Konflik Perkauman di Sabah: Isu Bumiputera danPendatang Asing Dari Perspektif Sosialis
Oleh Muhammad Salleh (Disember 2001)
Di merata dunia, dari Britain ke Bosnia, Itali ke Malaysia,
KonflikPerkauman
telah menjadi bahasa rasmi bagi perdebatan politik, lalumenggantikan konsep-konsep seperti penindasan dan fahamanbangsa.Tetapi memandang dunia melalui cermin perkauman ini sebenarnyamenyembunyikan isu-isu
Penindasan
, lalu memendamkan caraunsur-unsur perkauman ditekankan terhadap penduduk tempatan olehkuasa-kuasa kelas pemerintah.Konsep penindasan adalah konsep yang penting bagi
PemahamanMarxsis
mengenai sejarah dan masyarakat moden. Ia merujukkepada
Diskriminasi
secara sistematik oleh satu kumpulan sosialterhadap kumpulan sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri yang diwarisiseperti warna kulit dan jantina atau ciri-ciri yang dipupuk dari segisosial seperti kepercayaan agama dan orientasi seksual.Penindasan seperti ini berlaku tanpa mengira garisan kelas, walaupunpengalaman penindasan mungkin lebih kejam lagi berdasarkanstruktur kelas sesebuah masyarakat. Penindasan kaum perempuan,misalnya, telah wujud sepanjang kewujudan masyarakat kelas,manakala penindasan kaum-kaum agama adalah terhad kepada
Sistem Kapitalis
.Walau apapun sebab-sebabnya, kelas-kelas pemerintah telahmelancarkan penindasan terhadap kumpulan-kumpulan tertentu untukmemastikan pembahagian dan pemisahan di kalangan mereka yangdiperintah. Sekian lama, kumpulan-kumpulan tertentu telah mengalamipenindasan disebabkan bangsa mereka.Corak penindasan ini memang jelas kelihatan di bawah sistem
‘Kebumiputeraan’
di Malaysia, dan rencana ini akan membincangkanisu-isu bumiputera dan penindasan kaum di Malaysia, terutamanya dinegeri
SABAH
.Oleh kerana isu-isu yang dipertimbangkan di sini mungkin disalah-fahami, biarlah saya menjelaskan tujuan rencana ini. Isu-isu ‘bangsa’atau perihal yang berkenaan dengan suku kaum seseorang biasanyadisamakan dengan adat resam, seringkali dengan adat resamgolongan-golongan minoriti.Tujuan saya bukanlah untuk mengutuk kepelbagaian bangsa dan adatresam, dan sudah tentu bukanlah untuk menyeru pihak
Sosialis
ataumana-mana kumpulan yang lain mengabaikan tanggungjawab merekauntuk mempertahankan masyarakat di mana adat resam merekadiancam, atau mana-mana masyarakat lain yang mengalamipenindasan.Pada abad yang lalu, Vladimir Lenin telah menekan kepentingan pihaksosialis mengutarakan isu-isu penindasan dengan kata-kata yangmasih penting pada hari ini: “Kesedaran kelas pekerja hanya dapatmenjadi kesedaran politik yang tulin jika para pekerja dilatih untukmemberi tentangan kepada setiap kes kezaliman pemerintah,penindasan, keganasan dan kekerasan, tanpa mengira kelas manayang diakibatkan – hanya jika mereka dilatih, lebih-lebih lagi, untukmemberi tentangan dari pandangan demokrasi sosial [iaitu,
SosialisRevolusioner
] dan bukannya pandangan yang lain.”
Maka, bagi pihak sosialis, tidak terdapatnya perbezaan jika kumpulan-kumpulan tertentu ditindas kerana bahasa, agama, kewarganegaraanatau suku kaum mereka. Dalam setiap kes, tanggungjawab kitaadalah untuk mempertahankan mereka yang ditindas danmenunjukkan perpaduan dengan mereka.
Kebumiputeraan di Malaysia
Sejak beberapa lama, kerajaan
Barisan Nasional
yang berpusat diKuala Lumpur telah mengajukan dan meluaskan polisi-polisiperkauman yang mendapat ruang yang cukup luas dalam mediamassa tempatan. Misalnya, syair Cecil Rajendra, bertajuk
TheKingdom of Purplaya
,
yang diterbitkan baru-baru ini, menimbulkan
Kontroversi
apabila beberapa kumpulan Melayu mendakwa bahawapenyair tersebut mencela kaum Melayu dan mencabar hak-hakistimewa kaum tersebut sebagai kaum ‘asal di Malaysia.’Sambil Rajendra menafikan dakwaan-dakwaan ini, karya tersebuttelah diterbitkan dan disebarkan luas oleh beberapa akhbar tempatan,termasuklah Utusan Malaysia.
