You are on page 1of 19

KEJOHANAN BOLA BALING

SK KAPAR 2013


KERTAS KERJA
KEJOHANAN MINI BOLA
BALING

TARIKH
11 NOVEMBER HINGGA 12 NOVEMBER 2013
TEMPAT
PADANG SK KAPAR,


ANJURAN
KELAB BOLA BALING SK KAPAR



KEJOHANAN BOLA BALING MINI
2013

1.0 PENGENALAN

Bola Baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini. Menyedari
hakikat ini, Melalui program 1 Murid 1 Sukan yang telah disyorkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, SK kapar telah mengambil inisiatif untuk mecungkil bakat-bakat muda dengan
menganjurkan Kejohanan Bola Baling mini.Ini adalah kesinambungan daripada matlamat
Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan
Interlek. Penganjuran pertandingan ini diadakan untuk menyediakan murid supaya mendapat
pengalaman dan mengaplikasikan dalam kejohanan Bola Baling yang sebenar peringkat Daerah
dan Negeri kelak. Melalui pertandingan ini, para guru juga dapat memperkayakan diri dengan
perkongsian ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan sahsiah dan etika perguruan. Justeru,
dengan penganjuran ini, murid lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan yang sebenar pada
masa akan datang.
Bola baling sememangnya sudah tidak asing lagi kepada pelajar sekolah-sekolah rendah
di daerah Klang mahupun seluruh negeri. Sebagai permainan yang berbentuk berpasukan,
banyak nilai-nilai positif yang diterapkan, antaranya bekerjasama, berdisplin, semangat juang
yang tinggi dan semangat kesukanan. Ia juga menjadikan seseorang lebih berdaya tahan dari
segi fizikal, mental, emosi dan sosial di samping membina kekuatan intelek dalam
menghadapi dunia tanpa sempadan.Pengalaman dalam permainan dan pertandingan ini dapat
digunakan dalam kehidupan seharian bagi menghasilkan kualiti hidup yang lebih sempurna.


2.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini dikemukakan adalah bagi tujuan berikut :

1. Memohon persetujuan daripada pihak penaja bagi mendapatkan tajaan
aktiviti yang akan dijalankan.
2. Mempromosikan nama Penaja dalam pertandingan yang akan diadakan.
3. merancang, menyelaras, menyelia dan menilai program sukan sekolah
daerah Klang
4. meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan



3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Memenuhi kehendak dasar 1Murid 1Sukan dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan
berkemahiran tinggi samada akademik mahupun kokurikulum. Objektif kejohanan ini adalah
untuk :

1. Memartabatkan bola baling sebagai permainan yang disukai di kalangan pelajar sekolah.

2. Memupuk semangat kesukanan di kalangan warga sekolah melalui penyertaan

3. Menghasilkan pemain seterusnya individu yang seimbang dari segi kekuatan daya emosi,
fizikal, intelektual serta kerohanian.

4. Mencapai saranan rekabentuk Modul Gaya Hidup Rakan Muda (Rakan Sukan ) iaitu
melaksanakan aktiviti kesukanan yanng berasaskan semangat pertandingan dan kecergasan
fizikal. Bagi membangun elemen remaja yang ceria, mencabar, menarik dan bersifat
penjelajahan untuk memberikan inovasi dan kreativiti dalam pembaharuan,peningkatan,
futuristic dan kualiti serta bersifat berterusan dalam membangunkan sukan Negara.


4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut;

4.1 Tarikh : 11 Nov hingga 12 Nov 2013
4.3 Masa pertandingan : 8.30 pagi 12.00 tghari (Khamis)

8.30 pagi 10.00 pagi (Jumaat)


5.0 TEMPAT

5.1 Padang Sekolah Kebangsaan Kapar



6.0 KUMPULAN SASARAN

80 murid tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Kapar.









