You are on page 1of 5

Makan untuk kesihatan : Kanak-kanak 1 - 6 tahun

Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada
masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat
makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 6 tahun, kanak-
kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada
suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh
tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid
makanan.
1. Piramid Makanan
Makan sedikit lemak, minyak dan gula
Makan sederhana daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.
b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang
membantu menjauhi penyakit.
c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan
tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit
lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.
d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang
tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.
Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda
yang berumur 1 6 tahun
Kumpulan
Makanan
Pilihan Satu Sukatan
Bilangan Sukatan Sehari
1 3 tahun 4 6 tahun
Nasi dan
gantiannya
cawan nasi
cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz
sederhana
6 8
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
Susu 1 gelas 2 3 3
Ikan dan
gantiannya
ekor ikan
1 ketul ayam atau daging
saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis
tanpa kepala
1 keping taukwa
cawan kekacang
1 biji telur
2 2
Sayur-sayuran 2 sudu makan 2 2
Buah-buahan 1 potong atau satu biji 1 1
2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir
hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada
usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung.
3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 3 tahun
Sarapan pagi
1 gelas susu
2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
3 keping biskut
gelas minuman bersusu
Makan tengahari
cawan nasi
1 ketul ayam goreng kicap
2 sudu makan sayur
Air masak
Minum petang
1 keping kuih
1 potong buah
gelas minuman bersusu
Makan malam
1 mangkuk mihun sup
Minum malam
1 gelas susu
4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 6 tahun
Sarapan pagi
1 cawan mihun goreng
1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
3 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
1 cawan nasi
1 ketul ayam masak merah
2 sudu makan sayur
1 potong buah-buahan
Air masak
Minum petang
2 keping kuih
1 gelas minuman bersusu
Makan malam
1 cawan bubur nasi campur ikan
Air masak
Minum malam
1 gelas susu
Bila anak anda tidak berminat untuk makan..
Tarik minat anak anda terhadap makanan
Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan
pelbagai jenis makanan
Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan
Sediakan makanan yang menarik
Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas
Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
Elakkan memarahi anak anda semasa makan
Jangan ugut anak anda untuk makan
Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
Galakkan anak anda makan sendiri
Makanlah bersama-sama
Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana
perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 6 kali sehari. Di
samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan.
Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang
mengandungi rendah kandungan garam dan gula.
Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan : Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu
kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor
Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis,
Minuman bergas, Sirap
Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis
makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan
kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak
yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda
sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan
mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak
anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak
meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan
bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang
dijangkakan.
Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan
perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Petua
1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
4. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa
menambah garam atau perasa
5. Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.

You might also like