Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi pidato/syarahan.Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk pidato/ syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.3.Isi atau amanatIsi pidato/syarahan merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekananyang sewajarnya.4.Penutup isi/amanatPenutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam pidato/syarahan tadi.5.Penutup pidato/syarahanBahagian ini merupakan bahagian terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlumerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkanribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar pidato/syarahan tadiakan memanfaatkan para hadirin.Dari segi penyampaian, pemidato yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiranmemulakan pidato/syarahan, melahirkan pendapat, penyampaian yang menarik danmenutup pidato/syarahan.KEMAHIRAN MEMULAKAN PIDATO/SYARAHANKemahiran memulakan pidato/syarahan terdiri daripada peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan.Peringkat PersediaanPeringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau keberkesanansesuatu pidato/syarahan. Di peringkat ini, pemidato perlu melakukan persediaan sepertiyang berikut:1.Mengetahui tujuan berpidato, iaitu sama ada hendak memberi penerangan,menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk/mempengaruhi para pendengar 2.Menganalisis audien dan majlis dari aspek-aspek seperti yang berikut:(a)Apakah jenis dan tujuan majlis?(b)Siapakah bakal pendengar atau audien majlis?(c)Berapa ramaikah audien?(saiz audien)(d)Apakah minat mereka?(e)Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan mereka?(f)Bagaimanakah sikap audien terhadap pidato nanti?(g)Jantina audien.(h)Umur audien.