Professional Documents
Culture Documents
MARKAH:
ISI KANDUNGAN
1 ISI KANDUNGAN 2
2 PENGENALAN 3
3 SIFAT-SIFAT TANAH 4
9 RUJUKAN 39
10 LAMPIRAN 40
PENGENALAN
Tanah adalah bahagian kulit bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan
organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana
tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan
Page 2 of 40
makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi
tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain.
Tanah yang terdiri dari pedosfera, terletak di antara muka litosfera dengan
biosfera, atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah, atau pedogenesis, merupakan
kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi
yang menghasilkan lapisan tanah.
SIFAT-SIFAT TANAH
Page 3 of 40
Antara sifat-sifat tanah yang sesuai untuk kerja kejuruteraan awam adalah:-
(a) Mempunyai kekuatan ricih yang baik dari segi kejelekit dan juga sudut
geseran.
Jenis-jenis tanah itu sendiri sama ada tanah berbutiran kasar atau berbutiran halus atau
campuran kedua-duanya.
Page 4 of 40
Terdapat beberapa jenis kegagalan tanah, antaranya adalah seperti berikut:-
a) KEGAGALAN CERUN
Sesebuah cerun berpotensi untuk gagal apabila tegasan kenaan meningkat atau
kekuatan ricih tanah menurun. Tegasan kenaan meningkat dengan meningkatnya
beban atau wujudnya getaran dan kejutan. Peningkatan tekanan air liang juga
berpotensi mengurangkan kekuatan ricih tanah di samping meningkatkan tegasan.
Kegagalan cerun berlaku apabila tegasan ricih kenaan melampaui kekuatan ricih yang
dimiliki oleh tanah. Terdapat lima (5) jenis kegagalan cerun, iaitu;
Jatuh
Gelincir putaran
Gelincir majmuk
Gelincir translasi
Aliran
Page 5 of 40
Jatuh
Mod kegagalan jenis jatuh tidak begitu serius. Ia dikaitkan dengan kegagalan jangka
pendek cerun tanah terkukuh lebih. Dua fasa kegagalan dapat dikenal pasti. Apabila
sokongan sisi terhapus, tanah di sekitar kaki cerun membonjol keluar dan retak
tegangan muncul pada bahagian atas cerun. Kemunculan retak ini menyebabkan
peningkatan tegasan pada zon akar yang memisahkan kedua-dua jisim. Kewujudan air
di dalam retakan akan memjejaskan lagi kestabilan. Akhirnya, jisim tanah tumbang dan
jatuh secara mendedak. Rajah 1 menunjukkan mod kegagalan jenis jatuh.
Page 6 of 40
Gelincir Putaran
Gelinciran putaran berlaku pada cerun tanah jelekit homogen. Permukaan yang gagal
melengkung. Bergantung pada kecuraman cerun, satah gelincir yang gagal adalah
dalam. Nisbah antara ketebalan maksimum gelincir dan panjang maksimum gelincir di
sepanjang cerun ialah dalam lingkungan 0.15 hingga 0.33. Jenis kegagalan gelincir
putaran membulat berlaku pada cerun tanah liat yang lebih seragam. Jisim tanah yang
tergelincir tidak terpecah kecuali tanah di kawasan terbawah. Kegagalan gelincir
putaran tak membulat terbentuk pada cerun tanah liat terkukuh lebih yang tak seragam.
Pergerakan jisim tanah tidak sekata. Oleh itu, jisim tanah yang tergelincir pecah.
Gelincir putaran cetek yang berbentuk bulat dan tak bulat kerap terjadi pada cerun yang
tidak begitu curam. Rajah 2 menunjukkan mod kegagalan gelincir putaran.
Page 7 of 40
Gelincir Majmuk
Gelincir Translasi
Page 8 of 40
Gelincir translasi berlaku kerana kewujudan keheterogenan seperti lapisan tanah lemah
dan sempadan di antara dua bahan berlainan. Gelincir ini berlaku biasanya
keheterogenan terletak agak cetek daripada permukaan cerun. Permukaan kegagalan
hampir sesatah dan selari dengan cerun muka bumi. Pada cerun tanah tak jelekit,
gelincir translasi berlaku apabila keadaan berubah, contohnya berlaku risipan. Jisim
yang tergelincir dapat bergerak jauh sebelum berhenti. Rajah 4 menunjukkan mod
kegagalan gelincir translasi.
