You are on page 1of 28

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEM 2
SESI 2009/2010
TAJUK TUGASAN :
KAJIAN DIALEK MELAYU SELANGOR (SUNGAI BESAR)

FONETIK DAN FONOLOGI


( BML 3043 )

NAMA PELAJAR

NORALIA BINTI ROSLAN

NO. MATRIK

D20081032827

PROGRAM

PENDIDIKAN GEOGRAFI

FAKULTI

SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER

SEM 4

SESI

SESI (2009/2010)

KUMPULAN

NAMA PENSYARAH :
TARIKH HANTAR

EN. RAZALI BIN AYOB


1/3/2010

ISI KANDUNGAN
1

________________________________________________________________
BIL.

TAJUK

HALAMAN

1.0

PENGENALAN

m/s 1-2

2.0

DEFINISI

m/s 3-5

2.1 FONETIK
2.2 FONOLOGI
2.3 FONEMIK
3.0

DIALEK

m/s 6-8

3.1 DIALEK MELAYU SELANGOR


4.0

KAJIAN KES

m/s 9-23

4.1 LATAR

m/s 9

BELAKANG KAWASAN

4.2 KAEDAH
4.2.1
4.3 HASIL

KAJIAN

m/s 10

BIODATA RESPONDEN

KAJIAN

4.3.1

m/s 12

KONSEP WARNA
4.3.1.1 DEFINISI

4.3.2

DALAM WARNA

FONETIK SERTA CONTOH AYAT

KONSEP MENGHITUNG

m/s 12
m/s 12-17
m/s 18-20
m/s 21

4.3.2.1 DEFINISI

MENGHITUNG

m/s 21

4.3.2.2 SEJARAH

KATA MENGHITUNG

m/s 21

4.3.2.3 SIMBOL

4.4 RUMUSAN KAJIAN


5.0 KESIMPULAN

m/s 12

WARNA

4.3.1.2 PEMIKIRAN
4.3.1.3 SIMBOL

m/s 11

FONETIK SERTA CONTOH AYAT

m/s 21-23
m/s 23-24
m/s 25

6.0 BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN
2

Tanpa kita sedari, pembelajaran utama yang diperoleh oleh manusia adalah bahasa. Bahasa
tidak dapat dipisahkan dari orang yang menuturkannya. Sungguhpun pengwujudan pertuturan
itu, adalah hasil kegiatan seseorang sebagai individu, tetapi bahasa tidak dapat wujud dalam
sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam hubungan mereka
satu sama lain. Oleh itu, bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan individu, bukan
kepunyaan satu-satu individu tertentu, (Asmah Hj Omar, 1985:3). Dalam bahasa, sifat yang
penting yang ada pada manusia sebagai makhluk sosial adalah sifat perkongsian. Kebiasaan
berkongsi satu sistem komunikasi ini melahirkan satu kumpulan manusia yang berbeza dari
kumpulan lain yang menggunakan dan tumbuh sebagai sistem bahasa yang berlainan pula.
Bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek dan penutur dialek-dialek ini pula saling
faham memahami antara satu sama lain (Chambers 1983:3 dalam Zaharani Ahmad,1993:4).
Berdasarkan ciri-ciri linguistik, dialek dalam suatu bahasa mempunyai banyak persamaan dan
juga beberapa perbezaan antara satu sama lain. Persamaan yang wujud itu menggambarkan
dialek-dialek tersebut mengekalkan ciri-ciri warisan yang diwarisi bersama. Manakala
perbezaan itu pula menunjukkan mereka telah mengalami perkembangan secara tersendiri
dan terpisah daripada dialek-dialek lain. Newton (1972), menyatakan kewujudan pelbagai
dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi
sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu
merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahsa asal kepada beberapa
dialek turunannya.
Pengkajian tentang dialek ini disebut sebagai dialektologi. Menurut Zaharani Ahmad
(1993:1), dialektologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji dialek-dialek dalam sesuatu
bahasa. Kajian dialek yang menerapkan gagasan-gagasan dan hasil penemuan teori nahu
transformasi generatif, khususnya teori fonologi generatif yakni kajian yang berhubung
dengan perbandingan dialek dapat digunakan untuk mengkaji perbezaan dialek yang terdapat
dalam Bahasa Melayu. Dengan berlandaskan pendekatan teori ini, huraian serta penjelasan
tentang kepelbagaian dialek yang wujud dalam bahasa Melayu dapat dikaji. Tujuan utama
fonologi generatif ini digunapakai adalah tidak lain iaitu untuk memformalisasikan
kecekapan

fonologi intrinsik

seorang penutur sebagai satu sistem rumus yang

bertanggungjawab melahirkan reprisentasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.


Menurut Asmah Hj Omar (1995:26), pengkajian terhadap dialek ini dilakukan kerana
masyarakat menjalani perubahan dari segi kehidupan dan seterusnya mengalami perubahan
3

dari segi bahasanya. Misalnya, sesuatu kemajuan dari segi teknologi, cara hidup dan ilmu
pengetahuan sesebuah masyarakat akan mempengaruhi perubahan bahasa dari segi
pemasukan kata-kata baru. Bahkan menurutnya lagi, bukan sahaja kata-kata baru yang
dimasukkan, tetapi juga kata-kata yang sedia ada mungkin juga mengalami perubahan makna
baik dari segi perluasan atau penyempitan makna. Begitu juga dengan cara penyebutan suatu
perkataan, wujudnya perbezaan antara satu dialek dengan satu dialek yang lain.
Sehubungan dengan itu, faktor-faktor yang menimbulkan dialek adalah terdiri
daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya dengan ekonomi,
cara hidup dan juga budaya, hal ini tercermin di dalam dialek yang bersangkutan (Guiraud,
1970 dan Ayattrohaedi, 1979:60). Di semenanjung Malaysia, keadaan alam semula jadi yang
terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai, merupakan rintangan-rintangan kepada
putusnya atau jauhnya perhubungan di antara penduduk-penduduknya. Faktor politik telah
membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik politik yang lebih kecil,
menghasilkan negeri-negeri Melayu Semenanjung seperti negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Daripada nama-nama negeri tersebutlah timbulnya nama dialek-dialek di Semenanjung
Malaysia, iaitu Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek Pulau Pinang, Dialek Perak, Dialek
Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka, Dialek Johor, Dialek Pahang, Dialek
Terengganu dan Dialek Kelantan. Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu
dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50). Dialek-dialek setempat di
Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu (A. Teeuw
1961:43).
Justeru, dalam kajian ini, saya akan menyoroti kepelbagaian dan kelainan dalam
sebutan dialek Melayu Selangor khususnya, dari aspek fonetik dan fonologinya. Aspek ini
akan dihuraikan secara terperinci dan mendalam mengenai perbezaan yang wujud antara
dialek Melayu Selangor dengan bahasa Melayu baku. Kajian utama dilakukan terhadap cara
sebutan dan simbol-simbol fonetik yang digunakan bagi melambangkan setiap vokal atau
konsonan yang digunakan serta pemikiran masyarakat penutur dialek Melayu Selangor
tentang konsep warna dan menghitung.
2.0 DEFINISI
Kajian terhadap dialek bahasa Melayu Selangor ini diteliti berdasarkan salah satu cabang
ilmu bahasa (linguistik) iaitu dari aspek fonetik dan fonologinya. Pengkajian ini dilakukan
4

