You are on page 1of 25

PERAYAAN MAULIDUR RASUL

PROGRAM KERAJAAN
Assalamu'alaikum umat pilihan,
BismilLah diucap tanda pembukaan,
Kehadrat Allah dirafa'kan segala puji
an,
Selawat dan salam kepada Junjunga
n.
Juga kepada Sahabat sekelian,
Termasuk pengikutnya hingga akhir zaman,
Pembawa sinar purnama bulan,
Laksana mentari terang sinaran.

 12 R.Awal menjelma lagi,
Hari Keputeraan Baginda Nabi,
Diraikan muslimin muslimat sejati,
Seluruh dunia hidup diberkati.
Mengingatinya suatu yang mesti,
Agar iman subur dihati,
Taqwa bertambah setiap hari,
Amal dan ibadat sebagai bukti.

 Segala acara disusun teliti,
Demi memuliakan kelahiran Nabi,
Perarakan dimulakan dipagi hari,
Pertandingan sepanduk turut diadili.
Segak berbaris kontenjen semua,
Selawat dilaungkan bersama-sama,
Rakyat bangga meraikannya,
Tanda negara Islam agamanya.

 Islam menjadi agama rasmi,
Termaktub demikan sudah dimaklum
i,
Rukun Negara menjadi bukti,
Rukun pertama punya perinci.
Maulidur Rasul diserikan lagi,
Dengan "Marhaban dan juga Barzanji",
Pertandingan diadakan disemua negeri,
Setiap tahun mesti diulangi.

 Berarak pagi memanglah ramai,
Ceramah agama juga disampai,
Muslimin dikumpul dikerah dicanai,
Mendengar amanat pemimpin yang p
andai.
Barzanji Marhaban dipertandingkan,
Yang datang tak penuhpun dewan,
Hadiah tawaranpun cukup-cukup makan,
Pertandingan "KARAOKE" jauh lumayan.

 Begitulah terjadi setiap kali,
Acara agama kurang diminati,
Tak kira dewasa, remaja apa lagi,
Kalau tak ada "itu-
itunya" tiada yang pergi.
Kalau nak datangpun ada tujuan,
Bukan kerana Barzanji dan Marhaban,
Tapi kerana ada sambilan,
Jumpa "cewek" atur perkenalan.

 Acara agama yang dianjurkan,
Tujuan menjana kemantapan iman,
Tapi lain pula kejadian,
Remaja mengatur berbagai perjumpa
an.
Ada yang berjanji nak tengok wayang,
Atau berkumpul dipusat permainan,
Yang dahsyat berjanji nak jumpa di hutan,
Macam-macam tempatlah menjadi sasaran.

 Tengok wayang pergi berduaan,
Di dalam panggung menjadi setan,
Buat maksiat tak silu segan,
Ibu bapa ditipu kontan.
Awal pagi dah siap berdandan,
Tiang talipon monyet bergayutan,
Ibu bapa tanya ke mana tujuan,
Mereka jawab kelas tambahan.

 Di Video Games pusat permainan,
Atau CyberCafe dan pusat hiburan,
Inilah tempat menjadi sasaran,
Remaja kita buat perjumpaan.
Konon ke sekolah tempat dituju,
Pakaian lengkap dan bawa buku,
Rupanya mereka pergi ke situ,
Habis tertipu ibu bapa dan cikgu.

 Berjumpa di situ bukanlah selalu,
Hanya pada masa yang tertentu,
Rupanya tujuan nak dapat "BENDA"t
u!,
Bungkus ais kerim tempat menipu.
Pakaian mereka janganlah tanya,
Takkan dipakai kalau tak JENAMA,
Ikat kepala dah mesti punya,
Ditanya kenapa ? ROCK! katanya.

 Dulu 'Ubat Batuk' remaja kita mabuk,

Kini "SYABU"(?) yang mereka sibuk,
Sudah ketagih sanggup bertumbuk,
Dapatkan duit sampai ke lubuk.
Bila remaja dah jadi mangsa,
Ibu bapa nak tegur dah tak kuasa,
Sekolah digantung tak boleh pereksa,
Anak dan ibu bapa jadi terseksa.

 Kerana nak dapatkan 'bendaalah'tu,
Mereka akan terus menipu,
Duit ibu bapa habis disapu,
Merompak mencuri tak rasa malu.
Akhir sekali remaja di tangkap,
Mula-mula dimasukkan ke dalam lokap,
Ibu bapa malu tak boleh cakap,
Di Pusat Serenti akhirnya menginap.