Aliran
Page 9 of 40
Aliran merupakan satu daripada bentuk pergerakan jisim tanah yang kompleks. Tidak
wujud satah gagal yang dapat ditentukan secara pasti. Tanah yang mengalir bersifat
cecair likat. Rajah 5 menunjukkan mod kegagalan aliran.
Page 10 of 40
Kerja pengorekan biasanya dilakukan dalam kerja-kerja penyediaan tapak projek (rajah
20.6) seperti asas, ‘basement’, dan lain-lain kerja pengorekan. Apabila kerja-kerja
pengosekan dilakukan, sekiranya tanah tersebut tidak ditopang pada tebing korekan,
maka kegagalan tanah berlakukan. Kegagalan ini ditunjuk dalam Rajah 7. Antara
kegagalan tanah semasa korekan adalah seperti berikut:-
Pergerakan Sisi
Enapan
Page 11 of 40
Lambung
Rajah 7 : Kegagalan Tanah Semasa Kerja Pengorekan
Page 12 of 40
Kegagalan asas cetek dan asas dalam adalah merujuk kepada keupayaan galas tanah
untuk menanggung beban di atasnya atau merujuk kepada kegagalan ricih tanah yang
menyokong asas.
Ada tiga mod kegagalan tanah yang berlaku pada asas cetek, iaitu kegagalan ricih am,
kegagalan ricih tempatan, dan kegagalan ricih menebuk.
Page 13 of 40
Berlaku mampatan yang besar pada tanah di bawah asas dan hanya berlaku
sebahagian keadaan keseimbangan plastik. Ia berlaku sedikit perlambungan di
bahagian permukaan tanah dan berlakunya pemadatan di bahagian bawah asas.
Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan pada asas. Rajah 9 menunjukkan
mod kegagalan ricih tempatan.
Kegagalan ricih menebuk berlaku apabila terdapat mampatan tanah pada bahagian
bawah asas dan tidak berlaku perlambungan tanah di bahagian permukaan tanah.
Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan yang besar pada asas. Rajah 10
menunjukkan mod kegagalan ricih menebuk.
Page 14 of 40
Asas dalam biasanya dikenali juga dengan cerucuk. Keupayaan galas cerucuk adalah
bergantung kepada dua faktor utama, iaitu;
Sekiranya beban pada cerucuk melebihi keupayaan galas tanah dan kekuatan cirih
tanah gagal menanggang beban, maka terjadinya kegagalan cerucuk di mana berlaku
enapan pada batang cerucuk.
Page 15 of 40
a) Pemadatan
Kekuatan ricih maksimum berlaku apabila nisbah rongga berada pada tahap
minimum.
Penambahan air kepada bahan berbutir tak terikat boleh menyebabkan
pencairan.
Struktur setenagah-setengah tanah laksana indung madu yang mempunyai
ruang rongga udara yang luas. Tanah seumpama ini cenderung runtuh.
Kedatangan air akan mengurangkan daya antara berbutir, dan zarah tanah akan
menggelongsor seraya memasuki rongga-rongga kosong tadi. Pemadatan yang
secukupnya tidak akan menyebabkan masalah enapan ketika yang begitu serius.
Pemadatan juga meningkatkan sudut rintangan ricih, daya menjeleket, dan
pekali pengukuhan tanah. Sebaliknya pemadatan menurunkan nilai pekali
kebolehtelapan, keliangan, kebolehmampatan, dan pekali pertukaran isipadu
tanah.