adalah untuk melihat sejauh mana perbezaan sebutan bahasa yang wujud di wilayah-wilayah
tertentu. Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula pelbagai ideolek, iaitu
kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan, dan kelainan
stilistik yang terjadi akibat daripada konteks yang berlainan ( Mario A. Pei 1966:119). Semua
kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi kelainan-kelainan
itu masih tergolong dalam satu bahasa. Misalnya Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek Pulau
Pinang, Dialek Perak, Dialek Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka, Dialek
Johor, Dialek Pahang, Dialek Terengganu dan Dialek Kelantan merupakan kelainan-kelainan
bahasa daripada Bahasa Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan
stilistik di dalam dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami di
antara satu sama lain. Disini turut disediakan perincian berkaitan maksud fonetik dan
fonologi secara lebih terperinci :
2.1 Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam
bahasa iaitu bunyi. Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang
diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau difahami oleh kedua-dua belah pihak. Bidang ini
disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi
kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.
2.2 Fonetik
Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Bidang fonetik merupakan salah satu kajian
yang terdapat di dalam ilmu linguistik yakni bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut. Menurut kamus dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Berdasarkan
takrifan daripada Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan pula, dalam bukunya Linguistik Am
(2007:33) fonetik merupakan bidang yang mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang
digunakan dalam pertuturan. Pendapat ini disokong oleh Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) yang
menyatakan bahawa, fonetik adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna
dalam semua bahasa manusia. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa
dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza iaitu fonetik artikulatori, fonetik
auditori dan fonetik akustik. Artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan cara-cara
suatu bunyi dilafazkan. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran
5

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyibunyi bahasa itu sendiri iaitu transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa
proses berkomunikasi.
Menurut Arbak Othman pula (Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik
mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi
bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik
untuk bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara
mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi.
Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi.
Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas
hakikatnya bunyi ini.
Kesimpulannya, pendapat-pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang
maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji
keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecahpecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang
membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem
iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian
mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik. Jika diteliti tentang
fonetik, fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang
berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran (auditori).
2.3 Fonemik
Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu
pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa
sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan.

Bidang fonetik

mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi
mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas
daripada pendapat Henderson yang menyatakan :
The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of
individual language has variously been called phonology .

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics .
Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan
dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan
peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.
Oleh itu, jelaslah fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang
mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,
seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang
mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk bunyi.

Secara

ringkas, dapatlah dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Ia juga
merupakan bidang fonetik yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi
bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi
dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek
yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa
sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak
termasuk dalam kajian bidang fonetik. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari
bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem iaitu fonem
vokal, konsonan dan diftong. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari
fonem-fonem sesuatu bahasa dalam dialek.

3.0 DIALEK
Dialek, menurut Hartmann dan Stork (dalam S. Narthesan : 2001 ), ialah sejenis kelainan
bahasa, yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa katanya daripada bahasa baku.
Sementara itu Collins (1986:197) pula, mentakrifkan dialek sebagai satu ragam bahasa yang
dibezakan secara tegas daripada ragam-ragam lain berdasarkan ciri-ciri penyebutan, kosa kata
7

dan tatabahasa. Ragam bahasa ini terdapat dalam daerah geografi tertentu dan dalam suasana
sosial tertentu. Yang nyata daripada dua takrif diatas ialah salah satu kelainan diantara dialek
yang dapat dikesan adalah pada kosa kata yang digunakan dalam dialek tersebut.
Menurut Collins J.T (1996:13), penyebaran dialek Melayu sudah lama wujud sebelum
abad ke-16 lagi. Hal ini kerana, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama bukan
sahaja di sumatera, semenanjung tanah Melayu dan Borneo sahaja, malah turut digunakan di
kepulauan Filipina dan Maluku di Lautan Pasifik. Kewujudan lebih daripada enam puluh
dialek daerah yang masih tergolong dalam jaringan bahasa Melayu ini membuktikan
keunggulan penutur melayu, sebagai perintis budaya, niaga dan teknologi. Terdapat juga
dialek Melayu yang timbul sebagai hasil daripada perkembangan bahasa pergaulan dan
perdagangan tanpa penghijrahan penutur Melayu dan pembentukan masyarakat imigran di
perkampungan baru. Setiap dialek Melayu ini dilatari dan diwarnai dengan sejarahnya
masing-masing. Sememangnya, sesuatu dialek hanya dapat dihargai dan dihayati dalam
lingkungan sosial penuturnya sendiri.
Sehubungan itu, kepelbagaian dialek Melayu yang diwariskan oleh penutur purba ini
harus disanjung sebagai pusaka atau khazanah yang tidak ternilai. Khazanah ini hendaklah
disusun, diatur, disemak, diteliti dan harus diperlihatkan dari segi keistimewaannya.
Penghargaan terhadap pusaka hidup ini haruslah berbentuk pengkajian dan penyelidikan
mengenainya. Syahadan, tugas para pengkaji dialek Melayu teramatlah besar. Bahkan,
menurut Collins (1989), terdapat lebih kurang 1500 penulisan tentang berbagai-bagai dialek
Melayu telah dirakamkan. Dialektologi ini telah mengkaji ragam bahasa Melayu yang wujud
kesan dari aspek geografi. Tambahan lagi, Menurut Collins J.T (1996 : 16), pengkajian dialek
Melayu mesti dilakukan dengan selengkap mungkin dengan mengolah dan mengambil kira
semua maklumat daripada semua sumber.
Menurut S. Nathesan (2001:111), Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara
Malaysia mempunyai daerah pertuturan yang amat luas iaitu dari negeri Perlis hinggalah ke
negeri Sabah. Oleh kerana, penggunaan Bahasa Melayu yang amat luas di negara kita, maka
timbul banyak kelainan penggunaanya dari segi pertuturan, makna perkataan, binaan atau
susunan ayat. Antara ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza dari bahasa daerah
yang lain termasuklah perbezaan makna perkataan, sebutan dan ungkapan tertentu dalam
dialek-dialek yang berkenaan.

