• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 14
    CommentGo Back
Download
 
PROGRAM TOP TEN01. MUKADDIMAH
Istilah “The Top Ten” memang sinonim dengan prestasi satu-satu kerjaya yang berorientasikan daya saing, sama ada bertujuan untuk mencipta nama, mengejar glamour atau bertujuan meraih “income” yang lumayan dan sebagainya. “The Top Ten” terusmenjadi buruan pelbagai pihak tak kira agensi, institusi, pertubuhan dan seumpamanya.Sekaligus “The Top Ten” berperanan sebagai pengerak motivasi ke arah meningkatkan prestasi sahsiah dan keunggulan peribadi seterusnya agensi atau badan yang dianggotaiatau disertai oleh mereka.Mereka yang tersenarai dalam carta “The Top Ten” bukan setakat dikenali keranatermasyhur bahkan menjadi idola dan pujaan para peminat apatah lagi bagi para pesainglain. Para pesaing yang lain tidak akan senang duduk apatah lagi tidur lena membiarkansaingan mereka terus bertakhta di atas singgahsana keterbilangan. Mereka pasti terusmengatur gerak langkah pendekar dengan usaha gigih dengan bertungkus lumus demimemastikan diri mereka berjaya merampas takhta.Kalau pesaing yang masih berada di luar carta begitu gila dengan kegigihan usaha yangtidak mengenal erti putus asa, maka sudah tentu peneraju carta tidak mudah lalai dan lekamembiarkan diri mereka tersingkir apatah lagi tersungkur. Oleh sebab mempertahankankejuaraan itu lebih rumit dari meraihnya, maka peneraju carta tidak sekali-kali denganmudah membiarkan kedudukan mereka dirampas atau diganggu gugat. Ini menjanjikan persaingan bertambah sengit dari semasa ke semasa. Ketika persaingan memuncak dalamnaluri para pesaing maka hanya “the best quality” sahaja yang akan berjaya bertahanmenerajui carta.Justeru, ke arah mewujudkan suasana “perang” seumpama ini Program The Top Ten inidiajukan/dicadangkan untuk dilaksanakan dengan terancang di sekolah.
02. RASIONAL
Kebanyakan Pengetua atau pihak pentadbir sekolah berhadapan dengan krisis moral danketandusan motivasi di kalangan para pelajar, bahkan di kalangan tenaga pengajar itusendiri. Kalau tenaga pengajar merungut mengenai pelajar yang bermasalah dari segidisiplin dan juga pelajaran, para pelajar juga mempunyai alasan tersendiri kenapa danmengapa mereka menjadi sedemikian.Sikap saling menyalahkan ini sebenarnya timbul kerana merosotnya semangat atau dayasaing di kalangan mereka. Semangat yang merosot bersama pecutan waktu akan semakinterhakis dan habis menjadi lemah, lembab dan lembam di kalangan kedua-dua belah pihak iaitu pelajar dan pengajar. Pelajar yang bertindak selaku “hakim” akan menghukumsetiap pengajar dengan pelbagai hukuman yang setimpal. Pelbagai gelaran sudahdilabelkan terhadap guru sesuai dengan kerenah masing-masing. Graf statistik mata1
 
 pelajaran yang mereka ajar akan berada pada status yang sama dengan graf kebolehpercayaan murid terhadap guru tersebut.Pengetua pula sering naik berang apabila tenaga pengajar gagal atau lambat menyiapkanBuku Ringkasan Mengajar, apatah lagi jika mendapati ada di kalangan mereka yang ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah. Pengetua sudah tentu lebih menyinga apabilaBuku Ringkasan Mengajar tak dihantar langsung, apatah lagi jika mereka ponteng kelassesuka hati. Lagi menyirap darah pengetua sekiranya kelas yang ketiadaan gurumenimbulkan suasana yang keruh dengan pelanggaran disiplin yang berleluasa.Sekali perkara seumpama ini berlaku tindakan tegas pengetua mampu meleraikanmasalah. Sekiranya perkara ini acap kali berlaku akan menyebabkan pengetua tercungap-cungap mencari jalan terbaik untuk mengatasinya. Akan tetapi jika perkara ini berlakusepanjang waktu dan tidak terkawal lagi, pengetua semestinya akan “mati kutu” lalu bertindak mengikut nafsu kerana tidak mahu digelar pengetua lembik. Maka jadilah pengetua umpama harimau di mata pelajar dan guru, yang hanya ditakuti bukandihormati. Mereka patuh arahan hanya kerana terpaksa dan takut bukan atas dasar taatmelaksana dengan rela atau memaksa diri.Semua ini dilihat oleh masyarakat dan masyarakat menilai dan menghukum sekolahdengan hukuman yang setimpal. Tuding menuding pun berlaku melalui bisikan syaitanlaknatullah ‘alaih. Sebenarnya bukan salah siapa-siapa. Tapi hanya penemuan kaedahyang terbaik sahaja masih gagal dicapai untuk dijadikan sebagai landasan kepada pentadbiran yang berkualiti dan berkesan.Justeru, “Program The Top Ten” ini dicadangkan sebagai satu kaedah alternatif ke arahmengujudkan teraju yang jitu untuk menerajui bahtera sebagai nakhoda yang berketrampilan dan berwawasan demi meningkatkan prestasi sekolah denganmenyingkap dan menggilap segenap potensi yang dimilik oleh setiap warganya.“Program The Top Ten” menjanjikan semua warga sekolah dengan pulangan yang baik dan pahala yang besar. Semua guru yang terdiri daripada guru kelas dan guru mata pelajaran akan cuba sedaya upaya berusaha melaksanakan program ini dengan rela ataumemaksa diri demi merealisasikan objektif “The Top Ten” kerana Allah, kerana tuntutanagama dan kerana merasa keseronokan menjalankan tugas dengan mudah, terancang dan berkesan. Ketika itu akan terlerailah masalah “Ringkasan Mengajar” apabila setiap gurumerasa seronok menyenaraikan “Carta The Top Ten” masing-masing. Tuang kelas sifar dikalangan guru dan murid juga bukan menjadi perkara mustahil ketika itu, bahkan peratus pelajar cemerlang sudah pasti meningkat dari masa kesemasa. Ini sudah tentumenjanjikan keputusan peperiksaan seperti PMR, SMA, SPM, MUET dan STAMmelonjak naik dengan kualiti yang memberangsangkan. Sehinggalah sampai ke satutahap di mana tiada lagi murid yang gagal, bahkan pencapaian 100% lulus tidak mustahildicapai.Walau bagaimanapun, kometmen dan istiqamah itulah yang perlu sentiasa hangat, baru, berseri dan bersinar dalam diri para peneraju untuk terus melihat sinaran tersebut kekal2
 