 Remaja perempuan pulak satu hal,
Mencari jantan memang dia handal,
Tak ubah seperti perempuan (maaf) s
undal,
Bujang dan suami orang semua dibed
al.
 Catatan: Bukan ANDA!!!
Mereka ini bukannya bebal,
Pelajaran O.K. kalau disoal,
Ibu bapa, wang sampai bawah bantal,
Jangan tanya tentang meterial.

 Kalaulah ditanya apa yang dicari,
Katanya "KEBEBASAN" di dalam diri,
Apa maksudnya kitapun tak reti,
Sanggup menggadai maruah diri (?).
Jangankan ke hotel, ke hutanpun pergi,
Demi kepuasan nafsu berahi,
Hilanglah sudah maruah diri,
Bila dah …ngandung nak bunuh diri.

 Maka banyaklah yang kita dengar,
Perihal remaja yang kurang ajar,
Nak ambil SPM tak mau belajar,
Walaupun yuran ibu bapa dah bayar.
Akhirnya gagal menjadi penganggur,
Segala kesalahan tak boleh ditegur,
Hidup mereka sudah terlanjur,
Cita-cita sudah habis berkubur???

 Anak derhaka semakin ramai,
Di dalam rumah tak jumpa damai,
Keluarga dimusuhi hilanglah permai,
Kawan-kawan dipuja terlebih pandai.
Kenapakah terjadi semua ini ?,
Semasa Maulidur Rasul diperingati!,
Program agama tak pernah berhenti,
Dibanyak tempat termasuklah TV.

 Sepanjang tahun silih berganti,
Ma'al Hijrah program yang mesti,
Maulidur Rasul diperingati,
Majlis Tilawah apatah lagi.
Tak cukupkah semua ini,
Mengasuh rakyat hidup berbakti,
Menanam iman takqwa yang tinggi,
Kenapa semua ini mesti terjadi ?

 Apakah salah ibu yang mengandung,

Lahirkan anak membawa mendung,
Menjalani hidup bagai sikudung,
Segala derita tidak tertanggung.
Ataupun bapa yang cari rezeki,
Setiap hari tiada berhenti,
Tak kira siang dan malam hari,
Demi kebahagiaan hendak dicari.

 Ataupun pendidik guru dan cikgu,
Gagal mendidik tingkah dan laku,
Makan gaji buta tak tau malu,
Tugas mendidik tidak berlaku.
Siapakah yang patut dipersalahkan,
Ibu bapa, guru atau kerajaan?
Setelah berusaha beri pendidikan,
Remaja terus menjadi setan.

 Kalau kita nak ambil kira,
Yang dewasa apa kurangnya,
Bilis dan JAWS sama sahaja,
(Maaf)
Yang pangkat tinggi lagilah gila.
Patut yang tua tu taulah taubat,
Berhentilah segera taubuat maksiat,
Kalau komen merekalah yang hebat,
Asyik remaja yang mereka hambat.

 Padahal merekalah punca dan sebab,

Jadi ikutan anak biadab,
Kalau mereka tak pukul rebab,
Masa kan anak bergelek arab.
Kalau nak kira semuanya sama,
Masing-masing dengan sahamnya,
Yang benar semua hanya cakapnya,
Yang dibikin pula lain bentuknya.

 Akhirnya semua menjadi keliru,
Terutama remaja merasa celaru,
Di sekolah demikian pengajaran guru
,
Di luar dah ada tempat dituju.
Ibu bapa di rumah demikian juga,
Nasihat diberi maruah dijaga,
Di luar semua yang mencuriga,
Anak-anak terdedah dimulut naga.

 Sampai bilakah ini harus berlaku,
Semuanya asyik siku menyiku,
Kita harap buatlah sesuatu,
Janganlah asyik memenuhkan saku.
Marilah kita sama memikir,
Bagaimana semua harus ditadbir,
Kerajaan patut panjangkan zikir,
Agar kesejahteraan segera terukir.

 Setakat ini sahaja seloka,
Semoga kita selalu jumpa,
Salah dan silap maaf dipinta,
Terlanjur bicara demikian juga.
Wassalam!
Sekian Terima(lah) Kasih!

 Ambuyat El-Binangkit.
 Maulidur Rasul

 1428H/2008M

You might also like