Bahasa Melayu di Malaysia pada umumnya mempunyai beberapa dialek seperti


dialek Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan
Sabah. Walaupun terdapat banyak dialek dalam bahasa Melayu dengan perbezaan-perbazaan
yang tersendiri, namun ada unsur saling memahami antara penutur yang menggunakan
dialek-dialek tersebut. Menurut Asmah Haji Omar (dalam S. Nathesan, 2001:112),
menyatakan bahawa bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelompok seperti yang berikut :
i.

Kelompok Barat laut (Kedah, Perlis, Perak Utara dan Pulau Pinang)

ii.

Kelompok timur laut (dialek Kelantan)

iii.

Kelompok timur laut (dialek Terengganu)

iv.

Kelompok selatan (Johor, Melaka, Selangor dan Perak Selatan)

Dalam tugasan ini, kelainan fonetik dan fonologi dalam dialek Melayu Selangor akan
diteliti untuk melihat perbezaan sebutan yang didukung dalam dialek berkenaan. Beberapa
konsep akan diterangkan serta digunakan bagi mengkaji perbezaan bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan dalam dialek melayu Selangor untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara
mereka. Hal ini disokong lagi dengan menurut Nik Safiah Karim (1988), timbul perbezaan
bahasa yang lebih nyata pada satu-satu bahasa khususnya dari segi perbendaharaan kata,
tatabahasa dan sebutan kerana peredaran masa yang panjang dan daerah yang luas.
Menurut Collins J.T (1996:89), penyelidikan dialek daerah haruslah menghasilkan
gambaran yang utuh tentang hubungan antara ragam-ragam yang tersebar di suatu kawasan
geografi tertentu. Maksudnya, dialektologi seperti yang juga telah diperkatakan oleh Zaharani
Ahmad tidak hanya bertujuan menyoroti sesuatu dialek tetapi sebaliknya hendak menggali
data dan menyajikan teori yang dapat menggambarkan jaringan antara pelbagai dialek.
Justeru itu, melalui kajian yang telah saya jalankan, didapati bahawa salah satu faktor yang
mempengaruhi bahasa percakapan seseorang itu bertutur adalah disebabkan faktor
dialektologinya. Penerangan lebih lanjut mengenai dialek dibincangkan dalam penerangan
berikutnya ini.
3.1 DIALEK MELAYU SELANGOR
Menurut Asmah Hj Omar (1985 : 162), kajian dialek bagi negeri Selangor adalah lebih rumit
daripada kajian dialek bagi negeri lain. Hal ini kerana Selangor merupakan tempat
pertembungan pelbagai penutur dari berbagai-bagai kawasan dialek lain. Selain itu, hal ini
berlaku disebabkan oleh kedudukan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor pada tahun
9

1972 yang merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan, bukan sahaja
bagi semenanjung Malaysia tetapi juga bagi seluruh Malaysia. Hal ini disokong lagi
berdasarkan andaian yang telah dibuat yang menyatakan bahawa sebelum abad ke-20
penutur-penutur bahasa Melayu memang tinggal di kampung-kampung yang terletak di
tebing-tebing sungai, baik di muara mahupun di hulu, malahan negeri-negeri Melayu pada
waktu itu dinamakan riverine states (Burns 1976:3 dalam Collins J.T 1996:90). Menurut
Collins lagi, negeri Selangor telah wujud sebagai kesatuan politik pada abad ke-18 lagi yang
sebelum ini daerah-daerah yang kemudian digabung menjadi kerajaan Selangor adalah
tertakluk pada kesultanan Melaka dan seterusnya kesultanan Johor. Namun demikian, nama
Selangor yang membawa maksud lembangan Selangor dan Kuala Selangor sudah terdapat
dalam sejarah Melayu. Sesungguhnya, dapatlah dikatakan disini bahawa daerah yang
dinamakan sebagai negeri Selangor ini sudah lama diduduki oleh orang Melayu.
Berdasarkan laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my, dialek melayu di Selangor
adalah dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam.
Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur
pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di Semenanjung. Sebagai tempat
pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk
memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar.
Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang
pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi
Semenanjung Malaysia.
Dialek Melayu Selangor dengan dialek Melayu Johor tidak banyak berbeza. Hal ini
adalah kerana, kedua-duanya tidak banyak menerima pengaruh daripada negara luar. Sebagai
contoh, dialek yang menerima pengaruh luar adalah dialek Melayu Kelantan. Dialek ini sukar
difahami oleh penutur-penutur dari kawasan barat semenanjung Malaysia mereka telah
menerima pengaruh luar daripada bahasa Siam.
4.0 KAJIAN KES
Kajian dijalankan khusus di kawasan sungai besar, Selangor dengan menggunakan
responden-responden yang berkaitan. Wujud kelainan yang dapat dikenalpasti antara bahasa
Melayu Baku dengan Dialek Melayu Selangor kerana masyarakat di kawasan tersebut
memang pada asalnya adalah penutur Bahasa melayu asli sama seperti masyarakat di negeri
Johor. Namun, setelah berlaku beberapa kemajuan daripada pelbagai aspek terutamanya dari
10

aspek penghijrahan dan kemajuan teknologi, sebutan bahasa melayu yang pada mulanya baku
ini telah berubah bentuk, membentuk kesatuan bahasa mereka yang lebih utuh. Berdasarkan
kajian didapati bahawa, dialek Melayu Selangor banyak membuat perubahan pada
penggunaan vokal a kepada penggunaan e-pepet. Sebagai contoh dalam bahasa melayu
baku bagi perkataan ada disebut sebagai ada, namun bagi masyarakat Melayu Selangor
perkataan ada disebut sebagai ade. Perbezaan-perbezaan ini menunjukkan kepelbagaian
dialek yang wujud di negara kita.
4.1 Latar belakang kawasan kajian

