You are on page 1of 5

Tanggungjawab Saya Sebagai Pengguna

Apakah maksud pengguna ? Pengguna ialah seseorang yang menggunakan


barang, perkhidmatan atau alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan kehendak
dalam kehidupan. Secara mudahnya , kita sebagai individu adalah pengguna tanpa
mengira usia dan kedudukan kita dalam masyarakat . Sebahagian besar dari apa
yang kita gunakan hari ini ialah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk
barangan atau perkhidmatan. Pengguna juga memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan ekonomi negara . Pengguna yang bijak pula ialah pengguna
yang serba tahu tentang haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan
bijaksana dan bertanggungjawab. Terdapat banyak tanggungjawab saya sebagai
seorang pengguna.
Antara tanggungjawab saya sebagai seorang pengguna ialah saya harus
mengetahui hak-hak saya sebagai pengguna. Hak-hak itu termasuklah hak untuk
mendapatkan keperluan asas , hak untuk mendapat maklumat , hak untuk membuat
pilihan dan hak untuk menyuarakan pendapat. Saya sebagai pengguna berhak untuk
mendapatkan barang atau perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang
memuaskan. Selain itu , saya juga harus diberi maklumat yang mencukupi dan tepat
untuk memudahkan saya untuk membuat pilihan yang bijak. Jikalau saya tidak
berpuas hati dengan sesuatu produk saya berhak menyuarakan pendapat saya. Di
samping itu, saya sebagai pengguna juga berhak untuk mendapatkan pendidikan
pengguna yang sempurna demi kebaikan diri sendiri. Pendidikan ini boleh bermula
sejak awal lagi dan harus diteruskan sehingga usia lanjut. Tanggungjawab saya
untuk mengambil tahu dan menyedari hak-hak saya sebagai pengguna adalah amat
penting demi masa depan saya.
Sebagai seorang pengguna yang bijak , saya haruslah menyedari keupayaan
saya untuk mengkritik. Saya mestilah sedar bahawa saya boleh mengkritik jika
terdapat sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak
pengguna. Sebagai contoh , jika terdapat seorang penjual menyorokkan barang
untuk menaikkan harga barang tersebut, saya berhak untuk mengkritikkannya dan
sekali gus melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Dalam era
globalisasi ini, medium yang paling mudah bagi saya mengadukan perkara tersebut
ialah E-Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK). Tindakan akan diambil ke atas pesalah tersebut dan ini
akan memastikan saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang
pengguna yang prihatin.
Selain itu , saya haruslah menglibatkan diri dan mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk mamastikan saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai
seorang pengguna. Tamsilnya, saya boleh menglibatkan diri dalam Hari Pengguna
yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti pihak sekolah. Pihak sekolah
terutamanya Kelab Pengguna Sekolah telah mengambil inisiatif untuk
melaksanakan Hari Pengguna pada setiap tahun . Dengan adanya Hari Pengguna ,
pelajar-pelajar boleh mengambil peluang keemasan ini untuk menampilkan bakat-
bakat mereka dalam menonjolkan diri dalam sesuatu pertandingan. Di samping itu ,
saya juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk menceburi aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh Kelab Pengguna Sekolah seperti Pertandingan Mengarang Esei ,
Pertandingan Melukis Poster , Pertandingan Buku Skrap dan lain-lain. Keprihatinan
saya ini bukan sahaja mengajar dan membimbing saya untuk lebih mengetahui
tentang kepengunaan malah akan menyumbang kepada markah kokurikulum saya
yang amat penting demi masa depan saya. Penglibatan diri dalam Hari Pengguna ini
juga merupakan satu lagi kaedah yang saya boleh laksanakan demi menjaga
tanggungjawab saya sebagai pengguna.
Antara tanggungjawab saya sebagai pengguna adalah untuk membeli secara