Page 16 of 40
i. Kandungan air
Hubungan ketumpatan kering dengan kandungan air bagi suatu tanah jelekit adalah
seperti ditunjukkan dalam Rajah 11. Air berperanan sebagai agen pelincir untuk
membolehkan zarah tanah menggelangsar antara satu sama lain dengan lebih cekap
apabila dipadat. Walau bagaimanapun, bagi sesuatu kaedah pemadatan, terdapat
kandungan air optimum yang boleh menghasilkan ketumpatan kering tertinggi. Secara
teori, ketumpatan tertinggi berlaku pada rongga udara 0% atau pada garis tepuan
seperti ditunjukkan dalam Rajah 11.
Page 17 of 40
Untuk tanah jelekit tertentu, lengkung pemadatan piawainya bergerak ke atas dan ke
kiri apabila pemadatan meningkat. Maknanya dengan meningkatnya ketumpatan kering
maksimum, kandungan air optimum tanah menurun. Rajah 12 menunjukkan keadaan
ini apabila pelantak seberat 2.5 kg dan 4.5 kg digunakan untuk memadat tanah.
Rajah 12 : Graf Ketumpatan Kering Melawan Kandungan Air Untuk Tenaga Pemadatan
Yang Berbeza
Page 18 of 40
Lengkung pemadatan, seterusnya nilai ketumpatan maksimum dan kandunganair
optimum, bergantung pada jenis tanah. Untuk sesuatu kaedah pemadatan, nilai
ketumpatan kering yang tinggi terhasil sekiranya wujud satu taburan saiz zarahan yang
dapat meminimumkan nisbah rongga tanah yang terpadat.
b) Pengukuhan
Page 19 of 40
Pengukuhan merupakan satu proses pengaliran air keluar dari tanah tepu serta
mengurangkan isipadu dalam masa tertentu. Kadar aliran air bergantung pada
kebolehtelapan sesuatu tanah.
Bagi tanah pasir yang mempunyai kebolehtelap yang tinggi, pengaliran diandaikan
bermula dan berakhir dengan seta mertaa. Sementara bagi tanah liat yang mempunyai
kebolehtelapan yang rendah, proses pengalirannya memakan masa yang lama. Sebab
itu, proses pengukuhan biasanya dikaitkan dengan tanah liat.
Konsep pengukuhan akan lebih mudah difahami dengan menggunakan analogii omboh
dan pegas sebagaimana yang diterangkan oleh Terzaghi dan Peck (1948). Sistem
omboh dan pegas adalah seperti ditunjukkan seperti Rajah 13.
Page 20 of 40
Katakan sebuah silinder yang licin dilengkapkan dengan injap dan omboh yang kedap
air. Pada mulanya, sistem omboh dan pegas ini berada dalam keadalam seimbang
Apabila injap dibuka, air mula keluar dan tekanannya berkurangan sehingga nilainya
yang asal, uo, tercapai. Semasa air mengalir keluar, isipadu berkurangan dan beban
Dalam analogi di atas, pegas diibaratkan sebagai bahan pepejal tanah dan air adalah
seperti air dalam tanah yang memenuhi rongga-rongga tanah. Injap mengawal kadar
aliran air di dalam tanah sebenar.
Page 21 of 40
Rajah 14
Jenis-Jenis Enapan
Apabila lapisan tanah dikenakan beban, perubahan bentuk akan berlaku. Oleh sebab
kawasan tanah amat besar, anjakan mendatar diandaikann tidak berlaku. Dengan itu,
sebarang perubahan bentuk yang berlaku hanyalah dalam arah tegak sahaja.
Perubahan bentuk dalam arah tegak ini dinamai enapan.
Terdapat dua jenis enapan utama iaitu enapan elastik dan enapan pengukuhan. Maka
jumlah enapan adalah hasil tambah enapan elastik dan enapan pengukuhan.
