oleh Robin Wright, beliau telah menulis dalam Washington Post, 14
November 2004, rakyat Iran berbelah bagi tentang politik, ekonomi, fungsi agama dalam

5
kerajaan dan juga kod pakaian untuk wanita, tetapi kesemua golongan setuju bahawa Iran
memerlukan kuasa nuclear walaupun mereka mempunyai kekayaan minyak dan gas. Dunia tidak
sepakat menghalang mereka daripada teknologi walaupun dia dapat digunakan untuk
membangunkan senjata. Artikel Wright telah dicetak oleh akhbar pro-kerajaan Iran.

Persoalannya siapa yang memberitahu kepada Wright tentang Iran? beliau ada menyebut Abbas
Maleki ketua institut penyelidikan Caspian di Teheran.. namun juga Maleki juga bekas timbalan
menteri luar Iran dan penasihat kepada pemimpin agung. Wright menekankan tidak penting
mengupas cerita ini. Bila Iran dirujukkan kepada Majlis keselamatan PBB dan tindakan telah
dikenakan terhadap Iran. Terdapat suara yang menyokong ‘censorship’ rejim Iran dan menolak
program nuklear. Wartawan yang sama menonjolkan demonstrasi Basiji, sebagai tanda sokongan
untuk impian nuklear Ayatullah telah mengabaikan realiti akan penentangan terhadap rejim.
Ribuan cerdik pandai, ketua-ketua pelajar wartawan dan ulama’ telah membangkang program,
tetapi kami tidak dapat menjejaki mereka di dalam media.

Semua orang termasuk mullah di Iran mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan
meyakinkan orang lain. Saya tidak langsung bermaksud untuk menidakkan hak sesiapa. Tetapi
saya yakin akan berlaku kemusnahan hakiki yang berpunca daripada usaha-usaha yang berunsur
politik yang dibayangi oleh cita-cita akademik, aktiviti cerdik pandai dan ‘empowering’ orang
ramai.keadaan ini yang saya cuba perangi kerana ini akan menghasilkan kekeliruan, dan ini amat
bahaya.

You might also like