Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
199Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Ratings: (0)|Views: 12,645|Likes:
PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH
PSIKOLOGI PENDIDIKAN : JENIS - JINIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

More info:

Published by: ABDUL RAZAK BIN ISMAIL on Nov 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/21/2013

pdf

text

original

 
JENIS – JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH
Tingkah laku bermasalah di definisikan sebagai aksi murid yang dianggapmengganggu kerana menghalang proses kelancaran proses pengajaran danpembelajaran. Tingkah laku bermasalah boleh berbentuk positif atau negatif.Tingkah laku bermasalah positif seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdasdan proaktif. Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada distruktif, disruptif,bergantung, hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.
TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF1. Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu
Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,kanak – kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atasmeja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untukmelihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkanmurid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkahlaku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalammakmal.
2. Tingkah Laku Murid Cepat Belajar 
Murid – murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatukonsep dengan depat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid –murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberipenumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenisgangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akanmenjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
 
3. Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktivitiintelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan danmempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalahtinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Mereka cepatmencapai pemahaman terhadap konsep konsep yang di sampaikan. Inimenyebabkan mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaranguru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkanmereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini bermaknaproses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi.
4. Tingkah Laku Murid Proaktif 
Murid murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak denagn penuhsemangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal,mereka ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku iniboleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan bolehberlaku.
TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF1. Tingkah Laku Destruktif 
Tingkah laku destruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkahlaku seperti vandalisme iaitu merosakkan sama ada melalui sindiran atau melaluiperbuatan fizikal seperti tumbuk menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakitiseseorang yang lain.
 
2. Tingkah Laku Disruptif 
Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskankelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran,. Jenis – jenis tingkahlaku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau,kebisingan, pergerakan pelajar tang tidak perlu, mengganggu rakan, gelakketawa yang kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak menolak atau tumbukmenumbuk di dalam kelas.
3. Tingkah Laku Bergantung
Merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepadaorang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasanatau membuat sesuatu keputusan. Individu individu yang tergolong dalamkumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantunganberlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri.
4. Hiperaktif 
Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampauaktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak bolehduduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudahmelenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak,pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapatbelajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalukeseorangan.
5. Tingkah Laku Bimbang
Kebimbangan boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan kurang senangdisebabkan oleh kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan.

Activity (199)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Dg Rafidah liked this
jp sia liked this
Nordiha Radzuwan liked this
Tina Tokwe liked this
Azman Ismail liked this
1986miera liked this
Cik Pera liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->