ρ = ρ i + ρ c
Enapan elastik merupakan enapan peringkat permulaan yang berlaku selepas sahaja
beban struktur bertindak. Enapan elastik boleh dikira dengan mengandaikan bahawa
tanah adalah homogen, isotrop dan mempunyai hubungan tegasan-terikan yang
lelurus. Persamaan enapan elastik adalah seperti berikut:-
qB
ρi = ( 1−v 2 ) I s
E
Page 22 of 40
Is = Faktor pengaruh
Bahagian enapan elastik ini akan dibincangkan lebih terperinci di dalam modul C4008.
i. Enapan primer
ii. Enapan sekunder
Enapan primer merupakan enapan yang berlaku selepas lebihan tekanan air liang
masih berada di dalam tanah. Pengukuhan tanah berlaku di mana kandungan air
disingkirkan dari rongga tanah. Pengukuhan peringkat primer seperti ditunjukkan dalam
Rajah 15. Enapan peringkat sekunder merupakan anapan yang berlaku selepas semua
lebih tekanan air liang sudah lesap. Pengukuhan peeringkaat sekundeer seperti
ditunukkan dalam Rajah 15.
Ketebalan
Sampel
Enapan
Oedome
Enapan Pengukuhan
Enapan Sekunder
Page 23 of 40
PENGGUNAAN DAN FUNGSI GEOSINTETIK
Jenis-jenis geosintetik:-
Geotekstil
Geomembran
Geogrid
Geokoposit / Geonet
GEOTEKSTIL
Geotekstil juga dikenali sebagai fabrik. Ia diperbuat daripada hasil produk petroleum
seperti poliester, politilena dan polipropilena. Rajah 16 menunjukkan bentuk geoteksil.
Ia juga diperbuat daripada kaca gentian. Geotekstil boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu
tenunan, sulaman dan bukan tenunan.
Rajah 16
Geotekstil tenunan terdiri daripada dua set filamen yang selari berselang-seli secara
sistematik untuk membentuk satah struktur. Geotekstil sulaman pula dibentuk oleh satu
gelung yang terdiri daripada satu atau lebih filamen yang saling mengunci untuk
membentuk satah struktur. Manakala geotekstil bukan tenunan dibentuk daripada
Page 24 of 40
filamen atau gentian pendek yang disusun atau diannyam secara jarang untuk
membentuk satah struktur. Filamen atau gentian pendek dilekatkan di antara satu sama
lain dengan menggunakan salah satu kaedah atau gabungan kaedah berikut:-
i. Ikatan kimia
ii. Ikatan termal
iii. Ikatan mekanikal
Ikatan kimia adalah kaedah di mana ia menggunakan glue, getah, latek dan selulos
untuk melekatkannya. Ikatan termal pula merupakan proses pemanasan separa lebur
filaman bagi tujuan untuk melekatkannya. Manakan ikatan mekanikal adalah kaedah
tebukan jarum.
Secara komersial geotekstil mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 7.6 mm.
Jisim per unit luas di antara 150 g/cm2 hingga 700 g/cm2.
Page 25 of 40
GEOMEMBREN
Geomembran adalah satu bahan kalis cecair atau halangan wap. Ia diperbuat daripada
kepingan selanjar polimer yang boleh lentur. Jenis bahan polimer yang digunakan untuk
membuat geomambren adalah dari jenis termoplastik atau termoset. Jenis termoplastik
termasuklah polivinil klorid (PVC), politilena, politilena terklorin dan polimid. Manakala
polimer jenis termoset termasuklah etilena vinil asitat, polikloroprena dan isoprena-
isobutilena.
Walaupun geomambren dikatakan kalis air, tetapi sebenarnya air masih boleh meresap
menerusinya. Satu ujian dilakukan ke atas geomambren, didapati bahawa pekali
kebolehtelapannya adalah di antara 10 -10 hingga 10-3 cm/s.
Secara komersial geomambren wujud dalam bentuk lapisan tunggal yang mempunyai
ketebalan di antara 0.25 mm hingga 0.4 mm. Bagi geomambren dari jenis PVC dan
politelena mempunyai ketebalan di antara 4.5 mm hingga 5.0 mm. Rajah 17
menunjukkan penggunaan geomambren untuk pembinaan pelapik tapak pelupusan
sanitari.
Page 26 of 40
Rajah 17 : Penggunaan Geomambren dalam Pembinaan
Page 27 of 40
GEOGRID
Geogrid diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti polipropilena dan polietilena.
