Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
12Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Sejauh manakah institusi ombudsman berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam?

Ratings: (0)|Views: 719 |Likes:

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Nov 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/29/2012

pdf

text

original

 
SEJAUH MANAKAH INSTITUSI
OMBUDSMAN 
BERJAYAMENINGKATKAN KEBERKESANAN PENTADBIRTAN AWAM?OLEH:ZAILANI AMITGB00767PENGENALAN
Anjakan paradigma dan kesedaran yang lebih terhadap hak fundamental seseorangindividu telah menjadikan rakyat di negara-negara maju dan membangun termasuk Malaysia mempunyai golongan masyarakat yang berfikiran lebih terbuka, matang dan berwawasan. Asas pendidikan yang tinggi ada kala mendatangkan permasalahan dan perdebatan mengenai perkara-perkara yang dahulunya tidak dipersoalkan oleh anggotamasyarakat itu sendiri. Kesedaran akan hak dan kepentingan serta kebajikan merekaini telah menjadi satu permasalahan dan juga satu titik permulaan agar pihak yang bertanggungjawab dalam mana-mana organisasi tidak melakukan apa sahaja mengikutkehendak dan kepentingan mereka tanpa memikirkan kepentingan anggota masyarakatsecara keseluruhannya.Di era global dan demokrasi adalah menjadi pegangan kerajaan memastikan
 survival 
dan jangka hayat kerajaan berpanjangan dengan berlandaskan pendekatan danaplikasi dasar dan polisi awam yang menentukan arah tuju corak pemerintahankerajaan. Oleh itu sebuah institusi khas perlu ditubuhkan untuk menjaga integritimana-mana organisasi, jabatan dan pihak kerajaan yang terbabit; menentukan satu pendekatan yang relevan dan rasional atas desakan dan kehendak anggota masyarakatuntuk mengatasi masalah yang dihadapi serta untuk memantau dan tidak memberikankuasa sepenuhnya kepada pihak-pihak yang terbabit secara langsung dengan apa jugadasar dan polisi itu. Adalah jelas dalam zaman moden ini, semua negara yangmengamalkan sistem demokrasi, pihak pentadbiran negara diberi kuasa yang luasuntuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Keadaan ini
 
mewujudkan banyak jentera kerajaan mempunyai dan menikmati kuasa budi bicarayang sangat luas.Dengan adanya kuasa yang begitu luas menyebabkan ada kemungkinan dankesempatan berlakunya salah guna kuasa oleh pihak pentadbiran seperti
maladministration
dan rasuah. Selain dari kawalan perundangan, pihak pentadbiran juga mempunyai mekanisme tersendiri untuk menangani perkara tersebut. Namuntindakan sebegini tidak mencukupi dan tidak memberi jaminan
maladministration
tidak akan berulang. Situasi ini menyebabkan timbulnya permintaan untumenubuhkan sebuah jawatankuasa atau institusi yang efektif yang berperanan untuk mengawal pihak pentadbiran. Hasil daripada saranan rakyat, maka wujudlah
Ombudsman
.
LATAR BELAKANG
OMBUDSMAN 
Pada tahun 1809, Sweden salah sebuah daripada negara-negara Scandinavia munculsebagai negara pertama mewujudkan
Ombudsman
yang dikenali sebagai
 Justitieombudsman
, bermaksud
 Procurator for Civil Affairs
.
Ombudsman
dalam bahasa Swedish bermaksud agen atau wakil.
Ombudsman
kedua pula telah ditubuhkandi Finland pada tahun 1919, diikuti oleh Denmark pada tahun 1955 dan Norway padatahun 1961. Pada tahun 1962, New Zealand telah mengambil langkah menubuhkan
Ombudsman
. Ia adalah negara pertama yang ditubuhkan di luar negara Scandinavia(Sawer 1968:76). Pada tahun 1967
Ombudsman
telah ditubuhkan di United Kingdom.
Ombudsman
di Sweden merupakan satu sistem pengawalan dan amat pentinguntuk memastikan tidak ada ketidakadilan dalam pengadilan kehakiman dan juga pentadbiran (dari segi kewibawaan). Ia telah dipimpin oleh tiga
 justies
 
Ombudsman
yang dilantik oleh
 Riksdag 
atau parlimen. Justifikasi dan skop tugas mereka adalahuntuk memerhatikan perjalanan undang-undang dan perlembagaan dan mengadili pegawai-pegawai yang melakukan kesalahan. Tegasnya, tugas
Ombudsman
ialahuntuk memastikan mereka yang mempunyai kuasa menggunakannya dengan betul dantidak bercanggah dengan hak-hak asasi rakyat.2
 
Kejayaan konsep
Ombudsman
yang diamalkan oleh Sweden telah tersebar dengan meluas di seluruh dunia terutamanya selepas Perang Dunia Kedua (Rowat1968:85). Sehingga kini lebih kurang sembilan puluh negara terdiri daripada AfrikaSelatan, Asia, Australia dan Pacifik, Carribean, Amerika Latin, Kesatuan Eropah dan Negara Bukan Kesatuan Eropah telah menubuhkan
Ombudsman
dan mengikut model
Ombudsman
di Sweden (Gregory & Giddings 1997:99).
Ombudsman
bukan sahajasemakin bertambah tetapi telah beroperasi di peringkat pusat, negeri, bahagian ataukerajaan tempatan (
national, state, regional or municipal level 
).Walaupun
Ombudsman
dikenali dengan nama yang berbeza seperti
 Parliamentary Commisioner 
atau
Commisioner for Administrative
 
 Investigations,
terdapat perbezaan dari segi penggunaan bahasa dan mempunyai bidang kuasa yang berbeza, tetapi fungsi dan konsepnya adalah sama. Profesor Gerald Calden dariUniversiti California, Amerika Syarikat di dalam kertas kerjanya bertajuk 
Maturationissues for the Ombudsman
memberi kesimpulan bahawa meskipun kritikan terhadaptindakan kerajaan sentiasa meningkat di seluruh dunia, kehadiran
Ombudsman
telahmemberi sinar keyakinan kepada rakyat terhadap perkhidmatan awam (Calden1988:112).Sungguhpun Ombudsman telah ditubuhkan lebih dua ratus tahun lalu tetapi
Ombudsman
telah menjadi penting dan popular sejak lima puluh tahun kebelakanganini kerana selepas peperangan pada tahun 1939-1945 terdapatnya pembesaran aktivitinegara, timbulnya kesedaran dan prihatin terhadap hak asasi manusia, percambahan pendidikan dan pengetahuan pihak awam. Di samping itu, aktiviti
the International Commission of Jurists
dan United Nations juga menyumbang ke arah penubuhan
Ombudsman. Ombudsman
juga dilihat sangat perlu untuk membantu menangnimasalah birokrasi.
DEFINISI
OMBUDSMAN 
Mengikut para sarjana, tidak terdapat definisi yang tepat mengenai Ombudsman, tetapi berdasarkan pengkajian Mary Seneviratne dalam karyanya bertajuk 
Ombudsman:
3

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Akhmad Faishal liked this
Gabenor Andak liked this
Gabenor Andak liked this
Farahsh Amiwar liked this
Amy Zara liked this
Senior Junior liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->