Apakah asal-usul hak-hak keistimewaan kaum ‘bumiputera’ ini? Darisegi sejarah, semasa kemerdekaan pada tahun 1957, kaum Melayutelah membuat perjanjian yang meneraskan ‘keistimewaan’ bagi kaummereka lalu ‘menghadiahkan’ status kewarganegaraan kepada kaum-kaum bukan Melayu (perjanjian ini juga melibatkan keutamaanekonomi bagi kaum Cina).Pada masa itu, ia dipersetujui bahawa “sesiapa yang dilahirkan diPersekutuan Malaya pada atau selepas Hari Merdeka (31hb Ogos,1957) akan menjadi rakyat dari segi undang-undang.” Namundemikian,
Artikel 159
dalam perlembagaan Malaysia telah digunakanuntuk mengutamakan ‘hak-hak istimewa’ bagi kaum Melayu dankaum-kaum peribumi.Artikel tersebut adalah berkenaan dengan tanggungjawab kerajaanuntuk mempertahankan kedudukan khas kaum Melayu dan warga-warga kaum peribumi di negeri Sabah dan Sarawak. ‘Kedudukankhas’ ini diterajui oleh kerajaan-kerajaan Malaysia, termasuklahkerajaan Barisan Nasional yang berkuasa pada hari ini.Tujuannya adalah untuk memastikan
‘Keistimewaan’
bagi golonganbumiputera, termasuk kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi diSabah dan Sarawak, dalam pertubuhan-pertubuhan pendidikanseperti universiti, perkhidmatan awam, pekerjaan dalam firma-firmakerajaan dan dalam permohonan lesen atau pinjaman wang bagiperniagaan.Melalui pindahan akta dan penggubahan perlembagaan sejak itu,kerajaan Malaysia telah memajukan konsep kewarganegaraan padatahap persekutuan yang sebenarnya berdasarkan fahamanperkauman.Misalnya,
Pindaan Perlembagaan 1971
dan pindaan-pindaan yangberikutan telah meletakkan kaum Melayu pada kemuncak hierarkiperkauman. Jika dikaji secara global, polisi ini begitu berbeza daripadapolisi-polisi yang agak mirip di Amerika Syarikat dan beberapa negaraEropah, di mana ‘keistimewaan’ telah diberikan kepada kaum-kaumminoriti berdasarkan diskriminasi bersejarah.Di Amerika Syarikat, misalnya, mekanisme tersebut pernah digunakan(kononnya) untuk memperbaiki kekurangan perwakilan kumpulan-kumpulan minoriti yang tertindas.Konsep kewarganegaraan yang berteraskan perkauman Melayusudah lama mengancam kumpulan-kumpulan bumiputera yang lain,termasuklah kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan-Dusun diSabah, serta kaum-kaum bukan Melayu di Semenanjung Malaysia,seperti Orang Asli.Hak-hak keistimewaan ini menjadi isu hangat apabila memorandum
Kumpulan Su Qiu
, yang dikeluarkan sebelum pilihanraya umum padatahun 1999, menentang hak-hak keistimewaan tersebut, sambilmempertengahkan isu-isu keadilan sosial, pembahagian kekayaannegara, pembanterasan rasuah, dan sebagainya.Isu bumiputera juga mendapat paparan berkali-kali dalam akhbar tempatan berkenaan dengan kuota bumiputera dan bukan bumiputerabagi jawatan Ketua Menteri Sabah.Berkenaan khusus dengan Sabah dan Sarawak, oleh kerana kaumKadazan-Dusun dan kumpulan-kumpulan peribumi yang lain adalahkaum ‘bumiputera’ di negeri-negeri masing-masing, mereka berhakmenerima polisi-polisi keistimewaan bukan sahaja di negeri merekasendiri tetapi juga di Semenanjung Malaysia.Misalnya,
Bahagian V
dari
Artikel 41 Perlembagaan Negeri Sabah
adalah berkenaan dengan perihal yang mempertahankan kedudukankaum-kaum peribumi.
Kaum-kaum peribumi dalam erti kata inisebenarnya memaksudkan kaum-kaum seperti
Kadazan-Dusun
,Murut, Bajau, Suluk, Orang Sungai dan kaum peribumi yang lain diSabah.Ia tidak melindungi kumpulan-kumpulan lain yang berhijrah ke Sabahselepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963, seperti kaum Melayu,Cina dan India dari Semenanjung Malaysia, dan pendatang-pendatang asing dari
Filipina
dan
Indonesia
1 |Page