You are on page 1of 2

Minggu : Kelapan

Tarikh : 24 Ogos 28 Ogos 2008


Isu / Masalah
Pada minggu yang kelapan ini,masalah yang dihadapi ialah murid kerap meminta
kebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas. Dalam satu-satu waktu P&P mesti ada saja
murid yang ingin keluar untuk pergi tandas malah seorang murid akan meinta kebenaran
keluar lebih dari sekali. Masalah ini berlaku sejak dua minggu saya berpraktikal di
sekolah ini. Namun begitu saya tidak memandang serius akan perkara ini sehinggalah
pada minggu kelapan saya merasakan ia perlu dikaji perkara ini. Pada pandangan mata
saya masalah ini berlaku dari tahun satu hingga tahun enam.
Analisis Masalah
Masalah ini bukan baru berlaku tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Adakah
murid-murid ini benar-benar ingin membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar
guru atau bosan dengan pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada murid
mereka akan menjawab ingin membuang air. etika saya mengajar di tahap satu, saya
melihat ada saja alasan diberikan oleh murid untuk keluar kelas dengan alasan ingin pergi
ke tandas dengan berdua-duaan dengan rakan-rakan kelas mereka.
Cadangan/ Tindakan
!adi untuk mengurangkan murid daripada meminta kebenaran keluar kelas ke tandas
dengan membuat kad keluar kelas dan kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru mata
pelajaran yang mengajar murid tersebut. Apabila murid ingin keluar dia mestilah
menunggu guru setiap matapelajaran mengikut jadual waktu kelas. "ni akan membuatkan
ia lebih sistematik.
#aya juga dapati murid-murid lebih bekerjasama dalam P&P yang melibatkan permainan
ataupun kuiz. $leh yang demikian, saya memperbanyakkan akti%iti-akti%iti seperti
berikut berdasarkan topik yang di ajar dalam menarik minat mereka terhadap pengajaran
yang dijalankan. &antas murid lebih berminat untuk belajar dan kurang untuk meminta
kebenaran keluar kelas ke tandas.

You might also like