GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
1.0 OBJEKTIF 1.1 Objektif pertandingan inovasi ini ialah; 1.1.1 Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan para peserta berdasarkan bidang kemahiran masing-masing. 1.1.2 Menguji kebolehan dan kepakaran dalam kemahiran spesifik bersumberkan persekitaran sedia ada, 1.1.3 Menggalakkan pengaplikasian kemahiran dalam bidang masing-masing selaras dengan kemajuan sains dan teknologi terkini.
2.0 KATEGORI PESERTA 2.1 Kategori peserta pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Timur ini dibahagikan kepada TIGA (3) iaitu : 2.1.1 Kategori 1 - Pensyarah Kolej Komuniti Sahaja 2.1.2 Kategori 2 Pelajar Kolej Komuniti Sahaja 2.1.3 Kategori 3 - IPTA / IPTS Jemputan 2.2 Bilangan peserta minimum adalah seorang (1) dan bilangan maksimum dalam setiap kumpulan adalah tiga (3) orang sahaja. 2.3 Setiap Kolej Komuniti Zon Wilayah Timur WAJIB menghantar 2 penyertaan ke pertandingan ini. 2.4 Tiada yuran penyertaan akan dikenakan kepada peserta.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Inovasi dipertandingkan mestilah asli dan ciptaan berkumpulan/sendiri. 3.2 Pemohon hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi satu inovasi yang ingin di pertandingkan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada facebook PERTANDINGAN INOVASI WILAYAH TIMUR 2013 3.3 Peserta yang bertanding mesti berada di ruang pameran sepanjang pertandingan berlangsung. Peserta pertandingan diberi masa 5 minit untuk mempersembahkan hasil inovasi di hadapan panel juri bagi tujuan pemarkahan.
Page 2 of 7 3.4 Peserta yang menutup pameran sebelum pengumuman pemenang akan mengakibatkan penyertaan terbatal dan tidak akan menerima apa-apa hadiah sekiranya terpilih untuk memenanginya. 3.5 Penjurian adalah berdasarkan fail yang dihantar semasa proses pendaftaran dan pameran/pembentangan di booth. 3.6 Fail yang dihantar akan menjadi hak milik pihak penganjur. 3.7 No booth ditentukan oleh pihak urusetia. 3.8 Keputusan hakim adalah muktamad.
4.0 PENGECUALIAN
Berikut adalah penyertaan yang tidak diterima:- 4.1 Rekacipta, inovasi kepenggunaan atau rekabentuk yang digunakan oleh pihak lain atau bercanggah dengan kebaikan, keselamatan dan moral masyarakat. 4.2 Rekacipta yang tidak boleh ditukar kepada terjemahan nyata seperti prinsip sains, teori abstrak dan seni yang mungkin dikaitkan dengan hakcipta.
5.0 PENJURIAN
5.1 Peserta perlu menyediakan fail inovasi. (Sila rujuk format yang disediakan pada muka surat 5 - 7) 5.2 Fail yang lengkap mestilah dibawa bersama dan dihantar semasa sesi pendaftaran penyertaan. 5.3 Para peserta dikehendaki menyediakan poster berukuran A2 bagi tujuan pameran semasa pertandingan berlangsung. 5.4 Peserta diingatkan untuk membawa sendiri peralatan tambahan yang diperlukan. Pihak penganjur hanya menyediakan satu set peralatan bagi setiap penyertaan iaitu meja, alas meja dan soket bekalan.
Page 3 of 7
6.0 TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN BORANG
6.1 Borang penyertaan mestilah dihantar lengkap bersama abstrak melalui faks atau surat ke alamat di bawah dan mesti sampai sebelum 11 Oktober 2013.
7. 1 Hanya Jawatankuasa Pengajur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang diberi pada hari pertandingan. 7. 2 Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengishytiharkan tiada pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.
8.0 PENAFIAN (DISCLAIMER)
8.1 Peserta dan ahlinya akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.
8.2 Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.
Page 4 of 7
8.3 Dalam kes bahan penyertaan yang belum diberikan surat hakcipta oleh pihak berkuasa tertentu, sebarang keputusan yang menggagalkan atau sebaliknya oleh panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur tidak akan terikat dari segi undang- undang atau tidak boleh digunakan untuk membantu mendapatkan patent atau mendaftarkan bahan tersebut mengikut undang- undang tertentu.
8.4 Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakkan Negara lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam penyertaan ini.
9.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
i. 1 Plug Poin ii. 2 Biji kerusi iii. 1 meja (5 X 2) iv. Alas meja dan hiasan perlu disediakan oleh peserta.
10.0 UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI:
a) Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan, sila berhubung terus dengan:-
Nama : Pn. Norazlin Binti Ahmad No. Tel (HP) : 013-9746267
Nama : Pn. Siti Mahani Binti Shaik Ismail No. Tel (HP) : 012-6244006
Page 5 of 7
FORMAT FAIL PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013
1. Jenis fail Ring Fail 2D 24mm warna putih
2. Kandungan fail Biodata Cadangan kertas kerja /proposal* Laporan penuh** Sijil/ Anugerah Gambar-gambar pembangunan inovasi
3. Format penulisan
Jenis Font Arial/Times New Roman Saiz Font 12 Spacing 1.5
Page 6 of 7
*FORMAT CADANGAN KERTAS KERJA PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013
1.0 Muka depan projek inovasi 2.0 Isi kandungan 3.0 Profil peserta 4.0 Penerangan ringkas mengenai projek inovasi yang diperkenalkan; - Tajuk inovasi - Objektif inovasi - Bahan yang digunakan - Tempoh pelaksanaan yang dicadangkan 5.0 Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum projek inovasi dilaksanakan. 6.0 Pernyataan ringkas masalah-masalah yang dihadapi sebelum projek inovasi diperkenalkan. 7.0 Fungsi projek inovasi 8.0 Kebaikan dan potensi komersil 9.0 Carta alir proses 10.0 Metodologi projek inovasi 11.0 Jangkaan hasil projek inovasi 12.0 Kesimpulan 13.0 Lampiran (gambar, statistik dan lain-lain lagi. jika ada.)
Page 7 of 7
**FORMAT LAPORAN PENUH PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013
1.0 Tajuk inovasi 2.0 Tujuan 3.0 Latar belakang 4.0 Rasional membangunkan inovasi 5.0 Kaedah perlaksanaan inovasi 6.0 Perbezaan antara perkara/proses yang sebelum dengan sekara 7.0 Peranan calon dalam menyediakan inovasi 8.0 Impak/keberkesanan elemen kriteria kecemerlangan 9.0 Cadangan penambahbaikan 10.0 Pengesahan ketua Jabatan