peluang ini tidak mahu dilepaskan.Mereka menggunakan teknik pancing apollo dalam keadaan yang kurang selesa namun seorangdaripada mereka berdiri di kawasan tepi bot walaupun ditegur tekong. Akhirnya, beliau tidak dapatmengawal keseimbangan diri kerana bot dilambung ombak lalu tercampak ke laut. Bagaimanapun,mangsa dapat diselamatkan oleh tekong.“Saya terpaksa terjun untuk menyelamatkan pemancing berkenaan,” kata Pak Ali sambil menggeleng-gelengkan kepala.Justeru, daripada pengalaman pahit dan keadaan berbahaya itu maka ia perlu dijadikan satu iktibar bahawa memancing dalam keadaan berdiri ketika laut bergelora perlu mengambil kira keselamatan dirisebelum terjadi sesuatu yang boleh mengorbankan nyawa.Apa yang terbaik pada pandangan Pak Nuri jika keadaan laut tidak mengizinkan tetapi terpaksamemancing juga, maka langkah terbaik yang boleh kita melakukan ialah memancing dalam keadaanduduk (walaupun tidak selesa). Namun itu lebih baik daripada menerima padah yang lebih buruk atauberdiri dengan mengikat badan pada tiang yang kukuh dengan tali yang juga kuat. Sebaik-baiknya, andagunakan tali pinggang dengan kain getah yang kukuh.Apa pun ini satu langkah keselamatan atau ikhtiar yang boleh diguna pakai jika hasrat untuk terusmemancing dalam keadaan laut yang bergelora. Tetapi, nasihat tekong perlu dipatuhi kerana dia lebih arif dan waras dalam detik-detik cemas begitu.Sebagai petua atau amalan, memancing dalam keadaan berdiri membuka ruang yang lebih luas kepadarisiko terhumban ke laut berbanding memancing dalam keadaan duduk.Pak Nuri ingin mengingatkan kepada pemancing laut supaya mengutamakan keselamatan diri daripadamendapat keselesaan atau terlalu teruja untuk mendapatkan habuan. Cara lebih selamat dan ini pastilangkah bijak ialah bot pergi berlindung di balik pulau atau masuk ke muara ketika laut bergelora. Ingat,nyawa tidak ada tukar gantinya.
Buaya pantang dayung melintang
KUALA KETIL: Bagi yang ingin memancing dalam suasana tanpa gangguan terutama di sungai yang adabuaya, petua Abdul Wahab Zakaria, 50, boleh diguna pakai.Apatah lagi bagi pemancing yang terkena ‘badi’ udang galah, petua amalan Abdul Wahab sejak sekianlama bukan saja mampu menghindar gangguan sang bedal malah joran lebih mudah memperdayakan sisepit biru itu.Petua itu diwarisi daripada arwah ayahnya, yang memang pakar menjejak lubuk udang galah suatu ketikadulu. Dengan izin Allah, Abdul Wahab yang juga mahir menjinakkan udang galah belum pernahmengalami kejadian tidak diingini ketika memancing.Petuanya amat mudah, katanya yang menetap di Kampung Padang, Kulim.“Ketika anda memancing sama ada dalam bot atau sampan yang berlabuh di tengah atau di tepi sungai,pendayung jangan diletakkan dalam keadaan melintang. Kalau membawa galah pun perlu jangandiletakkan melintang,” katanya.Seelok-eloknya, pendayung atau galah perlu diletakkan dalam keadaan membujur (selari dengankedudukan bot atau perahu).Berdasarkan pengalaman memancing bersama arwah ayahnya, jika petua itu diabaikan, akibatnya ialah