sekolah amat lemah. Beliau sering gagal dalam peperiksaan terutama dalam mata pelajaranMatematik. Gurunya pernah mencadangkan kepada bapanya untuk memberhentikan Adler dariterus bersekolah. Kata guru itu adalah lebih baik sekiranya Adler dilatih menjadi seorang tukangkasut.Akibat dari herdikan yang diterima, Adler menjadi semakin lemah semangat dan hilang minatuntuk pergi ke sekolah. Atas semangat dan kepercayaan yang diberikan oleh bapanya, Adlerakhirnya pulih semangat. Beliau tekad untuk membuktikan bahawa beliau turut berpotensi untukberjaya. Demi memenuhi desakan itu, Adler akhirnya berjaya mengatasi kegagalan beliau. Sejakdetik itu, Adler tidak lagi menghadapi kesukaran dalam belajar dan menjadi pelajar nombor satudalam kelas.Pada tahun 1898, beliau berjaya menghasilkan hasil penulisannya yang pertama. Beliaumenekankan hubungan kesihatan dan abiliti seseorang mencapai kejayaan. Kupasan beliaumembawa kepada pembentukan prinsip pemikiran baru dalam suasana sekolah- sekolah.Pada tahun 1902, Adler mula menyertai gerakan Freudian atas jemputan Freud sendiri. Merekabanyak membincangkan aspek baru dalam dunia psikopatologi. Namun, sepanjang 4 tahun, Adlerbergiat dalam kegiatan Freudian; Adler tidak pernah selari pandangan dengan Freud. Buktinya, jelas dapat dilihat melalui penulisan Adler pada tahun 1907 yang mana mengupas tentang organinferioriti dan kelebihannya. Adler membantah pandangan Freud terhadap pembentukanpersonaliti seseorang itu adalah didorong oleh desakan seksual.Maka, pada tahun 1911, Adler memutuskan untuk keluar dari terus bersama dengan gerakanFreudian itu. Adler bersama- sama dengan 8 orang ahli lain yang seangkatan dengan pandanganAdler berjaya menubuhkan sebuah persatuan:
Society for Free Psychoanalysis.
Memandangkannama tersebut seolah- olah mempersendakan Freud, Adler memutuskan pula untuk mengubahnama tersebut kepada
Society for Individual Psychology.
Kemudian, pada tahun 1912, Adler menerbitkan pula sebuah buku yang berjudul
“ The NeuroticConstitution”
yang mana buku ini merupakan usaha Adler untuk lebih memperkembangkankonsep utama yang ada dalam Teori Psikologi Individu. Selain itu, penulisan beliau banyakmemfokuskan kepada keunikan personaliti seseorang individu. Seterusnya, beliau menghasilkanpula sebuah buku yang bertajuk “Understanding Human Nature”. Buku ini digunapakai oleh parapelajar di
Viennese Institute for Adult Education.
Semasa Perang Dunia Pertama, beliau turut terlibat dalam revolusi Marxism dan bergiat sebagaitentera Austria. Beliau berjaya menubuhkan beberapa buah klinik rawatan mental di Vienna.Namun malangnya, usaha beliau itu akhirnya ditutup oleh pihak Nazi. Justeru itu, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1934 berikutan mendapat tawaranmengajar di
Long Island College of Medicine.
Leave a Comment