You are on page 1of 4

Hubungan Iran - Amerika : ‘Perang’ Kepada Kahwin Mut’ah ?

Oleh Mohd Samsuddin bin Harun


www.tenteradajjal.blogspot.com

Satu persoalan yang harus dipersoalkan ialah mengapa serangan ke atas Iran tidak lagi
dilaungkan? Sedangkan Iran terus mengayakan uranium untuk program nuklearnya.
Penulis tertunggu-tunggu kebenaran provokasi Israel terhadap Iran iaitu - Israel akan
menyerang Iran sebelum 20 Januari atau sebelum Obama mengangkat
sumpah - setelah Bush tidak mahu menggunakan kuasanya untuk menyerang atau
member lampu hijau untuk Israel menyerang Iran secara bersendirian. Yang ternyata
tarikh-tarikh serangan itu menjadi palsu seperti tarikh-tarikh sebelum ini yang
dipropagandakan bahawa Israel atau Amerika akan menyerang Iran. Ternyata Amerika
dan Israel tidak bercadang menyerang Iran malah memilih Hamas Sunnah sebagai
mangsa rasminya lewat Disember 2008 dan awal Januari 2009. Perang ini juga telah
memberi peluang yang besar kepada Iran menggarap imejnya sebagai pendokong
Hamas dengan pelbagai cara dan taktik mereka yang tidak jelas untuk dilihat melainkan
suara yang lantang dan menggesa Perancis untuk menamatkan kekejaman Zionis.
Seperti biasa Iran menjadi suara yang paling lantang membela umat Palestin ketika
pemimpin-pemimpin Arab Sunnah dibuai mimpi cintakan dunia yang berselindung
disebalik akidah sekular mengikut telunjuk Israel dan Bush. Daripada isu nak berperang
kini mulalah masanya untuk merealisasikan seruan Richard Armitage agar Iran dan
Amerika mengadakan kerjasama dan menamatkan pertelingkahan. Hari Ini samada
Iran, Amerika mahupun sekutu kedua-dua negara berkenaan, blok Barat sedang
berharap dengan penuh positif akan hubungan ini.

Memahami Hubungan Mut’ah antara Iran dan Amerika.

Kini bukanlah sesuatu yang pelik untuk membincangkan peribadi Barack Husein
Obama sebagai presiden pertama kulit hitam di Amerika yang mencipta sejarah sebagai
presiden termuda dalam sejarah negara cowboy itu. Terlalu ramai berharap hasil positif
dan meletakkan harapan yang tinggi pada Obama yang memiliki ahli keluarga beragama
muslim itu untuk mengubah imej Amerika daripada negara ‘pengganas’ kepada negara
penyelamat dunia khususnya berkaitan isu Palestin, Iraq dan Afghanistan termasuk
hubungan baru secara rasmi dengan Iran ditengah-tengah kedegilan Iran meneruskan
program nuklearnya. Obama bertindak dengan pantas untuk memberi gambaran imej
pemerintahannya dengan melantik seorang Yahudi, Rahm Emanuel sebagai ketua
staffnya dan George Mithchel, seorang kelahiran Ireland dan Kristian Lebanon sebagai
wakil Timur Tengah. Sikap Obama yang nyata ialah akan menambahkan bilangan
tenteranya di Afghanistan dan tidak akan berunding dengan Hamas sekalipun akan
menutup kem Guantanamao. Perlu diingat orang-orang yang sangat disebut-sebut bakal
PM Israel selepas Ehud Olmert berundur nanti ialah Benyamin Netanyahu yang
terkenal dengan kekejamannya yang akan bergandingan dengan Presiden Israel yang
pernah terlibat dalam skandal Iran Contra iaitu Shimon Peres. Merekalah yang bakal
bergandingan dengan Obama membela Israel.

Berkaitan isu hubungan dengan Iran, Obama telah menjanjikan sesuatu sewaktu
kempennya iaitu - berunding dengan negara mullah ‘sayyid’ itu tanpa syarat. Ramai
yang member reaksi positif dari kata-kata beliau termasuklah Speaker Iran sendiri, Ali
Larijani yang mengharapkan kemenangan berpihak kepada Obama dengan hasrat
Amerika dapat menjalinkan hubungan dengan Iran secara rasmi. Sejak kemenangan
Obama dan diakhir pemerintahan Bush, rata-rata orang kanan presiden Iran,
penganalisis, para think tank Amerika dan pegawai rasmi serta pelobi-pelobi Iran dari
kedua-dua negara mula berkempen bagi merealisasikan apa yang diucapkan oleh
Obama terhadap Iran supaya menjadi realiti. Inilah yang berlaku pada hari ini.
Kesungguhan Iran agar ianya menjadi reality terbukti dengan desakan Rafsanjani
kepada Obama supaya tidak meniru gaya pentadbiran Bush yang banyak kali membuli
Iran berkaitan isu nuklear. Rafsanjani sendiri ketika menyampaikan khutbah
Jumaatnya meramalkan Obama akan bertindak adil dan rasional terhadap Iran. (Lihat
monsterandcritics.com).