memancar dicelah-celah warga anak didik yang tercinta. Ingatlah bahawa walau Malaikatsekalipun dikerah untuk mencorak warnakan kecemerlangan anak didik kita masih belum pasti berjaya. Tetapi manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini dengan segala potensinyayang disebut sebagai “Ahsani Taqwim” dan para muslimin yang digelar sebagai “KhairuUmmah” dan “Ummatan Wasoatan” diberi kemampuan dan keupayaan yang luar biasa“auranya” dalam usaha meraih kegemilangan. Dengan diiringi doa serta tawakkal kepadaAllah tidak mustahil kita mencapai keterbilangan seperti yang telah dibuktikan olehsekolah-sekolah tertentu.Untuk melihat kehangatan ini menyala secara berterusan, maka dicadangkan agar setiapguru kelas membahagikan murid kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan di wakili olehmurid yang pandai, sederhana dan lemah. Setiap kumpulan dimestikan mengulangkajidan menghafal pelajaran yang telah dipelajari dan membaca pelajaran yang akandipelajari pada hari berikutnya. Setiap kumpulan mestilah berusaha memahamkan merekayang tidak atau kurang faham dalam kumpulannya serta membimbing dan menunjuk ajar mereka supaya berjaya menguasai semua pelajaran dengan tekun. Semua kumpulan didalam kelas hendaklah bekerjasama ke arah kecemerlangan kelas masing-masing.Sehingglah kalau boleh juara carta sepuluh dihuni oleh semua murid di dalam kelastersebut secara berkongsi. Demikian juga di kelas-kelas yang lain.
03. OBJEKTIF
03.1: OBJEKTIF KHAS:03.1.1: Meningkatkan motivasi di kalangan guru dan murid.03.1.2: Meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.03.1.3: Meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan.03.1.4: Meningkatkan prestasi sekolah.03.2: OBJEKTIF AM:03.2.1: Melahirkan budaya saing yang tinggi.03.2.2: Memantapkan keyakinan dan sahsiah diri.03.2.3: Menanamkan kecintaan terhadap ilmu.03.2.4: Menyemai kasih, sayang dan bangga terhadap guru/murid dan juga sekolah.03.2.5: Melahirkan guru/murid yang berkualiti.03.2.6: Memupuk sikap bertanggung jawab.03.2.7: Menghargai masa (tidak bertangguh).
04. CARTA 10 TERBAIK 
04.1: CARTA 10 TERBAIK MATA PELAJARAN MENGIKUT KELAS/TINGKATAN04.1.1: Setiap guru mata pelajaran akan menyenaraikan 10 orang murid terbaik mengikut mata pelajaran masing-masing untuk semua kelas/tingkatan.04.1.2: Carta 10 terbaik mengikut mata pelajaran akan diambil dari keputusan yangdiperolehi dari ujian mingguan, bulanan dan semester.04.1.3: Carta 10 terbaik mata pelajaran hendaklah dicatatkan dalam BukuRingkasan Mengajar dan dipamerkan di Papan Kenyataan Sekolah.3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

Salam.... Ramadhan dah hampir berlalu dan syawal hampir tiba.... Selamat berpuasa dan SELAMAT HARI RAYA.... yang dah mencuba PROTEN ni.... apa cerita!!! Cek Fauzi...!!! apa perkembangan!! ambuyat..

program yang kelihatannya berkesan... thanks..

saya mahu cuba di sekolah saya di SMK Banang Jaya, Batu Pahat Johor.

Salam! Saya sangat berminat dengan program ini. Tahniah! sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan, memberikan motivasi tanpa kos dan masa terlalu banyak terbuang.

Pahalanya ku hadiahkan kepada Al-Marhum Ayah dan Ibuku.... semoga mereka ceia mendapat nya dan para pembaca ceria juga memanfaatkannya... Amin!!! Selamat Berpuasa ....... dan selamat Hari Raya.

Dah baca? Ingin cuba? Semoga BERJAYA hendaknya Amin!!!

Belum baca belum tahu....

Sedia membantu anda yang ingin melaksanakan program ini.

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...