Pendidikan Kebangsaan) melalui penggunaan teknologi semasa. Walau bagaimanapunmengikut Rahimah (1998), terdapat juga pelbagai pandangan dan anggapan tentang ciriatau kriteria bagi sekolah yang dikatakan berkesan atau sebaliknya. Beliau menyatakanantara lain, terdapat takrifan yang menjurus kepada gagasan yang berikut: (a) SekolahBerkesan (
Effective School
), (b) Sekolah Bestari (
Smart School
), (c) Sekolah Pintar(
Intelligent School
), (c) Sekolah Harapan Negara (
Exemplary School
), dan (e) SekolahWawasan (
Visionary School
). Rahimah (1998) merumuskan bahawa sekolah yangmempunyai ciri-ciri sekolah yang baik dan membawa hasil pembelajaran, sekolah yangmembina watak, dan membuktikan ianya boleh membawa perubahan kepada pelajar (
that the school makes a difference
), boleh dianggap sebagai sekolah berkesan. Bagi sekolahyang inputnya kurang, beliau menambah bahawa ini boleh menyebabkan prestasi dari segipencapaian akademik (iaitu peratusan kelulusannya kurang berbanding dengan sekolahlain) lebih rendah, tetapi pelajarnya berkembang lebih daripada apa yang diharapkan.Hasil tinjauan Sharifah (2000) terhadap sekolah-sekolah di Malaysia menyokong pendapatAbdul Shukor Abdullah (1988) yang mengaitkan sekolah yang berkesan dengankecemerlangan akademik. Ini nampaknya bertentangan dengan Falsafah PendidikanKebangsaan yang menekankan perkembangan menyeluruh pelajar. Keseimbangan jasmani,emosi, dan rohani kurang terserlah kerana faktor lulus peperiksaan dengan cemerlangmenjadi keutamaan dan penekanan kebanyakan sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa. Beliaumenyatakan guru-guru perlu memastikan perkembangan pelajar yang seimbang danpentadbir sekolah berperanan membantu guru untuk menjalankan tugas dengan baik. Dariaspek membantu pelajar, Sharifah (2000) berpendapat bahawa sekolah berkesan ialahsekolah yang mempunyai guru-guru yang mengajar dengan efektif untuk melahirkan pelajaryang bijak dan mempunyai sahsiah dan disiplin yang baik.Tujuan dan Objektif KajianKonsep sekolah berkesan serta penambahbaikan sekolah telah banyak dikaji diperingkatsekolah-sekolah diseluruh dunia termasuklah sekolah-sekolah yang berada di negara kita.Malangnya tiada kajian yang terperinci dijalankan di peringkat institusi pendidikan guru (IPG)untuk melihat sejauhmana penghayatan pensyarah-pensyarahnya sebagai ahli akademikterhadap konsep-konsep tersebut. Oleh itu pengkaji mengambil kesempatan untukmelaksanakan kajian awal terhadap pensyarah untuk melihat sejauh mana konsep tersebutdifahami dan dihayati oleh oleh pensyarah IPG terutamanya di IPPMPersoalan KajianBersandarkan kepada huraian latarbelakang permasalahan yang dinyatakan sebelum ini,pengkaji ingin mengkaji.1. Apakah ciri-ciri penting kemenjadian pelajar dalam pembentukan keberkesanan IPGsepertimana yang difahami oleh pensyarah IPPM.2. Apakah maklumat berkaitan dengan gaya kepimpinan, kepakaran, dan kaedahpedagogi yang diperlukan pembentukan keberkesanan IPG yang difahami olehpensyarah IPPM.3. Apakah respon pensyarah IPPM berkaitan bentuk-bentuk hubungan sosial yangdiperlukan dalam pembentukan keberkesanan IPG .
TINJAUAN LITERATUR
Latar Belakang Perkembangan Sekolah Berkesan