PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIASejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkantarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysiapendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya SekolahRendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanakbuta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan diPulau Pinang untuk kanak-kanak pekak
.
Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengirapada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untukkanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabilabuat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di SekolahKebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembanganpendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta,pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas
Dalam
Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat
(1948) menegaskan hak bagisetiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalamPersidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailandyang menekankan:
Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) telah mengisytiharkan
Hak Kanak-kanak Sedunia
dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu
3