You are on page 1of 1

Kenapa Kita Kekurangan Gula dan Minyak ?

Tidak dinafikan beberapa perkara asas selalu bermain di fikiran kita. Bagaimanakah Negara yang asas
pengeluaran tebu untuk gula, kekurangan bahan ini. Bagaimanakah lading-ladang sawit yang berjuta
ekar tidak mampu member minyak kepada pengguna di Malaysia. Pernah terfikirkan bahawa
semuanya berpunca dari kontrak. Kontrak yang menentukan segalanya..
Misalnya. Pihak Negara luar datang ke Malaysia untuk mendapatkan kontrak pembekalan gula.
Pembekalan ini perlu dipenuhi mengikut kuota yang dimeterai. Sekiranya berlaku kekurangan dalam
pasaran seperti sorok , pembelian panic maka semuanya tidak dapat ditampung oleh pihak
pengeluar sendiri. Misalnya 1000 tan untuk dimport. 1000 tan tersebut tidak dapat di berikan
kepada pengguna di Malaysia walaupun gula berada digudang. Namanya digudang tetapi telah
dimeterai oleh Negara lain. Seterusnya termasuklah hal dengan barangan lain yang dipasarkan oleh
Malaysia. Adakah masih anda ingat bahawa Malaysia akan mengeksport ayam ke luar Negara.

PUTRAJAYA 6 April Malaysia mencatat sejarah apabila menjadi negara Islam pertama
yang akan mengeksport daging ayam proses ke Oman.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sebanyak 12 juta ekor ayam dengan nilai eksport
kira-kira RM120 juta setahun akan dibekalkan di bawah Program Rantaian Bekalan Halalan
Toyyiban. Katanya, ini merupakan langkah permulaan sebelum produk halal tempatan
melebarkan sayapnya ke negara Arab yang lain. Kita ada 57 negara yang menjadi anggota
Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) tetapi perdagangan kita dengan negara-
negara ini tidak sampai 10 peratus pun. Ini bermaksud 90 peratus dagangan kita ialah
dengan negara luar OIC dan kita masih mempunyai banyak ruang serta peluang untuk
tingkatkan dagangan dengan negara anggota OIC, katanya. Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara syarikat Mutiara
Bernas Sdn. Bhd. dan Global Food Solutions LLC dari Oman.Menerusi perjanjian itu,
Mutiara Bernas akan membekalkan ayam kepada Global Food Solutions selama 10 tahun
berdasarkan Standard Malaysia (MS) 2400:2010 (MS 2400) yang berasaskan prinsip Halalan-
Toyyiban (HT). Dalam pada itu, Nor Mohamed berkata, keadaan politik semasa di negara
Asia Barat dan Afrika Utara yang masih belum menentu tidak akan memberi kesan kepada
eksport Malaysia. Permintaan akan kekal stabil kerana manusia perlu makan dan harga
daging di sana telah naik sehingga 400 peratus dan mereka perlu mencari sumber protein
yang lain iaitu ayam, katanya
Jadi apa yang dipelikkan apabila kita menghadapi kekurangan bekalan. Sebenarnya cukup dengan
rezeki yang Allah beri. Cuma cara manusia yang mengurusnya perlu di perhalusi. Jangan salahkan
Kementerian Perdagangan, Cuma libatkan semua golongan dan kaum dalam bidang pembekalan dan
pengedaran barangan, jangan dimonopoli oleh sesetengan bangsa sahaja. Ambil risiko dan rebutlah
peluang.

You might also like