Bentuk geogrid adalah seperti Rajah 18. Ia berfungsi sebagai tetulang. Terdapat dua
jenis geogrid, iaitu:-
i. Geogrid Dwipaksi
ii. Geogrid ekapaksi
Rajah 18 : Sebelah kiri adalah Geogrid Ekapaksi dan Sebelah Kanan adalah Geogrid
Dwipaksi
Page 28 of 40
GEONET
Geonet diperbuat daripada polimer berbentuk jaring seperti Rajah 19. Fungsi utama
geonet adalah sebagai saliran. Geonet yang terdapat dalam pasaran adalah jenis
polietilena ketumpatan sederhana dan polietilena ketumpatan tinggi. Ia mempunyai
lebar di antara 1.8 m hingga 2.1 m dan panjang di antara 30 m hingga 90 m, dan
tebalnya di antara 3.8 mm hingga 7.6 mm.
Rajah 19
Page 29 of 40
Geosintitik mempunyai satu atau lebih fungsi untuk membantu memperbaiki sifat-sifat
tanah. Di antaranya adalah seperti berikut:-
i. Pemisahan
ii. Tetulang
iii. Penurasan
iv. Penyaliran
v. Halangan lembapan
Page 30 of 40
TUJUAN DAN CARA PENYALIRAN DAN PENGAWALAN AIR TANAH
Di tapak bina, biasanya penyaliran air dari lubang korekan dilakukan dengan
mengepam air keluar dari lubang tersebut. Terdapat tiga cara untuk menyalirkan air dari
lubang korekan, iaitu pengepaman takungan dalaman, pengepaman telaga luaran, dan
cantas (cut-off).
Kaedah pengepaman takungan dalaman adalah sesuai untuk projek kecil dan
beroperasi jangka pendek. Takungan air dipamkan keluar dengan lebih pecat.
Kaedah pengepaman telaga luaran adalah merupakan satu kaedah di mana telaga
yang dalam dikorek dan dibentuk di tapak bina supaya peralatan pengepaman boleh
masuk dan tenggelam dalam telaga. Air dipam keluar dari telaga tersebut. Tujuan
kaedah ini adalah untuk merendah paras air bumi.
Cantas
Kaedah cantas ini merupakan satu kaedah kekal pengawalan halangan pugak bagi
kawasan kalis air dari pencemaran dan lebih selamat. Ia menggunakan cara perekat
(grouting), dinding diafram, suntikan bahan kimia dan lain-lain.
Page 31 of 40
PENYALIRAN BELAKANG TEMBOK PENAHAN
Air yang berada di belakang tembok dapat menambahkan lagi tekanan jumlah yang
bertindak. Retak tegangan , z c, yang terjadi di belakang tembok dapat juga mengumpul
air, terutamanya selepas hujan lebat dan ini akan menghasilkan tekanan sisi pada
tembok. Rajah 20 menunjukkan beberapa sistem penyaliran yang biasanya digunakan
untuk tembok penahan ( smith, 1984). Tekanan air hidrostatik lebihan di sepanjang
satah kegagalan dapat ditentukan dengan kaedah jaringan aliran.
Page 32 of 40
PEPARIT PASIR
Kaedah ini menggunakan peparit pasir tegak bagi mempercepatkan pengukuhan tanah
subgred untuk mampat di bawah benteng yang dibina. Peparit pasir ini dibina dengan
mengorek lubang tegak menembusi lapisan benteng pertama, melalui tanah boleh
mampat ( sub gred) sehingga menemui lapisan tanah kukuh. Luas lubang peparit ini
bergantung pada rekabentuk berkenaan dan selalunya dalam lingkungan garis pusat
500 – 800 mm dan ukuran dalamnya antara 10 – 20 m. Pada kebiasaannya, jika jarak
ukuran kedalamannya kurang daripada 4 m penggunaan peparit pasir ini akan menjadi
tidak ekonomi. Setelah dikorek, lubang peparit itu dipenuhkan dengan pasir kasar yang
bersih dan seragam. Di bahagian atas peparit pasir dan lapisan pembinaan permulaan
ini dibina pula satu lapisan selimut pasir daripada jenis pasir yang sama, setebal antara
0.75 – 1.5 m. Benteng seterusnya dibina di atas lapisan selimut pasir dengan cara
biasa. Sekiranya perlu, tanah tambahan akan digunakan di atas benteng tersebut.