Gambarajah 4.1.1
Diperoleh dari : http://images.google.com.my
Kajian ini meneliti dan mendalami dialek bahasa Melayu yang digunakan di salah sebuah
daerah kecil di Sungai Besar, Selangor. Gambarajah 4.1.1 diatas menunjukkan kawasan
kajian. Pengkajian dialek ini dilakukan adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam
perbendaharaan kata antara dialek bahasa Melayu Selangor dengan bahasa Melayu Baku dari
segi fonetik dan fonologinya. Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam,
Selangor. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat Bandar daerah Sabak Bernam.
Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38,Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120
kilometer dari utara Kuala Lumpur. Perjalanan dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke
11

Sungai Besar mengambil tambang sebanyak RM9.00. Perjalanan dengan menaiki kereta dari
Kuala Lumpur ke Sungai Besar mengambil masa kira-kira 2 jam.
Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 di mana 43% adalah dalam
lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya,
63% terdiri dari Melayu, Cina (33%) dan India (3.5%). Disini juga terdirinya penduduk dari
pelbagai masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Bagi masyarakat melayu
disini, bahasa komunikasi mereka terbahagi kepada tiga dialek iaitu iaitu bahasa jawa, bahasa
banjar dan juga bahasa melayu tulen. Perlu diketahui juga, penutur bahasa Banjar hanyalah
mewakili sebahagian kecil bilangan penduduk di kawasan Sungai Besar berbanding penutur
bahasa Jawa, manakala yang selebihnya menggunakan bahasa Melayu tulen dengan sedikit
perubahan digunakan dalam percakapan sehari-harian. Majoriti penduduk Sungai Besar
terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain
berkebun kelapa dan kelapa sawit serta menangkap ikan. Sungai Besar menjadi pusat
pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis
Daerah yang terletak di pekan Sungai Besar.
4.2 Kaedah kajian
Saya menggunakan kaedah temubual dan soal selidik dalam mencari perbezaan dialek ini
dengan bahasa Melayu Baku. Selain itu, pengkajian ini turut dibantu oleh pengkajianpengkajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji bahasa seperti Asmah Hj Omar dan
sebagainya bagi melancarkan penulisan saya ini. Didapati wujud perbezaan sebutan antara
penutur dialek Melayu, Selangor dengan bahasa Melayu Baku. Bersama kajian ini juga turut
disertakan rakaman suara temubual saya bersama responden, sebagai bukti kewujudan
perbezaan dalam bunyi sebutan.
4.2.1

Responden

12

NAMA PELAJAR : NOR AMIRA BINTI ROSLAN


UMUR : 19 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
STATUS : BUJANG
NO K/P : 921115-10-5520
TARIKH LAHIR : 15/11/1992
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL TANJUNG KARANG
ADIK-BERADIK : 9 ORANG
KECACATAN : TIADA
NO. TELEFON : ASAL : SUNGAI BESAR, SELANGOR

4.3 HASIL KAJIAN


Kajian dilakukan terhadap konsep warna dan juga konsep membilang bagi masyarakat
penutur dialek Melayu Selangor. Melalui kajian juga didapati terdapat pelbagai pemikiran
yang dihasilkan tentang konsep warna dan menghitung bagi menerangkan perbezaan bunyi
13

sebutan yang dihasilkan untuk merujuk kepada sesuatu perkara atau benda. Rakaman turut
disertakan sebagai bukti kajian dan bolehlah dirujuk di dalam CD yang telah dilampirkan
bersama.
4.3.1

PENGKAJIAN DARI ASPEK KONSEP WARNA

4.3.1.1 Definisi Warna


Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud kesan yang
didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang
yang berbeza-beza). Selain itu warna menurut kamus ini membawa maksud berbagai-bagai
dan corak. Sesuai dengan penemuannya, warna sememangnya adalah cahaya yang
dipantulkan oleh objek, dalam bentuk pelbagai dan bercorak. Jika kita merujuk sumber lain
iaitu McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms, warna ditakrifkan sebagai
general term that refers to the wavelength composition of light, with particular reference to
its visual appearance iaitu sesuatu yang berkaitan dengan gelombang cahaya.
Berdasarkan dua rujukan maksud warna di atas, dapat disimpulkan bahawa warna
adalah hasil daripada kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Panjang ini
membuatkannya berbeza antara satu sama lain jika dilihat secara visual. Contohnya apabila
kita melihat sesuatu benda berwarna, sebenarnya benda itu memantulkan komposisi cahaya
pada panjang gelombang tertentu. Warna yang berbeza adalah disebabkan kesan pantulan
berbeza yang bergantung kepada panjang gelombang yang dipantulkan.
4.3.1.2 Pemikiran dalam warna
Bagi dialek Melayu Selangor, terdapat sepuluh perkataan untuk melambangkan warna utama
yang sering digunakan dalam aktiviti seharian. Warna-warna tersebut adalah hitam, putih,
merah, kelabu, hijau, biru, oren, kuning, unggu, coklat dan kelabu. Bagi masyarakat melayu
di Selangor, enam dari warna-warna ini boleh dianggap sebagai warna asas iaitu warna hitam,
putih, merah, hijau, biru dan kuning. Warna utama ini adalah warna-warna yang sering
diguna pakai oleh masyarakat melayu dalam mengklasifikasikan, mengenalpasti dan
mengkhususkan suatu warna dengan suatu warna yang lain. Tiap-tiap kata nama mempunyai
tambahan yang dikaitkan pada bunga-bungaan, tumbuhan, haiwan, daun-daunan dan pelbagai
benda-benda lain yang boleh menyatakan perbezaan kelainan daripada warna-warna yang

14

sudah ada. Masyarakat penutur dialek Melayu Selangor mempunyai banyak istilah lain bagi
menggambarkan warna. Antaranya ialah :
i.

Hitam

Merupakan warna paling gelap dalam senarai warna yang sering diguna pakai dalam
kehidupan seharian. Bagi penutur dialek Melayu Selangor ianya sering dikaitkan dengan
warna yang menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan
bagi sepemakainya. Sinonim dengan warna malam ialah ilmu hitam dan elegen. Antara
contoh perkataan yang digabungkan dengan kata am warna hitam untuk memberikan makna
yang berlainan bagi dialek melayu Selangor adalah :
a) Hitam Legam Merujuk kepada warna dasar yang serupa dengan
warna arang atau memperlihatkan warna yang serupa warna arang.
Hitam ini dilambangkan dengan warna hitam yang sanagt pekat seperti
arang.
b) Hitam manis Bagi masyarakat penutur dialek Melayu Selangor
warna ini melambangkan warna kulit orang melayu. Kata adjektif
manis digabungkan bagi memberi maksud cantik. Klasifikasi bagi
warna hitam ini adalah hitam kemerah-merahan.
c)

Hitam pekat Melambangkan warna hitam yang sangat pekat dan


menyerupai warna kicap bagi orang Selangor.

d) Hitam Bontot kuali Digunakan bagi melambangkan warna hitam


yang dikaitkan dengan warna bontot kuali dan sering digunakan bagi
melambangkan warna wajah seseorang individu yang lain sama ada
bertujuan untuk mengherdik, mengejek, mengumpat dan sebagainya.
e) Hitam berkilat Warna hitam yang berminyak dan berkilat. Biasanya
digunakan untuk menggambarkan warna kulit wajah seseorang yang
bekerja ditengah panas.
f) Hitam putih Melambangkan perjanjian yang dibuat diatas kertas
secara bertulis dan bertandatangan. Hal ini merujuk kepada dakwat
berwarna hitam yang digunakan untuk menulis diatas kertas berwarna
putih.
ii.

