You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN
Sistem demokratik telah lama dipraktikkan oleh masyarakat di Malaysia. Ini dibuktikan dengan
penggunaan cara pemilihan perdana menteri serta kabinet dan negeri di dalamnya sejak dari
tahun 1959 iaitu dua tahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan (Wikipedia.org, 2013).
Malah, sistem demokratik juga telah menyatu padukan rakyat Malaysia dalam membentuk
sebuah Negara yang aman dan sejahtera walaupun mempunyai pelbagai jenis kaum dan
masyarakat yang berbeza agama dan budaya.

Sistem demokratik mempunyai dua jenis corak pemerintahan iaitu sistem Raja Berpelembagaan
dan sistem Republik. Sejak dari tahun 1957 lagi, Malaysia telah mengamalkan sistem demokratik
berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bahawa pakatan
pembangkang yang akan memenangi pilihanraya umum ke 13 baru-baru ini? Sejujurnya, rakyat
juga masih terkeliru dengan undi popular yang melanda negara kita pada pilihan raya baru-baru
ini yang mana sebenarnya sistem pengiraan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah
dengan menggunakan undi elektoral yang merupakan pengiraan undi berasaskan sistem undi
kerusi bagi menentukan parti politik yang layak untuk mentadbir negara Malaysia.

Oleh yang demikian, perbincangan ini akan memberi pernyataan yang terperinci mengenai
definisi sistem elektoral, kelemahan yang terdapat pada sistem tersebut khususnya di Malaysia
serta cadangan penambahbaikan terhadap sistem ini di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk
memberi kefahaman yang terperinci khususnya kepada golongan muda agar memahami sistem
pengundian yang akan memberi lebih manfaat kepada golongan yang sepatutnya.

2.0 KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA 2013
Seperti yang telah dijangka oleh pakar-pakar analisis politik yang sering terpapar di televisyen
pada ketika musim pilihanraya yang lalu, Barisan Nasional telah memenangi undi keseluruhan
dengan meraih 133 kerusi di parlimen, manakala PAS dengan 21 kerusi, DAP 38 kerusi dan
PKR sebanyak 30 kerusi (Utusan Online, 2013).

Seterusnya adalah negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional adalah Pahang,
Perlis, Melaka, Sarawak, Sabah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah.
Manakala Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dimenangi oleh parti pembangkang
(Melvister.com, 2013).

Berdasarkan Utusan Online (2013), negeri Perlis merupakan negeri yang ditadbir oleh kerajaan
Barisan Nasional yang mana telah memenangi sebanyak 12 kerusi dari 15 kerusi yang telah
dipertandingkan di peringkat DUN. Ini bermakna BN memenangi 80% dari kerusi yang telah
dipertandingkan. Selain itu, Sabah juga dimenangi oleh Barisan Nasional sebanyak 80%.
Manakala Kedah dikuasai oleh BN sebanyak 56%, Perak dan Terengganu sebanyak 53%,
Pahang sebanyak 71%, Negeri Sembilan sebanyak 61%, Melaka 75%, Johor 68% dan Sarawak
juga dikuasai oleh BN juga sebanyak 25 kerusi dari 31 kerusi yang dipertandingkan.

Seterusnya adalah tiga negeri iaitu Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah dimenangi oleh
parti pembangkang iaitu Parti Perikatan yang mana dianggotai tiga parti utama iaitu PAS, DAP
dan PKR. Bagi ketiga-tiga negeri tersebut dikuasai oleh Parti Perikatan yang mana masing-
masing Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh PAS yang mana telah memenangi 32 kerusi dari 40
kerusi yang dipertandingkan. Manakala, Selangor dikuasai oleh Parti Perikatan masing-masing
Pas 15 kerusi dari 21 kerusi, DAP memenangi keseluruhan kerusi yang dipertandingkan iaitu
sebanyak 15 kerusi dan PKR memenangi 14 kerusi dari 21 kerusi yang telah dipertandingkan.

Keputusan PRU 13 pada Mei lepas agak mengejutkan rakyat Malaysia yang rata-rata
menjangkakan pihak Pakatan Rakyat yang akan memenangi pilihanraya pada tahun ini. Ini
disebabkan oleh undi popular yang diwar-warkan oleh pihak tertentu untuk meraih undi dari
rakyat. Namun begitu, undi popular yang dicanangkan tidak membawa apa-apa erti apabila pihak
pengurusan PRU 13 iaitu SPR masih tetap dengan pengiraan undi elektoral yang digunakan sejak
dari Pilihan Raya Umum pertama lagi.