7.0 BILANGAN PASUKAN
Sebanyak 8 pasukan yang telah menghantar penyertaan melalui rumah sukan masing-masing,
semuanya terdiri daripada murid-murid tahun 6,5 dan 4. Setiap rumah sukan menghantar 2
pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan. Berikut merupakan senarai pasukan yang
bertanding :
Kategori lelaki
1. Pasukan jingga
2. Pasukan biru
3. Pasukan merah
4. Pasukan kuning
Kategori perempuan
1. Pasukan biru
2. Pasukan jingga
3. Pasukan merah
4. Pasukan kuning

jingga biru Merah kuning
Jingga
Biru
Merah
Kuning







8.0 PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA
8.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat
En Mad Yusuf B Ahmad (Guru Besar SK Kapar)
Pengerusi
Pn Normah Bt Ali (PK Kokurikulum SK Kapar)
Timbalan Pengerusi
En Ridwan B Samad (PK Kurikulum)
En Roslan B Khamis (PK Hem)
Penyelaras
Pn Norazmizah B Mohamed
Setiausaha
Pn Norani Bt tarwi
Bendahari
Pn Rozita Bt Tahir
8.3 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi
Pn Normah Bt Ali (PK Kokurikulum SK Kapar)
Timbalan Pengerusi
En Ridwan B Samad (PK Kurikulum)
En Roslan B Khamis (PK Hem)
Penyelaras
Pn Norazmizah B Mohamed
Setiausaha
Pn Norani Bt tarwi
Pengurus Pertandingan : Pn Norazmizah Mohamed

Teknikal : En Azman B Jaafar
En Sabri B salleh
Pn Norazmizah Mohamed

Persiapan padang : En Rohizan B Abd Rahman
Pekerja Am

Urus Setia : Pn Norazmizah Bt Mohamed
Pn Norani Bt Tarwi
En Rosli B Husin

Publisiti : Pn Rosnah Bt Mat Isa

Hadiah dan cenderamata : Cik Norazila Bt Kamaruddin
Pn Maznah Ali

Siaraya dan Dokumentasi : En Rosli B Dali
En Mathias Sigam

Rayuan dan bantahan : Pn Norazmizah Bt Mohamed
Pn Norani Bt tarwi
En Azman B Jaafar

Makanan dan minuman : Pn Norhayati Bt Ahmad
Pn Umi Kalsom Bt Abd Jalil
Pn Noraisyah Bt Kadir
9.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN
Peralatan dan kemudahan yang akan digunakan dalam kejohanan ini adalah mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Baling Malaysia. Alatan ini akan dipinjam dari setor
sukan SK Kapar. Di antara peralatan tersebut adalah:
1. Gelanggang
2. Bola baling
3. Pita keselamatan ( zebra reben )
4. Wisel
5. Kad
6. Heller - 2 unit
7. Payung - 4 buah
8. Papan skor - 2 buah
9. Stop watch - 2 buah

10.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Persekutuan Bola
Baling Malaysia,MSSM kecuali yang tersebut dalam peraturan berikut.

10.1 PENDAFTARAN :
1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 7 pemain sahaja dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.

10.2 PAKAIAN
- Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan
nombor masing-masing di depan dan belakang.
- Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa
yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang
pertandingan.
- Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam,
berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.
- Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

10.3 SAIZ BOLA
- Saiz 1 : L12 / P12
-

10.4 MASA PERMAINAN
- Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 10 minit setiap separuh masa dan rehat
3 minit.
(b) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap
separuh masa.

(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Semasa pasukannya mengawal bola.
Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri
setelah bola tersasar keluar.

10.5 SISTEM PERTANDINGAN
- Pertandingan ini dijalankan secara LIGA
- Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
- Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :
- Menang : 3 mata
- Seri : 1 mata
- Kalah : 0 mata
- WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang
mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan
kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi
Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak
begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.
- Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah
mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang
teratur di bawah :
- Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
- Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.
- Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
- Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
- Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.
- SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL
- Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman
singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
- Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali
kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana
pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.
- Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain
sepanjang kejohanan tersebut.
.