Putih
15

Putih merupakan warna yang dianggap paling suci dan bersih. Warna dasar yang serupa
dengan warna kapas atau memperlihatkan warna yang serupa dengan warna kapas. Juga
melambangkan kemurnian, kesucian serta menunjukkan keseimbangan di antara warna. Bagi
masyarakat penutur dialek Melayu Selangor, putih sering digunakan dan dikaitkan dengan
perkahwinan kerana ia melambangkan kesucian ikatan perkahwinan dan percintaan yang
dibina. Ia juga melambangkan kebersihan dan kecantikan semulajadi manusia. Antara
perkataan yang sering digabungkan dengan kata am putih bagi melambangkan suatu warna
yang lain adalah :
a) Putih melepak Melambangkan warna yang sangat-sangat putih. Kata
lepak adalah kata yang sudah usang yang membawa maksud putih. Dalam
bahasa Batak ada kata nalopak = putih (Asmah Hj Omar, 1986:114).
b) Putih gebu Putih gebu melambangkan warna kulit kaum wanita yang
putih dan bersih. Bagi masyarakat Selangor istilah putih gebu digunakan
untuk menggambarkan wanita yang berkulit putih dan bertubuh sederhana.
c) Putih bersih Putih bersih biasanya digunakan bagi merujuk kepada wajah
seseorang yang bersih tanpa jerawat, bekas jerawat mahupun parut. Juga
digunakan bagi menggambarkan hati seseorang yang berhati mulia.
d) Putih susu Bagi penutur dialek Melayu Selangor, putih susu digunakan
bagi merujuk kepada suatu benda yang berwarna putih dan lembut serta
menyerupai warna susu.
e) Putih telur Digambarkan putih bak telur yang sememangnya berwarna
putih.
f) Putih lesi Merujuk kepada putih pucat.
iii.

Merah

Merupakan warna yang dianggap garang bagi masyarakat melayu Selangor. Warna dasar
yang serupa dengan warna darah atau yang memperlihatkan warna yang serupa dengan warna
darah. Merah sering dikaitkan dengan perasaan marah dan panas. Warna api dan darah,
membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ada
juga yang menyifatkankannya sebagai warna berahi dan warna hati. Bagi masyarakat
Selangor ianya sering dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan
warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud
16

agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan


manakala merah muda menggambarkan alam percintaan.
a) Merah mak ngah Melambangkan warna merah yang terang. Pada
kebiasannya, istilah merah mak ngah ini sering digunakan bagi
melambangkan wanita yang berpakaian serba merah iaitu dari hujung
rambut hingga ke hujung kaki, kesemuanya berwarna merah dan menarik
perhatian orang lain. Hal ini kerana, istilah mak ngah sering dikaitkan
dengan wanita yang berumur yang gemar bergaya untuk menarik perhatian
orang.
b) Merah padam Merah padam melambangkan istilah warna yang sering
digunakan bagi menerangkan serta menunjukkan warna kulit wajah
seseorang yang berada dalam keadaan sangat malu ataupun sangat marah.
Merah ini merujuk kepada warna yang sangat merah.
c) Merah hati Merah hati adalah warna merah yang menyerupai warna hati
yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Merah hati adalah merujuk
kepada merah kehitam-hitaman.
d) Merah jambu Merah jambu adalah melambangkan warna merah muda
dan keputih-putihan. Warna ini sering digunakan oleh kaum wanita bagi
melambangkan kelembutan dan sifat-sifat kewanitaan yang ada pada kaum
hawa.
e) Merah cair Merah cair adalah warna merah yang tidak pekat dan sedikit
cair dek kerana campuran elemen putih yang dimasukkan di dalam
kombinasi warna bagi mewujudkan perbezaan kombinasi warna antara
merah cair, pekat dan merah hati.
f) Merah pekat Merah ini adalah warna merah yang betul-betul dan sangat
pekat dengan kelikatan warna dalam peratus yang tinggi tanpa campuran
warna lain. Warna ini sering digayakan oleh individu yang berkulit cerah
dan berani.
g) Merah darah Merah darah juga seperti merah pekat. Warna ini menyamai
warna darah tubuh manusia.
h) Merah menyala Merah menyala merupakan istilah yang digunakan bagi
melambangkan keberanian seseorang untuk memakai pakaian yang
berunsur merah. Menyala dikaitkan dengan nyalaan api yang terang.
17

i) Merah cili Merah ini digunakan masyarakat penutur dialek Melayu


Selangor bagi merujuk kepada warna merah yang terang dan pekat.
j) Merah biji saga Merah biji saga pula merujuk kepada merah yang cuba
didefinisikan seperti warna biji saga.
iv.

Kuning

Merupakan warna seperti warna isi kunyit, cerah dan sering dikaitkan dengan warna diraja.
Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan
oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat
dan riang. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Dalam masyarakat Melayu
sungai Besar, Selangor, kuning sering kali dikaitkan dengan warna padi yang sedang
menguning. Hal ini adalah kerana sebahagian besar kawasan Sungai Besar adalah terdiri
daripada tanaman padi yang merupakan mata pencarian utama penduduk di sekitar Sungai
Besar. Antara perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan warna kuning adalah :
a) Kuning langsat Kuning langsat adalah warna kuning yang sering
digunakan bagi melambangkan warna kulit seseorang individu yang
berwarna putih kekuning-kuningan.
b) Kuning keemasan Merujuk pada warna kuning yang menyerupai warna
emas. Kuning ini lazimnya berkilau-kilau.
c) Kuning cair Kuning ini adalah istilah yang digunakan untuk menyatakan
kuning yang tidak atau kurang pekat.
d) Kuning pekat adalah kuning yang gelap.
e) Kuning krim kuning krim merupakan warna kuning yang keputihputihan dan menyerupai warna krim yang biasanya digunakan dalam
menghias kek.
f) Kuning telur merupakan warna kuning yang pekat dilambangkan dengan
warna kuning telur. Telur yang dimaksudkan disini adalah warna kuning
telur yang terdapat di bahagian tengah telur ayam.
g) Kuning padi Merujuk kepada warna kuning yang seakan-akan warna
padi masak.
h) Kuning pucat Kuning yang keputih-putihan. Biasanya menggambarkan
kulit muka orang yang sedang sakit.
18

v.

