You are on page 1of 1

Tahniah diucapkan ke atas pelantikan baru Menteri dan juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian

Tinggi. Berikut adalah senarai Menteri dan juga Timbalan Menteri di dalam Kementerian Pelajaran dan
Pengajian Tinggi:

(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN

(2) MENTERI II: YB DATO SERI IDRIS BIN JUSOH

(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING

(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti
bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam
aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem
pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang
tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan
berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-
2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda
atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

You might also like