Ia bukan rahsia lagi untuk memahami hasrat Iran menerusi kata-kata Ahmadinejad,
"We will be patient”.. "We will take our time. We will scrutinize (them)
under the magnifying glass and if change takes place, and it's a fundamental
change, we will welcome it." (Lihat artikel akhbar honoluluadvertiser.com ). Tetapi
Ahmadinejad mengharapkan perubahan polisi Amerika itu dengan syarat Amerika
menarik tenteranya dari Afghanistan. Ironinya, NATO pula menyarankan cadangan
untuk mengukuhkan cengkaman Amerika di Afghanistan dan menghapuskan
pergerakan Taleban dengan gagasan ‘war on terrorisme’ ialah berbaik dengan jiran-
jiran Afghanistan termasuk Iran yang memiliki sasaran yang sama dalam ‘war on
terrosrisme’ iaitu Sunnah Taleban. Tidak lama dulu NATO dan Amerika jugalah yang
mendedahkan bahawa Iran pernah bekerjasama dengan Amerika menumbangkan
Afghanistan dan Iraq.

Perkembangan inilah yang sangat menarik untuk kita melihat siapakah yang akan
bersifat mengalah antara Iran atau Amerika. Sanggupkah Amerika memenuhi tuntutan
Iran ini bagi berbaik dengan Iran atau Iran yang akan menggugurkan konsep perubahan
polisi Amerika dengan menarik balik tenteranya di Afghanistan dengan syarat Amerika
terus bersetuju dengan program nukelarnya. Pentadbiran Obama pula sudah mula
mengumumkan akan menambah tenteranya di Afghanistan kerana desakan NATO dan
sekutunya di Barat . Sementara sebelum ini Iran sudah melarang sekutunya yang juga
sekutu Amerika, Barat dari berunding dengan Taleban. Sedangkan pada masa yang pula
Obama telah sedia melaungkan rundingan dengan Iran tanpa sebarang syarat iaitu
dengan kata Amerika akan menyetujui program nuclear Iran sepenuhnya.. Kini cerita-
cerita penganalisis dan para think-tank di Amerika sendiri yang menyatakan Amerika
tidak lagi mampu menyekat usaha nuklear Iran dan usaha itu dikatakan sudah
terlambat.
Akhirnya… Hubungan yang bagaimana akan muncul? Jangkaan dari penulis ialah Iran
akan terus dibenarkan untuk meneruskan program pengayaan nuklearnya. Sementara
Amerika pula akan terus berjabat tangan dengan Iran bagi bersama-sama berhadapan
dengan musuh mereka di Afghanistan – iaitu Taleban sebagaimana cadangan NATO.
Kerjasama itu adalah akan menjadi sebagai hasil peningkatan dari persepakatan antara
Amerika dan jiran-jiran Iraq dari blok Syiah seperti Iran, Syria dan ketua-ketua negara
Arab Sekular dengan Amerika bagi menghapuskan pejuang Sunnah di Iraq dan
melindungi kerajaan Nuri Kamil al-Maliki sebelum ini, serta untuk mengikat dan
mengunci ketua-ketua negaraa Arab dari berpihak kepada Sunnah Hamas apabila
dibedil oleh Israel secara besar-besaran.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, apakah perbezaan hubungan Iran dengan Amerika
yang akan wujud dengan situasi sebelum ini? Memahami perbezaan ini kita salami
kebenaran fakta sejarah yang telah tersimpan dengan baik. Iaitu selepas hubungan baik
antara Shah jahan dan Amerika, hubungan beku Iran – US selepas revolusi 1979 dan
sebelum Obama berkuasa dibayangi pertembungan palsu ‘Axis of Evil’ dan ‘Great
Satans’ yang sengaja dicipta dengan kerjasama-kerjasama rahsia disebalik tabir seperti
penglibatan General Huyser Amerika dalam usaha menghalau Shah ketika revolusi Iran,
skandal Iran-Contra - penjualan senjata Amerika kepada Iran menerusi Israel ketika era
perang Iran-Iraq, kerjasama kerajaan Khatami di perjanjian Bonn 2002 selepas
Afghanistan di bedil untuk menghapuskan pengaruh Taleban dan Iran dibenarkan
melibatkan diri dalam pembinaan semula negara secular Afghanistan, kerjasama
Khatami dan Ahmadinejad dengan Amerika menyerang Iraq 20 Mac 2003 yang tidak
mampu dinafikan oleh sesiapa hari ini. Iran juga dibenarkan terlibat dalam pembinaan
semula negara Iraq yang dipimpin oleh puppet Amerika dan Parsi – kerajaan Syiah Nuri
al-Maliki.