Hijau

Merupakan warna alam. Hijau merujuk seperti warna daun atau rumput. Dalam mod
positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan,
kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton
tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Antara istilah lain
yang menggambarkan warna hijau adalah :
a) Hijau tahi lembu merupakan campuran warna hijau dengan warna kelabu
menghasilkan kombinasi warna yang berbeza. Sering digunakan dalam
penghasilan kain-kain batik yang menunjukkan

dan melambangkan

kemewahan sipemakainya.
b) Hijau pucuk pisang merupakan campuran kombinasi warna hijau muda
dengan warna kuning. Istilah ini digunakan bagi mewakili warna hujau
yang lebih berkilat dan lebih menyerlah berbanding warna hijau yang lain.
c) Hijau tua Merupakan hijau gelap. Menjadi kesukaan golongan berumur
dalam memilih pakaian, kereta dan sebagainya.
d) Hijau muda Melambangkan warna hijau keputih-putihan. Gemar dipakai
oleh golongan remaja.
e) Hijau daun merupakan warna merujuk warna hijau yang menyerupai
warna daun.

vi.

Biru

Merupakan warna ketenangan juga adalah warna laut dan langit. Membawa maksud
ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif. Menggambarkan keadaan
semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru
mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi
implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan.
a) Biru laut menunjukkan warna biru yang cair. Sering digunakan untuk
melambangakn ketenangan.

19

b) Biru tua Menunjukkan warna biru yang pekat dan gelap serta sering
digunakan oleh golongan yang berusia.
c) Biru muda menunjukkan warna biru yang cair.
d) Biru langit Merujuk kepada warna biru muda dan cair. Istilah langit
digunakan bagi menggambarkan warna langit yang berwarna biru lembut.
4.3.1.3 Simbol fonetik dan terjemahannya dalam bentuk ayat.
Penutur dialek Melayu Selangor memaparkan sebutan mereka yang tersendiri dalam
berkomunikasi. Cara sebutan yang dihasilkan adalah berbeza dengan bunyi asal yang asli
dalam Bahasa Melayu Baku. Oleh itu, di bahagian ini juga akan dipaparkan contoh ayat
untuk menunjukkan kelainan yang berlaku.
Bil

Bahasa Melayu

Dialek melayu

baku

selangor

1.

Hitam
Hitam legam
Hitam manis
Hitam pekat
Hitam
bontot kuali
Hitam
berkilat

2.

3.

Putih

itam legam
itam manis
itam pekat
itam Bontot
kuwali
itam bekilat

[ Itam ]

[Itam lgam]
[Itam mnis]
[Itam pkat]
[Itam Bwontot
kwuali]

DMS : Mimi suke pakai baju


wane itam.
BMB : Mimi suka pakai baju
warna hitam.

[Itam bkilat]
Puteh
Puteh
melepak
Puteh gebu
Puteh bersih
Puteh susu

Putih lesi

Puteh lesi

Merah mak
ngah

Contoh ayat
( DMS = Dialek Melayu
Selangor, BMB = Bahasa
Melayu baku )

Itam

Putih
melepak
Putih gebu
Putih bersih
Putih susu

Merah

Simbol fonetik

Meyrah
Meyrah Mak
Ngah

[Pwuteh]
[pwuteh
mlpak]
[pwuteh gbu]
[pwuteh brseh]
[pwuteh susu]
[pwuteh lsi]

DMS : Wajah pengantin tu


puteh brseh.
BMB : Wajah pengantin itu
putih bersih.

[Mah]
[Mah Mak
ah]
20

4.

Meyrah
padam
Meyrah Hati
Meyrah cayer
Meyrah Pekat
Meyrah darah
Meyrah
menyaler
Meyrah cili
Meyrah bijik
sage

Kuning

Kuneng

[kwun]

Kuneng cayer
Kuneng
langsat
Kuneng pekat
Kuneng mas
Kuneng pucat
Kuneng krim

[kwun ayr]
[kwun lasat]
[kwun p?
kat]
[kwun ms]
[kwun pwuat
[kwun krim]
[kwun telwor]

Kuning cair
Kuning
langsat
Kuning
pekat
Kuneng
emas
Kuning
pucat
Kuning krim
5.

Kuning telur
Hijau
Hijau tahi
lembu
Hijau muda
Hijau tua
Hijau pucuk
pisang

Meyrah
jambuw

Biru
Biru tua
Biru muda
Biru laut

DMS : Amboi! Meyrah Mak


ngah kawan kite ni!
BMB : Amboi! Merah betul
kawan kita ini!

DMS : Pelamin kenduri tadi


bertemakan kuneng krim.
BMB : Pelamin di majlis
kenduri kahwin tadi bertemakan
kuning cair.

Kuneng telor

Ijaw
Ijaw taik
lembu
Ijaw muda
Ijaw tuwa
Ijaw pucok
pisang
Ijaw dawon

[Iaw]
[Iaw tai
Lembu]
[Iaw mwuda]
[Iaw tuwa]
[Iaw pwuok
pisa]
[Iaw dawon]

Hijau daun
6.

[Mah
padam]
[Mah Hati]
[Mah cayr]
[Mah
Pkat]
[Mah
daah]
[Mah
malr]
[Mah ili]
[Mah biji
Sag]
[Mah
ambwu]

Merah
padam
Merah hati
Merah cair
Merah pekat
Merah darah
Merah
menyala
Merah cili
Merah biji
saga
Merah
jambu

Biruw

[Bi w u]

Biruw tuwa
Biruw mude
Biruw laut

[Biwu twua]
[Biwu mud]
[Biwu lawut]

DMS : Tolong amikkan baju


kurung saye wane ijaw.
BMB : Tolong ambilkan baju
kurung saya yang berwarna
hijau.
DMS : ibu, tolong urutkan, kaki
kakak dah naik biruw ni.
BMB : ibu, tolong urutkan, kaki
kakak sudah naik biru ini.
21

7.

