LAPORANKEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE – 62009 SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK DAMAI , IPOH. Pendahuluan.Kejohanan Olahraga Sekolah adalah merupakan salah satu aktiviti rasmi tahunan. Ianyadiadakan setiap tahun untuk memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan kebolehan danbakat dalam acara – acara olahraga seperti larian , acara lompatan dan acara lontaran. Nama Penganjur.Sekolah Kebangsaan Tasik Damai , Ipoh. Nama Pertandingan.Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke – 6, Sekolah Kebangsaan Tasik Damai , Ipoh. RasionalKejohanan Olahraga Sekolah diadakan untuk mengembangkan potensi murid-muriddalam kegiatan luar bilik darjah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Selain itu, ianya dapat meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan murid-murid bagimengharungi hari-hari persekolahan sesuai dengan motto Sekolah Kebangsaan Tasik Damai “Mengembang Ilmu, Memantapkan Organisasi.” Objektif i. Mencungkil bakat kesukanan di kalangan murid-murid.ii. Memupuk semangat kental dan gigih di kalangan murid-murid di dalam pertandingan.iii. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai acara sukan olahraga.iv. Mengeratkan hubungan persahabatan di kalangan murid-murid.v. Memupuk rasa bangga mewakili pasukan.vi. Memupuk semangat kesukanan di kalangan murid-murid. Matlamati. Memilih atlet untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Peringkat Zon.ii. Memilih atlet yang berpotensi dalam olahraga di peringkat awal. Perlaksanaani. Tarikh : 23hb April 2009ii. Masa : 8.00 Pagiiii. Tempat : Padang SMK Tasik Damai.v. Perasmi : Encik Azaudin B. Yeop Md. Rose.