Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kerajaan Melayu Terawal

Kerajaan Melayu Terawal

Ratings: (0)|Views: 345 |Likes:
Published by sanggupa

More info:

Published by: sanggupa on Nov 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/07/2010

pdf

text

original

 
Kerajaan Melayu Terawal? (192M ? 1832M)Champa (abad ke-2M hingga ke-19M1) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yangditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yangkeluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla]iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayukedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barangterutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga kesemenanjung Arab.Di Sumatera pula pada abad ke-7 terdiri kerajaan Buddha Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-12)yang berpusat di Palembang sebagai kuasa Melayu yang agak berbeza daripada Champa danLangkasuka kerana kekuatannya bukan dari segi peranannya sebagai pusat dagangan, tetapi sebagai kerajaan Melayu pertama yang mementingkan kuasa ketenteraan daripada perdagangan.Kemudian diikuti oleh Perlak, sebuah pusat dagang penting di Sumatera di kawasan yang kini di dalam Propinsi Aceh, diasaskan dalam tahun 804 (abad ke-9) dan merupakan Kerajaan Melayu-Islam pertama di rantau ini. Dengan munculnya kekuatan Srivijaya timbullah perebutan kawasandan jajahan dan pada abad ke-9 Langkasuka jatuh ke tangan Srivijaya dan bermulalah pengembangan jajahan Srivijaya ke Tanah Melayu (termasuk juga ke Pahang dan Terengganu).Kejatuhan Langkasuka diganti dengan terdirinya Patani yang kemudiannya dikenal sebagai Patani Darus Salam. Patani yang tekenal sebagai pusat dakwah Islamiah serta mempunyai ramai ulamak-ulamak yang terkenal di serata dunia Islam, berkembang maju sehingga pertengahanabad ke-19 apabila ianya jatuh ke tangan Siam. Proses perebutan wilayah dan dominasi kuasaini berterusan apabila kerajaan Hindu Majapahit di Pulau Jawa (abad ke-10 hingga ke-14)muncul sebagai kekuatan yang baru dan akhirnya pada abad ke-12 Srivijaya dijatuhkan olehMajapahit. Dalam kesebokan Majapahit dengan misi-misi tenteranya, pada 1403 di TanahMelayu muncul pula Kerajaan Melayu (pada awalnya Hindu dan kemudiannya bertukar kepadaIslam) yang baru di Melaka (awal abad ke-15 hingga ke-16).Sesuai dengan panggilannya oleh pedagang-pedagang Arab dengan nama Mulaqat yangbermakna 'Tempat Berhimpun Pedagang-pedagang', Melaka termasyhur sebagai pusat daganganterbesar di dunia ketika itu, sehinga pernah dilaporkan sebagai mempunyai simpanan emasterbesar di dunia. Dengan kejayaan yang dicapai oleh Melaka, ia tidak sunyi daripada gangguanMajapahit. Akan tetapi seperti mana dikisahkan dalam Hikayat Hang Tuah, pahlawan Majapahit yangtermasyhur, Adi Taming Sari telah dikalahkan oleh Hang Tuah dalam satu pertarungan sehinggakeris keramatnya yang terkenal dengan segala kesaktian telah dapat dirampas oleh PahlawanMelaka itu. Dengan itu lenyaplah ambisi Majapahit ke atas Melaka. Majapahit jatuh pada 1478dan terdiri pula kerajaan Islam di Demak. Melaka pula jatuh ke tangan penjajah Portugis, pada1511.Ketahanan Champa sebagai sebuah kerajaan melampaui satu ruang masa yang lama meskipunianya tidak sunyi daripada serangan-serangan dari negara-negara jirannya. Berbeza dengankerajaan-kerajaan Melayu lain yang terus hancur apabila dikalahkan, Champa terus wujud sebagai kerajaan meskipun keluasan kawasan pemerintahannya semakin mengecut dari masa kemasa.Champa sering disebutkan dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama, akan tetapi tak banyak diceritakan tentangnya. Dalam sastera-sastera Melayu pula Champa banyak dikaitkandalam mitos-mitos sehingga gambaran yang diperolehi adalah seolah-olah negeri ini terletak di 
 