Biru langit
Unggu
Unggu pekat
Unggu
keladi

8.

9.

Biruw langet
Ungu

[Biwu laet]
[Uwu]

Ungu pekat

[Uwu pkat]

Ungu keladi

[Uwu kladi]

Kelabu

Klabu

Kelabu asap

Klabu asap

Kelabu tahi
anjing

Klabu taik
anjing

Oren

[Klabwu]
[Klabwu asap]
[Klabwu tai?
Anji]

Oren cair

Oreng pekat
Oreng cayer

BMB : kereta Gen-2 berwarna


ungu pekat sebentar tadi,
kelihatan sangat cantik.
DMS : Ko ni, pergi mandi! Dah
kelabu asap aku tengok.
BMB : Kau ini, pergilah mandi!
Sudah macam orang penat aku

[O]

Oreng

Oren pekat

DMS : kereta Gen-2 wane ungu


pekat tadi, nampak sangat
cantik.

[O p?kat]
[O ayr]

tengok.
DMS : ibu memberikan ayah
segelas

air

oreng

untuk

diminum.
BMB : ibu memberikan ayah

10.

Coklat

Coklet

[klt]

segelas air oren untuk diminum.


DMS : adik suka makan kuih
berwarna coklet.
BMB : adik suka makan kuih
berwarna coklat.

4.3.2

KONSEP MENGHITUNG

4.3.2.1 Definisi menghitung


Menghitung menurut Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud perihal membuat kirakira atau kiraan iaitu sama ada membahagi, mencampur, mendarab dan sebagainya. Begitu
juga dengan perkataan membilang yang membawa maksud yang sama iaitu hitung dan kira
jumlah barang yang banyak. Kedua-duanya mempunyai pengertian maksud yang sama tetapi
menggunakan istilah yang berbeza. Demikian pula, menurut Asmah Hj Omar (1986 :116),
menyatakan bahawa dalam Bahasa Malaysia terdapat tiga perkataan yang mempunyai makna
22

yang sama iaitu menghitung yang membawa maksud bilang, kira dan hitung. Berdasarkan
kaedah perbandingan yang dikaitkan dengan pertumbuhan konsep perhitungan, dapatlah
disimpulkan bahawa dalam Bahasa Melayu konsep bilang dan kira itu adalah lebih tua dari
hitung.
4.3.2.2 Sejarah kata menghitung
Konsep dan kata hitung timbul kemudian iaitu selepas kedua-duanya wujud. Menurut Asmah
Hj Omar (1986 :117), besar kemungkinan bahawa istilah hitung itu timbul sebelum bangsa
besar melayu itu berpecah menjadi pelbagai suku bangsa seperti Melayu jati, Murut, Dusun,
Jawa dan sebagainya. Bukti yang lain pula menyatakan bahawa bilang pada mulanya terhasil
daripada tindakan memberi nama yang juga terdapat dalam kata terbilang yang bermaksud
ternama dan terkenal.
4.3.2.3 Simbol fonetik dan terjemahannya dalam bentuk ayat.
Perkara utama yang hendak dibincangkan di bahagian ini adalah mengenai cara sebutan
masyarakat melayu Selangor dalam membilang dan apakah perbezaan yang dapat dilihat dari
segi fonetik dan fonologinya.

23

Bil

Bahasa baku

Dialek Melayu

Simbol

Selangor

fonetik

1.

Satu

satuw

[satwu]

2.

Dua

duwe

[dwuw]

3.

4.

5.

Tiga

Empat

Lima

tige

pat

limer

[tig]

[Pat]

[limr]

6.

Enam

nam

[nm]

7.

Tujuh

Tujoh

[Tuh]

8.

Lapan

lapan

[Lapan]

9.

Sembilan

semilan

[smilan]

10.

Sepuluh

sepuloh

[spulh]

11.

Sebelas

Seblas

[sblas]

12.

Dua belas

Doblas

[Doblas]

Contoh ayat
( DMS = Dialek Melayu Selangor, BMB =
Bahasa Melayu baku )
DMS : saye nak satwu!
BMB : saya hendak satu!
DMS : Duwe bijik kreta tebabas di simpang 3
pagi tadi.
BMB : Dua biji kereta terbabas di simpang 3
pagi tadi.
DMS : Mak cik, saye nak goreng pisang tige
ringgit.
BMB : Mak cik, saya hendak goreng pisang
tiga ringgit.
DMS : pat orang plajar sesi petang ditangkap
atas kesalahan merokok dalam tandas.
BMB : Empat orang pelajar sesi petang
ditangkap atas kesalahan merokok dalam
tandas.
DMS : limer ekor ikan tlah sangkut dijaring
ayah.
BMB : lima ekor ikan sepat telah sangkut
pada jaring ayah.
DMS : raju! Brikan aku nm bijik paku!
BMB : Raju! Berikan aku enam biji paku!
DMS : Kali ni! Dah masok tujoh kali aku ke
tandas!
BMB : Kali ini! Sudah masuk tujuh kali aku
ke tandas!
DMS : Lapan Bijik limau yang dibli semalam
sumenya busuk
BMB : lapan biji limau yang dibeli semalam
kesemuanya busuk.
DMS : Baju tu beharge semilan ringget.
BMB : Baju itu berharga Sembilan ringgit.
DMS : Selonggok durian beharge sepuloh
ringget.
BMB : Satu longgok durian berharga sepuluh
ringgit.
DMS : Bratur seblas, seblas..cepat!
BMB : Beratur sebelas, sebelas..cepat!
24
DMS : Diwet kelas sebulan doblas ringget.
Stuju?
BMB : Duit kelas sebulan dua belas ringgit.