Hubungan secara rahsia menerusi peristiwa-peristiwa yang sangat besar di atas begitu
secocok dengan konsep ‘taqiyyah’ Syiah yang diamalkan oleh kaum mullah syiah.
Justeru Obama datang dengan membawa cadangan hubungan baru sebenarnya
hubungan lama yang dijalinkan secara rahsia diperbaharui dengan hubungan ‘baru’
iaitu hubungan dipolmatik seriusyang hendak dijalankan secara rasmi oleh kedua-dua
negara. Dalam meralisasikan hubungan ‘baru’ ini, Amerika terpaksa melupakan
propaganda palsu yang lalu isu nuclear Iran mengancam dunia khususnya Israel dan
propaganda hukukuman sekatan dagang terhadap Iran yang sebenarnya tidak pernah
menjadi halangan kepada Iran kerana ianya selama itu sedia digagalkan oleh Britain,
Italy, Spain, Germany, Perancis, lebih-lebih lagi Russia dan China dari blok komunis
dan beberapa negara kecil Eropah lain seperti Czech, Turki, Greece, Belarus, Crotia,
Switzerland dan lain-lain. Satu perkara yang perlu diingat ialah menurut aqidah Syiah
taqiyyah akan tercabut setelah hadirnya Al-Qaim atau Mahdi Mereka (Messiah Dajjal
Sebenarnya).

Apakah usaha Obama untuk menjadikan hubungan diplomatik secara rasmi dengan
Iran ini boleh membuktikan Obama itulah Mahdi (Dajjal) mereka? Tidak mungkin atau
ianya secara kebetulan sahaja. Namun secara kebetulan juga ialah kesan dari hubungan
Amerika –Iran yang bakal rasmi ini akan menjauhkan anasir-anasir Syiah terhadap
Hamas di Palestin, kerana Obama memilih jalan tidak akan berunding dengan Hamas.
Lebih penting lagi persepakatan Iran – Amerika akan menajamkan lagi serangan ke atas
kelompok sunnah di Iraq iaitu al-Qaeda dan mereka yang bernaung disebalik Daulah
Islamiyyah Iraq. Tidak ketinggalan ialah kelompok Taleban yang merupakan musuh
bersama Iran dan Amerika di Afghanistan. Ke semuanya berada di bawah gagasan yang
serupa antara Iran dan Amerika dibawah pentadbiran Bush iaitu – ‘WAR ON
TERRORISME’ . Ini mengingatkan penulis kepada nas-nas syiah yang menyatakan
Mahdi Syiah antara pengikutnya ialah Yahudi. Apakah Yahudi itu ialah neo-konservatif
Amerika (yang diketuai oleh Rahm Emanuel dan pertubuhan Blue Dog) semasa era
Obama ini yang secara rasmi akan bersatu dengan Syiah? Kemudian nas-nas agama
mereka menyebut. Messiah Dajjal atau Al-Qaim akan membunuh umat Islam selain
Syiah dan bukan Yahudi tanpa menanyakan bukti.

Dengan beberapa ciri persamaan dan titik pertemuan yang cuba dicapai Obama dan
Iran, kita harus memandang kepada nas-nas Syiah dan Yahudi bagi mengetahui bentuk
dan wajah hubungan Amerika dan Iran serta tindakan kedua-dua negara ini pada masa
akan datang. Penulis merasakan rumusan yang boleh disimpulkan ialah tentera Dajjal
sudah hampir memasuki barisan yang satu memerangi bukan Syiah dan Yahudi –
Sunnah Hamas, Sunnah Iraq dan Taleban Sunni di Afghanistan. Cuma Messiah Dajjal
itu sahaja belum muncul di bandar Yahudi Isfahan untuk diikuti oleh 70,000 kaum
yang memakai Tayalisah (jubah ulama’ Iran hari ini).- maksud riwayat Imam Muslim.
Mengimbas kembali nas-nas Syiah boleh dilihat disini.

tenteradajjal.blogspot.com

You might also like