kayangan atau pun ia hanya negara khayalan sasterawan dahulukala. Sejarah Champa pentingdalam kajian tentang ulamak-ulamak Patani serta dalam mengkaji susur galur keturunan Wan,Nik, Long dan Tuan.Negara Champa (chäm-'pä) sering dikaitkan terutamanya dengan sejarah-sejarah kedatanganIslam ke Patani, Malaysia, Jawa, Sulawesi dan Sumatera. Akan tetapi banyak tanda-tanya dankekeliruan yang timbul tentang Champa disebabkan terlampau sedikit maklumat yang terdapat tentang kerajaannya dan orang-orang Cham. Ada yang berpendapat bahawa Cham itu sebuahNegara.Qaul-qaul yang lain pula berpendapat bahawa Champa adalah sebuah negeri yang ditubuhkanoleh sekumpulan orang Patani bersama dengan mubaligh-mubaligh dari Yaman dan Parsi, di suatu kawasan yang hampir dengan Siam dan Kemboja. Ramai juga yang menyangka bahawaChampa adalah Kemboja atau Cambodia, dan malahan ada yang berpendapat bahawa ianyasebuah negeri di India. Sir Stamford Raffles, dalam 'History of Java' yang dikarangnya pada1817 berpendapat bahawa Champa merupakan sebuah tempat yang terletak di Acheh, yangdikenali dengan nama Jeumpa.
Lin Yi 
Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cham, terdapat dalammanuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentangKerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi'.Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Champa dikenali di kalangan orangChina sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penoh dengan keganasan'); dan LÂp,
 Ho஭Vúòng, dan Chi 
Thánh oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Champa yang terawal. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kerajaan Lin Yi bermula semenjak 137M setelahkejatuhan Dinasti Han di negara China. Akibat daripada kejatuhan ini maka Pegawai Tinggi Hanyang mentadbir wilayah tersebut telah mendirikan sebuah kerajaan di kawasan yang sekarangini terletaknya bandar Hue di Vietnam dan melantik dirinya sebagai raja. Pada ketika itukawasan itu diduduki oleh suku-suku yang senantiasa berperang dengan kawasan-kawasan jajahan China di Tonkin. Suku-suku ini dikenali sebagai puak-puak Cham dan adalah daripadarumpun Malayo-Polynesian yang berbudaya India ('Indianised Culture').
Negara Champa
Terdapat banyak perkaitan sejarah, budaya dan agama antara Lin Yi dan wilayah-wilayah lainyang didiami oleh orang-orang Cham. Sekitar 400M terbentuk satu persekutuan antara suku-suku tersebut dan terdirilah lima wilayah atau negeri yang dikenali sebagai Nagara Champa.Disebabkan pengaruh India dan budaya Hindu terlampau kuat di kalangan orang Cham makakelima-lima wilayah tersebut dikenali mengikut tempat-tempat di India, iaitu:? Indrapura (Lin Yi),? Amravati (Quang Nam),? Vijaya (Binh Dinh),? Kauthara (Nha Trang) dan? Panduranga (Phan Rang).
 