4.4 RUMUSAN KAJIAN


Secara ringkas, terdapat beberapa ciri yang menunjukkan perbezaan dalam sebutan dialek
Melayu Selangor antaranya adalah terdapat lapan fonem vokal dalam ragam dialek Melayu
Selangor iaitu /a/,/e/,//,//,/i/,/o/,// dan /u/. Tetapi jumlah fonem ini memerlukan penelitian
yang sangat mendalam untuk mengkajinya. Bagi dialek Melayu Selangor, fonem /e/
seringkali digunakan serta menunjukkan banyak alofon terutamanya diawal suku kata.
Contohnya dalam perkataan [mah]. Seterusnya, penggunaan fonem /e/ wujud dalam
bentuk // pada suku kata awal dan suku kata akhir perkataan. Dalam lingkungan ini /e/
wujud sebagai vokal depan separuh luas dan bibir dihamparkan. Sebagai contoh dalam
perkataan [kwun], [skto] dan [O]. Selain itu, fonem/o/ wujud dalam bentuk // iaitu
dalam bentuk vokal belakang separuh luas. Bibir dibundarkan ketika menghasilkannya.
Sebagai contoh bagi perkataan [klt]. Akhir sekali, penggunaan vokal tengah // sebagai
alofon /e/ dalam perkataan. Sebagai contoh bagi perkataan [pwuteh mlpak] dan [pwuteh
gbu].
Bagi konsonan pula, menurut Collins J.T (1996:99), terdapat tiga fonem yang berbeza
yang digunakan dan dapat dikenalpasti dalam sebutan dialek Melayu Selangor antaranya
adalah fonem //, // dan //. Terdapat juga penggunaan tanda glottis /?/, pembibiran /w/,
penglelangitkerasan // dan // dan penyengauan // dalam perkataan. Penggunaan fonem
//,geseran lelangit lembut bersuara, wujud dengan satu alofon sahaja bagi melambangkan
fonem/r/ dalam perkataan. Getaran lidah yang dihasilkan oleh penutur dialek Melayu
Selangor dalam membunyikan huruf /r/ adalah sangat ketara, sebagai contoh dalam perkataan
[O], [Mah], [umput], [ambut] dan banyak lagi. Selain itu, penglelangitkerasan
turut ditekankan dalam perkataan. Sebagai contoh dalam perkataan [kwun ayr] dan [Iaw
pwuok pisa]. Seterusnya penggunaan teknik pembibiran dalam menghasilkan bunyi
perkataan. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007:97),
pembibiran atau labialisasi tambahan berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal
belakang. Misalnya semasa kita menyebut perkataan [kuni]. Sebenarnya, semasa kita
hendak menyebut bunyi kosonan [k] yang diikuti oleh vocal belakang [u] dalam perkataan
kuning itu, berlaku sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut
bunyi vokal belakang [u] dalam perkataan kuning itu. Olej itu, artikulasi tambahan
pembibiran ditambah dengan lambang [w]. Sebagai contoh dalam perkataan [kwun],

25

[Pwuteh] dan [Bi w u]. Akhir sekali adalah hentian glottis // pada pertengahan dan akhir
perkataan. Sebagai contoh dalam perkataan [pkat], [itam] dan [klt].
Jelaslah disini bahawa, sebutan dialek Melayu Selangor masih belum lari dari sebutan
asal Melayu Baku. Perbezaan-perbezaan yang wujud hanyalah selepas berlakunya
penambahan fonem diawal atau diakhir vokal serta konsonan. Berlaku sedikit lajakan sebutan
dalam penyebutan dialek Melayu Selangor secara jelas dan nyata.

5.0 KESIMPULAN
Negara Malaysia adalah negara yang kaya dengan dialek. Dialek-dialek yang wujud ini
adalah merupakan hasil pengembangan daripada dialek Melayu yang asli. Setiap dialek
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut pengaruh yang diserap daripada luar.
Walaupun penggunaan dialek masih tetap berlangsung dan masih pekat dikalangan
masyarakat Melayu, penggunaan bahasa Melayu Standart tetap digunakan apabila bergaul
dengan masyarakat dari negeri lain.
Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai pemikiran yang berbeza tentang konsep
warna dan juga menghitung bagi setiap dialek. Disebabkabkan dialek-dialek ini dibezakan
oleh jarak diantara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain, pemikiran yang dihasilkan
juga adalah berbeza. Sebagai contoh, kelainan dari segi cara masyarakat dikawasan Timur
Semenanjung Malaysia dengan Barat Semenanjung Malaysia berfikir tentang warna.
Dikawasan Barat Semenanjung, pemikiran yang diwujudkan adalah berdasarkan alam
semulajadi, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Manakala di kawasan Timur Semenanjung
Malaysia seperti negeri Kelantan dan Terengganu mereka lebih banyak mewujudkan istilahistilah baru bagi merujuk suatu warna tertentu berdasarkan pengaruh luar. Dari segi
perbezaan antara dialek Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu baku pula, dialek Melayu
Selangor melakukan banyak penambahan perbendaharaan kata bagi merujuk kepada suatu
warna mahupun bilangan. Walaubagaimanapun, jika dirujuk kepada Bahasa Melayu Baku,
26

penambahan-penambahan pada kata am warna tidak wujud bagi mengklasifikasikan suatu


warna lain.
Kesimpulannya, bagi kajian ini, dialek Melayu Selangor merupakan salah satu dialek
yang masih belum jauh berbeza dari dialek melayu sebenar. Hal ini kerana, perbezaanperbezaan yang wujud dari segi fonetiknya hanya menggugurkan serta memberi sedikit
penambahan pada suatu perkataan. Hal ini, sebaliknya tidak merosakkan maksud sebenar
perkataan dan tidak memberikan makna yang berlainan dari maksud asal. Justeru itu,
diharapkan pengkajian mengenai dialek Melayu Selangor ini terus dijalankan supaya kita
akan dapat memperoleh kajian yang benar-benar tepat bagi menggambarkan cara sebutan
masyarakat Melayu Selangor negara kita dengan jitu.

6.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mahmood (1995). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu : cabaran dan harapan.
Syarahan Inaugural,Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 10 jun 1995.
Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar
Bakti.
Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Abdullah Hassan, Mardian Shah Omar dan Indirawati Zahid (2006). Fonetik dan Fonologi.
Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Asmah Hj Omar (1997). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Hj Omar (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

27

Beverley Collins and Inger M.Mees (2003). Practical Phonetics and Phonology : A Resource
for Students. London and New Yorks : Taylor & Francis Group.
Collins J.T (1996). Khazanah Dialek Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit UKM
Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad (2006). Teks Pra-U STPM Bahasa
Melayu. Selangor : Pearson Longman.
Newton, B. (1972). The Generative Interpretation of Dialect: A Study of Modern Greek
Phonologi. Cambridge : Cambridge University Press.
S.Nathesan (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan penerapan. Kuala Lumpur : DEwan
Bahasa dan Pustaka.

SUMBER INTERNET
Diperoleh pada 26 Februari, 2010 daripada
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

Diperoleh pada 23 Februari, 2010 daripada :


http://mypbm.org/aspati-cms/articles.

Diperoleh pada 28 Februari, 2010 daripada:


http://prpm.dbp.gov.my

28

You might also like