Dalam ayat di atas, Allah menyatakan bahawa kecintaan sesuatu yang sama tara dengan Allah juga dinyatakan sebagai syirik dan ditolak oleh Allah. Selain itu Allah berfirman tentang ciriorang yang meletakkan mahabbah pada Allah ini melampaui segala akan mempunyai karakter yang amat ekslusif iaitu mereka akan gementar
apabila mendengar nama Allah dankeimanan mereka akan bertambah apabila dibacakan ayatnya.
Ini berlaku padaperingkat manusia juga apabila seseorang mencintai seseorang yang lain. Tetapi tahap ini amattinggi pada orang yang beriman, sebagaimana dalam ayat:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialahmereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka danapabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dankepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
( 8:2)Di sini kita akan nampak bahawa tahapan pertama dalam membina marhalah-marhalahinteraksi dengan shahadatain ini ialah mahabbah pada Allah. Mahabbah ini lebih kepadapembasuhan hati dan fikiran kita dari segala yang boleh merosakkan ketauhidan kita pada Allah.Dalam sesebuah usrah, si naqib perlu membuang sifat yang hanya layak secara muklak kepada Allah seperti
بوهرملا ,عوتملا
dan sebagainya. Pasal bila mana kita mahu orang mengikutkita secara mutlak (hatta kekadang dalam konteks kita membawa kebenaran, kita perlu jelas bahawa kita bertugas hanya menyampaikan dan Allah sahaja yang mampu memberi hidayah),kita akan rasa putus asa atau sempit dada bila mana ada kesusahan atau kepayahan ketika kitamengajak orang berbuat kebaikan. Apabila seseorang menjadi pemimpin dan apa jua tugasandalam hidup ini, pastikan maksud
لا
dan
لا
itu difahami dan diletakkan hanya pada Allah.Banyak masalah yang wujud di muka bumi ini di kalangan pemimpin dan mereka yang bergiatdalam arena dakwah dan agama Islam adalah kerana kita lupa bahawa kita menyeru orang bukanlah untuk orang menakuti kita (
بوهرملا
)
atau diharap sangat (
بوغرملا
), tetapi kitamahu orang menakuti dan mengharapkan Allah semata-mata. Hal ini perlu diyakinkan dalamdiri dan diamalkan kerana jika tidak, hati kita akan tersasar dan akan wujud banyak pertelahandan masalah kerana para duat mencari pengikut dan penghormatan yang tidak bernilai sesen pundi akhirat nanti. Dalam hal ini , Allah menegaskan dalam al-Quran bahawa hatta NabiMuhammad itu sendiri pun berdakwah bukan untuk disembah tetapi baginda mahukan umatnyamenyembah Allah.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dansaudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamudan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara- perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
Leave a Comment
Ini adalah versi terbaru. Ada sedikit kesilapan dalam versi sebelum ini. Maaf