Rajah 21 menunjukkan binaan peparit pasir yang tipikal. Jarak ufuk antara peparit pasir
akan bergantung pada reka bentuk dan selalunya dalam lingkungan 3 – 6 m.
Seperti yang telah dinyatakan, tujuan penggunaaan peparit pasir adalah untuk
mempercepatkan pengukuhan dan penstabilan tanah boleh mampat dengan cara
memendekkan masa air liang keluar. Dengan mengadakan laluan peparit yang lebih
pendek, masa tersebut akan menurun dengan banyak kerana masa pengukuhan
berfungsikan panjang peparit berganda dua. Disamping itu, apabila menemui peparit
pasir, air akan mengalir ke atas dengan cepat disebabkan kebolehtelapan pasir yang
lebih tinggi dan air ini kemudiannya akan mengalir keluar melalui lapisan selimut pasir
yang telah dibina.
Page 33 of 40
Rajah 21: Penyaliran Peparit Pasir
Page 34 of 40
PEPARIT PUGAK
Kaedah peparit pugak menggunakan prefabrik Rajah 23 yang dipasang secara pugak
pada kedalaman melebihi 65 meter. Air dalam tanah di bawah tekanan hidrostatik akan
mengalir melalui penapis peparit fabrik dan mengalir ke permukaan tanah. Kemudian
air ini akan mengalir ke longkang yang berhampiran. Kesan daripada kaedah ini, ia
boleh mempercepatkan proses pengukuhan. Rajah 22 menunjukkan peparit pugak.
Page 35 of 40
Rajah 23 : Prefabrik
Page 36 of 40
PENYALIRAN UNTUK PEMOTONGAN DAN CERUN
Penyaliran boleh menolong memulihkan kestabilan cerun . Longkang ufuk mungkin boleh
dijadikan langkah penstabilan yang berkesan. Longkang penegang juga mungkin
berkesan untuk menstabilkan cerun yang mengandungi tanah berjelekit sekiranyaa
jisim yang tergelincir masih agak tidak terusik. Longkang penegang dibina dengan cara
mengorek longkang pada cerun berkenaan sehingga melebi hi kedalaman bulatan gelincir.
Paip-paip tertebuk kemudian diletakkan di dalam longkang tersebut dan ditimbus
dengan bantuan yang sesuai untuk bertindak sebagai longkang yang akan
mengeringkan permukaan gelinciran dan juga sebagai sagang untuk menahan gelincir.
Rajah 24 menunjukkan kaedah penyeliran cerun.
Page 37 of 40
KESIMPULAN
Perlu pula diketahui bahwa dalam kajian dan analisis untuk proyek konstruksi
seringkali tidaklah begitu penting untuk mengetahui semua sifat-sifat indeks tanah. Data
sifat-sifat tanah yang diperlukan bergantung pada informasi seberapa banyak data
tersebut benar-benar dibutuhkan. Sebagai contohnya, analisis mineral lempung
memerlukan alat khusus yang mana data ini tidak diperlukan langsung untuk
perancangan fondasi, kecuali pada kondisi yang tertentu. Untuk tanah organik,
kandungan bahan organic sangat penting untuk diketahui karena dapat mempengaruhi
kekuatan dan pemampatan.
Untuk semua tanah pada umumnya, gambaran tentang tanah hendaknya juga
menyangkut warnanya. Warna ini dapat mengindikasikan komposisi mineral dan juga
sangat berguna untuk menentukan keseragaman (homogeneity) endapan tanah serta
dapat pula sebagai bantuan untuk identifikasi dan kaitannya selama konstruksi di
lapangan.
Page 38 of 40
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah
http://muntohar.files.wordpress.com/2007/04/sample-bab3.pdf
Page 39 of 40
LAMPIRAN
Page 40 of 40