rasional dan bijak . Pada zaman ini, pembelian secara elektronik telah berkembang
dengan pesatnya dan meninggalkan kesan-kesan yang agak buruk kepada
pengguna. Masalah yang sering dihadapi oleh pengguna ialah penipuan barangan
yang dijual dalam sesuatu laman web. Sebagai seorang pengguna yang rasional dan
bijak , saya haruslah menangani masalah ini dengan membuat peninjauan terlebih
dahulu tentang kesahihan laman web tersebut. Saya boleh memperolehi pendapat
pembeli yang mungkin pernah berurusan dengan penjual dalam laman web tersebut.
Sekiranya saya mendapati bahawa laman web tersebut adalah tidak sahih dan boleh
menimbulkan masalah terhadap pembeli , maka saya haruslah mengambil langkah-
langkah yang sewajarnya untuk membelenggu masalah tersebut. Antara langkah
yang boleh saya ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan
menyebarkan maklumat tentang laman web yang palsu itu dalam media sosial
supaya bakal pembeli daripada laman web tersebut dapat menghindarkan diri
daripada menjadi mangsa penipuan. Pengguna-pengguna zaman ini patut lebih
berhati-hati dan berwaspada apabila melakukan transaksi secara elektronik.
Saya sebagai pengguna juga haruslah menyedari bahawa terdapatnya badan-
badan yang tertentu yang sedia membantu pengguna apabila ditimpa masalah.
Salah satu badannya, ialah Federation of Malaysian Consumers Association yang
ditubuhkan untuk meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-
hak pengguna. FOMCA akan memberikan pendidikan dan perlindungan kepada
pengguna tehadap hak-hak mereka supaya pengguna tidak ditindas oleh penjual
atau pengeluar. Sekiranya saya menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan
kepenggunaan , saya boleh mengadukan masalah yang timbul itu kepada FOMCA
yang akan mengesahkan kesahihan aduan tersebut dengan menyiasat, membuat
kajian dan ujian. Sekiranya aduan tersebut adalah sah , FOMCA akan
mengemukakan aduan tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan yang
selanjutnya. Sebagai seorang pengguna , saya haruslah sedar bahawa badan-badan
ini merupakan media yang amat penting untuk menjaga hak dan tanggungjawab
pengguna.
Akhir sekali , saya juga haruslah menanamkan sikap bekerjasama dan bersatu
padu demi menjaga kepentingan hak pengguna. Jika timbulnya sesuatu masalah,
saya haruslah berganding bahu dengan pihak lain untuk mencari jalan penyelesaian
bagi masalah tersebut. Dengan adanya , semangat bekerjasama yang tinggi ,
masalah tersebut dapat diatasi dengan senang berbanding jika saya bertindak
secara berseorangan bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Di samping itu
, sesuatu persetujuan juga tidak dapat dicapai tanpa sifat toleransi dan sikap
sanggup berkorban dalam diri setiap pengguna. Cara yang terbaik bagi saya
memaparkan semangat kekitaan adalah dengan melibatkan diri dalam Persatuan
dan Kelab Pengguna. Persatuan dan Kelab Pengguna ini dapat memberikan saya
sebuah petunjuk kepada menghadapi masalah secara berkumpulan dengan integrasi
pihak lain. Kesimpulannya, saya haruslah menanamkan sikap bersatu padu dan
menggalakkan sikap ini kepada pengguna lain juga untuk mengekalkan kepentingan
hak-hak kita sebagai pengguna.
Tanggungjawab saya dan semua rakyat Malaysia sebagai pengguna amat penting
dalam pembangunan negara. Penyelewengan ekonomi akan berlaku sekiranya tiada
penghalangan ataupun penglibatan kita sebagai seorang pengguna yang
bertanggungjawab. Kita haruslah memastikan hak-hak kita tidak ditindas oleh penjual
yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Oleh itu , kita seharusnya
meghadapi masalah ini dengan kerjasama semua pihak untuk melahirkan sebuah
Malaysia yang bebas daripada penyelewengan ekonomi serta berkembang maju
dalam sektor perniagaan sehingga terkenal di persada dunia .

(999 patah perkataan)

You might also like