- 3 -
1.0
PENGENALAN
Dalam pendidikan formal, proses merancang pengajaran dan pembelajaran merupakan satuproses utama yang perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Ramai pakar dalam pendidikanberpendapat bahawa proses ini memerlukan suatu usaha berterusan untuk menyediakanpendidikan komprehensif serta efektif untuk menyampaikan segala isi pelajaran dengan berkesan.Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahmelibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawakesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku sepertimana yang telah dirancang terlebihdahulu. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pula, pengajaran yang berkesan adalah merujukkepada keupayaan guru merancang dan melaksana proses pembelajaran yang dapat membawapelajar kepada hasil pembelajaran terakhir sepertimana yang diinginkannya.Hal ini melibatkancorak pengajaran berstruktur sama ada segi organisasi pengurusan bilik darjah mahupun kepadakecukupan dalam kandungan isi pelajaran. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia : Modal InsanCemerlang Minda Kelas Pertama : Edisi Pelancaran 2008, ms 185 menyatakan bahawapengajaran berkesan sangat memerlukan perancangan yang rapi oleh guru dengan mengambilkira kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaianprestasi, pengukuran dan penambahbaikan.Berdasarkan kepada dua kenyataan di atas, jelaslah bahawa untuk melaksanakan satuproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan , satu persediaan perancangan yang rapiperlu dirangka terlebih dahulu dengan mengambil kira 5 elemen utama seperti mana yangterkandung dalam kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut.Untuk melihat sepintas lalu perbincangan mengenai elemen-elemen tersebut, kerangkaperbincangan berfokus kepada seperti mana yang terkandung dalam rangka konsep dibawah :