Namun begitu, masih ramai dan boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat tidak memahami
apakah undi elektoral yang digunakan dalam sistem demokrasi Negara. Malah, ada juga di
kalangan mereka menganggap bahawa Barisan Nasional mengakal-akalkan rakyat dengan
mengeluarkan pernyataan mengenai sistem undi elektoral. Walhal, undi elektoral merupakan
salah satu daripada sistem yang digunakan dalam pilihan raya yang menggunakan sistem
demokrasi.

Pengertian serta definisi mengenai sistem elektoral akan dibincang dalam bahagian seterusnya
yang mana akan menjelaskan secara terperinci mengenai sistem ini dan jenis-jenis yang terdapat
padanya.


3.0 DEFINISI SISTEM ELEKTORAL
Sistem elektoral merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menentukan bilangan kedudukan
jawatan yang dipilih dalam kerajaan yang mana akan diberikan kepada individu dan parti yang
bertanding selepas pilihan raya (King, 2000). Dengan kata lain, jumlah penggundian yang
diperoleh akan diterjemahkan dalam bentuk bilangan kerusi yang terdapat di parlimen dan juga
di peringkat kawasan lain seperti di Malaysia dikenali sebagai peringkat Dewan Undangan
Negeri (DUN).

Mainwaring (1990) juga menyatakan bahawa sistem elektoral mempengaruhi dua keadaan di
mana keadaan pertama adalah sistem ini mempengaruhi tujuan sebenar penubuhan parti dan
sistem parti politik selain dari memberi kesan kepada tingkah laku ahli politik dan juga strategi-
strategi penggundian. Manakala keadaan kedua di mana sistem elektoral ini akan mendedahkan
informasi-informasi yang menarik mengenai pemilihan awal ahli politik yang tidak bertanding
yang mana boleh memberi kesan kepada sistem elektoral yang membentuk tingah laku ahli
politik terbabit.

Norris (1997) menjelaskan terdapat empat jenis utama sistem elektoral yang juga dikenali
sebagai undi kerusi yang mana seperti berikut; Sistem Pilihanraya Majoriti, Sistem Berkadar
Separa, Sistem Perwakilan Seimbang dan Sistem Campuran. Sistem Pilihanraya Majoriti
merupakan sistem yang dipilih oleh kebanyakkan Negara di dunia dan merupakan sistem yang
paling tua di dunia (Norris, 1997). Formula sistem ini juga terbahagi kepada empat sub-bahagian
iaitu pilihanraya majoriti, undian kedua dan sistem pilihan pengundian.

Malaysia mengamalkan sistem majoriti mudah yang juga dikenali sebagai first past the post.
Ini bermaksud setiap satu bahagian mewakili satu jawatan untuk menduduki kerusi di majlis
perwakilan iaitu parlimen (Mazwin Nik Anis dan Razak Ahmad, 2013). Sistem majoriti mudah
merupakan sistem yang hanya mengamalkan sistem politik yang berkongsi kerusi parlimen tetapi
bukan berkongsi undian popular yang menyumbang kepada proses pembentukan kerajaan.
Malahan selain dari Malaysia terdapat juga Negara-negara yang mengamalkan sistem majoriti
mudah seperti Bahamas, Bangladesh, Kanada, India dan Nepal (Wikipedia.org, Mac 2013).

4.0 KELEMAHAN SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem elektoral malahan menjadi
salah sebuah negara yang mejadi ahli kepada Kesatuan Antara-Parlimen (I.P.U) yang mana telah
ditubuhkan pada tahun 1994 (Muhd Munsif, 2013).
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA
6.0 PENUTUP
RUJUKAN
Wikipedia.org. (2013). Pilihan Raya Umum Malaysia. Diakses dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia pada 26 Ogos 2013.
Wikipedia.org. (2013). Sistem Majoriti. Diakses dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_majoriti pada 26 Sep 2013.
Utusan Online. (2013). Pilihan Raya 2013. Diakses dari
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013 pada 8 Sep 2013.
Melvister.com. (2013). Keputusan Rasmi PRU 13 Pilihanraya 2013 Online Setiap
Negeri. Diakses dari http://www.melvister.com/2013/05/keputusan-rasmi-pru-13-
pilihanraya-2013-online-setiap-negeri.html pada 9 Sep 2013.
Norris, P. (1997). Choosing Electoral Systems: Proportional, Majoritarian and Mixed
Systems. International Political Science Review, 18(3), 297-312.
King, S. (2000). Electoral Systems. Diakses dari
http://www9.georgetown.edu/faculty/kingch/Electoral_Systems.htm pada 14 Sep
2013.
Mainwaring, S. (1990). Politicians, Parties and Electoral Systems: Brazil in Comparative
Perspective. University of Notre Dame: Kellogg Institute.
Mazwin Nik Anis dan Razak Ahmad. (2013).
Muhd Munsif. (2013).

You might also like