10.6 SISTEM BALINGAN 7 METER
- Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli
oleh 5 orang pemain.
- Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain
secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.
- Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
- Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.
- Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
- Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan
mestilah berada diluar garisan balingan percuma.
- Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
- Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

10.7 KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya
akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0.


10.8 BANTAHAN
- Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang
disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan
RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak
diterima.
- Keputusan Juri adalah muktamad.

10.9 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
- Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah
muktamad.








PERBELANJAAN KEJOHANAN MINI BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN KAPAR KLANG 2013

Anggaran Perbelanjaan

Pentadbiran Jumlah
a) Alatulis
Manila Kad 10 keping X RM 0.60 RM6.00
Marker pen 5 batang X RM4.00 RM20.00
Pen 12 batang X RM1.00 RM12.00
b) Buku Program
Kertas Warna 1 rim X RM13.00 RM13.00
Binding tape 3 gulung X RM5.00 RM15.00
Hadiah / Cenderamata
Johan (medal + hamper) 7 X RM 15. 00 RM105.00
N. Johan (medal + hamper) 7 X RM 10. 00 RM70.00
Ketiga (medal + hamper) 7 X RM 8. 00 RM56.00
Keempat (medal + hamper) 7 X RM 8. 00 RM72.00
Hamper saguhati 8 pasukan X RM 40.00 RM 320.00
Cenderamata pengadil 4 X RM30.00 RM120.00
Cenderamata Perasmi RM 50.00

Makanan
Makanan dan minuman urusetia RM80.00
Minuman Pemain 5 tong X RM25.00 RM125.00

Kontigensi RM120.00

JUMLAH RM1101.00



. PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
Di samping itu, program ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kerjasama di antara guru-guru dan murid-murid SK Kapar, ianya juga diharap dapat
mewujudkan suasana yang kondusif dan pastinya merupakan satu riadah yang menyihatkan
tubuh badan. Semoga dengan penganjuran kejohanan ini dapat menyuntik semangat dan
memberi dorongan kepada murid untuk terus bergiat aktif di dalam bidang sukan dan
menjadikannya sebagai satu budaya yang diamalkan setiap hari. Akhir sekali, adalah menjadi
harapan pihak penganjur agar kejohanan sukan ini menjadi platfom kepada perpaduan antara
guru-guru dan murid-murid yang lebih utuh selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah
dilaksanakan.



Disediakan oleh,




Pn Norazmizah Bt Mohamed
Setiausaha Kejohanan Bola Baling
SK Kapar,








Rujukan

CClaire Mitchell-Traverner, Field Hockey (techniques & Tactics).The Premier Publisher for
Sports & Fitnes.
Julismah Jani, Pengenalan ilmu konten pedagogi dalam pendidikan jasmani dan sains sukan,
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris tanjong Malim, 2007.
Latif Awang, Buku Rujuka Pendidikan Jasmani (2004), permainan bola baling, Penerbit fajar
Bakti.
Modul Bola Baling 1murid 1sukan,Bahagian Sukan,kementerian Pelajaran Malaysia.

Sumber dari internet

http://www.google.com/bolabaling

http://www.humankinetics.com

http://www/moe.gov.my/sukan

http://wwwtgfu.com

http://www.yahoo/kemahiranasas.com

























LAMPIRAN 01

Borang Penyertaan pasukan
Karnival Bola Baling Mini 2013 Sk Kapar
Nama Pasukan :___________________
Pengurus Pasukan :____________________
Bil Nama Tahun/Kelas No Jersi
1
2









Adalah diakui senarai di atas adalah memenuhi syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan oleh
Piahak Penganjur.

Yang benar,
.
Pengurus pasukan






LAMPIRAN 02

Lakaran Padang /gelanggang Kejohanan Bola Baling mini Sk Kapar 2013
3
4
5
6
7

You might also like