Malahan nama Champa juga adalah sempena atau mengikut nama sebuah kerajaan Hindu di India Selatan. Penyatuan kelima-lima wilayah ini berlaku di atas kebijaksanaan RajaBhadravarman I yang juga menjadi raja pertama yang memerintah persekutuan lima wilayah ini.Disebabkan kelima-lima wilayah tersebut adalah di pesisir laut maka Champa mempunyai kekuatan dari segi angkatan laut. Mereka terkenal sebagai pelayar dan pedagang laut dan jugasebagai lanun. Berbeza dengan jiran-jiran mereka, Kaum Cham lebih berjaya dalam bidang perdagangan laut dan tidak dalam pertanian. Ekspot utama mereka adalah kayu gaharu yangtermasyhur keseluruh dunia pada ketika itu.Pada abad Ke-5M Lin Yi atau Champa telah menjelma sebagai satu kuasa yang kuat sehinggadapat menyediakan sebanyak lebih seratus kapal-kapal untuk dihantar menyerang pantai-pantai Sino-Vietnam di utara. Tetapi malangnya mereka tidak dapat menundukkan kuasa China yanglebih kuat dan pihak China telah menyerang balas. Akibatnya berlakulah penjarahan terhadapibu negara Champa di Hue dan tentera China telah merampas lebih 100,000 pound emas tulensebagai rampasan perang.
Kaum tertua
Meskipun kaum Cham merupakan kaum tertua di Indo-China, terlalu sedikit maklumat yangterdapat tentang kerajaan dan tamadun mereka. Mereka merupakan pewaris tradisi yangmerangkumi satu zaman yang melebihi dua ribu tahun terdahulu. Tamadun mereka lebih tuadan awal daripada kerajaan Kemboja (Cambodia) yang bermula hanya sekitar 550M dan jugasebelum kerajaan Vietnam bermula sebagai satu kuasa penjajah ke kawasan-kawasan di selatanDelta Sungai Merah di Tonkin yang hanya bermula pada pertengahan abad ke-10M.
Kaum Cham dihukum Tuhan? 
Pada kemuncak kekuasaan, sekitar 12 abad dulu, kaum Cham menguasai tanah-tanah yangsubur bermula di Hue Utara di Annam Tengah sehingga Delta Mekong di Cochin China. Kawasan-kawasan ini kini menjadi sebahagian daripada negara Vietnam yang terdapat bandar-bandar DaNang dan Nha Trang. Kesan-kesan Cham yang tinggal kini hanyalah rumah-rumah berhala sepi yang penuh misteri yang di kenali sebagai Menara Cham ('Cham Towers').
Kehilangan negara atau kerajaan Champa dari bumi ini seolah-olah merupakan satukeganjilan kerana yang tinggal hanyalah warisan-warisan sejarah dan keturunan yangberselerak. Apakah agaknya bala yang telah diturunkan ke atas mereka sehinggamenjadi seakan-akan negaranegara yang dihancurkan ('Perished Nations') yangdisebut dalam Al-Quran. Ke mana perginya keturunan mereka? 
 
Siapakah Kaum Cham? 
Mengikut sejarah Cham, kebudayaan Hindu lebih terserlah di kalangan kaum Cham disebabkanmereka merupakan kaum pedagang dan pelaut yang mempunyai sejarah perhubungan yanglama dengan India dan Jawa. Kedua-dua negara tersebut adalah pusat agama Hindu.Orang-orang Cham berbahasa Malayo-Polynesian (Austronesian) berbeza dengan jiran-jiranmereka (Khmer dan Vietnam) yang berbahasa Mon-Khmer atau Austroasiatic. Dari segi  perbandingan bahasa pula bahasa Cham lebih mirip kepada bahasa-bahasa di kepulauanNusantara dan Pasifik terutamanya bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Malaysia, Kalimantan,Sumatera, Java, Bali dan di kepulauan Indonesia lain di Lautan Pasifik.
Bahasa, Perawakan kaum Cham
Bahasa Cham dipertuturkan juga di kawasan pergunungan di Banjaran Annam atau kawasan pergunugnan Troung Son. Suku orang-orang bukit seperti Chru, EdHroy, Jörai, Rhade (Koho),
 dan Raglai menggunakan bahasa yang banyak persamaan dengan bahasa Cham. Dengan sebabini mereka juga diiktiraf juga sebagai orang-orang Cham.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
nerailkobah liked this
nerailkobah liked this
nerailkobah liked this
Yudi Wahyudin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->