You are on page 1of 13

1

1.0 SOALAN TUGASAN



Sejauh mana hak asasi kanak-kanak di Malaysia diperjuangkan dan usaha-usaha dalam
melindungi mereka dijalankan. Sebagai guru, apakah usaha yang anda ingin cadangkan
supaya dapat mengurangkan kes pelanggaran hak asasi kanak-kanak.
















2

2.0 PENULISAN ESEI

Anak-anak muda yang meraikan harijadi mereka yang ke - 18 pada tahun 2007
merupakan generasi yang pertama dilahirkan dengan hak universal mereka sendiri. 20
November merupakan tarikh yang istimewa bagi kita semua. Lapan belas tahun yang
lalu, pada tarikh ini, seluruh dunia telah bersatu untuk mengatakan ya bagi kanak-kanak;
iaitu kanak-kanak kini mempunyai hak asasi yang sama seperti orang-orang dewasa.
Dalam keputusan yang telah diambil sebulat suara, Konvensyen hak kanak-kanak (CRC)
telah diterima sebagai satu tahap piawai di mana semua pihak kerajaan patut berusaha
untuk mencapai matlamat di dalam melindungi hak kanak-kanak yang paling asas, iaitu
mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan,
CRC telah menyatakan dengan terang apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di
bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak dapat
membesar di dalam persekitaran yang bahagia, penuh dengan kasih sayang dan difahami
serta bermanfaat dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan.
CRC ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak tidak kira di mana
mereka dilahirkan, samada mereka lelaki atau perempuan, kaya atau miskin mesti
diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan mempunyai hak
untuk bersuara dan pendapat mereka diperdengarkan. Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai populasi penduduk yang sederhana tinggi. Menurut laporan yang
dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, Malaysia mempunyai
seramai 28,908,795 penduduk terdiri daripada berbilang bangsa. Daripada jumlah
keseluruhan penduduk Malaysia, hampir 40 peratus daripadanya merupakan penduduk
yang berumur 18 tahun kebawah. Akta Kanak-kanak 2001 mengkategorikan kanak-
kanak sebagai individu yang berumur 18 tahun kebawah. Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM) pula mendefinasikan kanak-kanak sebagai seseorang
yang di bwah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan
umur dewasanya sebelum itu. Hal ini bermakna Malaysia mempunyai golongan kanak-
kanak yang tinggi jika dibandingkan dengan kelompok umur yang lain. Kanak-kanak
juga merupakan aset penting bagi sesebuah Negara kerana mereka akan menjadi
3

individu-individu terpenting dalam meneraju Negara pada masa akan datang. Negara
yang mempunyai kanak-kanak yang berkualiti mempunyai harapan cerah untuk terus
membangun dengan pesat.
Walaubagaimanpun, kanak-kanak juga selalu diancam dengan pelbagai ancaman.
Kanak-kanak merupakan golongan yang lemah dan senang untuk dipengaruhi. Terdapat
golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak bagi mendapat
kepentingan diri. Pihak tidak bertanggungjawab ini beranggapan kanak-kanak perlu
bergantung kepada orang dewasa untuk menjalankan urusan seharian. Jadi pihak ini
sewenangnya menggunakan kesempatan yang ada untuk mengekploitasikan kelemahan
kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak seharusnya dilindungi dengan undang-undang yang
sah supaya mereka tidak dipergunakan sewenangnya. Berbicara mengenai hak asasi
kanak-kanak ini, seluruh dunia telah mengambil inisiatif untuk melindungi kanak-kanak.
Pada 20 November 1989, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) telah
dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kali ke-44.
Dokumen Hak Asasi Kanak-kanak yang dibentangkan dalam konvensyen ini telah
menekankan hak pelindungan kanak-kanak daripada 4 aspek iaitu pengabaian, penderaan,
ekploitasi dan jaminan kanak-kanak mendapat haknya. Apakah yang terkandung dalam
aspek-aspek ini? Kita perlu memahami dengan mendalam aspek-aspek yang terkandung
dalam hak pelindungan kanak-kanak ini. Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara
berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan
dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan
kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-
kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.
Aspek penderaan pula merangkumi penderaan fizikal, emosi dan seksual.
Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-
kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada
mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang
disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Penderaan emosi menurut Akta Kanak-
Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang
menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak
4

itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian
dan perkembangan lambat. Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah
apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian,
sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi
apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks
orang itu atau orang lain. Aspek eksploitasi pula merupakan penggunaan kanak-kanak
dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan,
seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan
psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. Akhir sekali aspek jaminan
kanak-kanak mendapat haknya. Hal in bermaksud setiap kanak-kanak tidak mengira
bangsa dan agama berhak mendapat hak-hak mereka dan jaminan ini akan membuatkan
pihak yang menafikan hak kanak-kanak boleh didakwa.
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) telah menyenaraikan hak-hak
bagi seorang kanak-kanak iaitu hak kehidupan, hak perlindungan, hak perkembangan dan
hak penyertaan. Hak kehidupan didefinasikan sebagai jaminan keperluan asas
merangkumi makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. Hak
perlindungan pula merangkumi perlindungan daripada diskriminasi, penderaan dan
pengabaian, perlindungan untuk kanak-kanak tanpa keluarga dan kanak-kanak pelarian.
Hak perkembangan adalah berkaitan persekitaran yang selamat, pendidikan, kemudahan
dan kebebasan daripada diskriminasi.hal in bermaksud kanak-kanak berhak hidup dalam
persekitaran yang harmoni dan aman dan berpeluang mendapat pendidikan secara formal
atau tidak formal selain berhak mempunyai kemudahan asas kehidupan. Kanak-kanak
juga tidak boleh didiskriminasikan berdasarkan bangsa, agama atau warna kulit. Mereka
perlu dilayan secara sama rata. Akhir sekali adalah hak penyertaan dimana kanak-kanak
berhak untuk berkembang secara mental, fizikal dan sosial. Kanak-kanak berhak
berkawan dan bermain, menyertai kelab dan persatuan serta berhak mengutarakan
pandangan mereka. Hak kanak-kanak perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana
kanak-kanak tidak mampu membela diri mereka sendiri.
Malaysia juga tidak memandang mudah mengenai Hak Asasi Kanak-kanak dan
menyedari kepentingan kanak-kanak terhadap kemajuan sesebuah Negara. Komitmen
5

Malaysia dapat dilihat dengan usaha Malaysia mengesahkan dan menandatangani
beberapa konvensyen. Antara konvensyen tersebut adalah:
i. Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak pada 19 Mac 1995.
ii. Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4
Ogos 1995
iii. Kenvensyen Pertubuhan Buruh Antaranbangsa 138 (minimum umur untuk
bekerja) 1997.
iv. Kenvensyen Pertubuhan Buruh Antaranbangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak
yang paling teruk) pada 10 November 2000.
Walaubagaimanapun, Malaysia tidak lari daripada mengalami masalah berkaitan
hak asasi kanak-kanak ini. Menurut artikel yang ditulis pada 3 September 2012 dalam
laman sesawang Malaysiakini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
menemui sekurang-kurang 18 isu yang didakwa "tidak selari" dengan Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak yang ditandatangani kerajaan Malaysia pada 1995 sejak
lima tahun kebelakangan ini. Isu-isu tersebut dirumuskan selepas suruhanjaya itu
membuat tinjauan terhadap kanak-kanak Orang Asli di pedalaman termasuk Sabah dan
Sarawak, sekolah agama rakyat (SAR) di Pahang dan Selangor serta sekolah kebangsaan
Tamil di kawasan ladang dan estet di Perlis dan Kedah bermula tahun 2007. Antara isu
yang diterokai berkaitan pengangkutan dan jalan perhubungan murid di kawasan ladang
dan pedalaman ke sekolah, kemasukan sekolah tanpa sijil kelahiran atau kad pengenaan
dan kekurangan kemudahan fizikal dan kelengkapan persekolahan serta kegagalan
mendapat air bersih. "Kanak-kanak perlu diberi perlindungan, perkembangan,
penghidupan dan penyertaan. Dalam membuat peraturan, polisi atau pelaksanaan perlu
mengambil kira perkara ini. "Tidak boleh ada diskriminasi, apa sahaja yang dibuat
mestilah mengambil kira kepentingan kanak-kanak," kata Pegawai Bahagian Pendidikan
dan Perhuhungan Awan Suhakam Hasmah Abd Manaf.
Banyak usaha yang telah dilakukan bagi menjamin hak asasi kanak-kanak di
Negara ini. Tanngungjawab menjamin hak kanak-kanak bukan tergalas pada pihak
tertentu sahaja malah semua warga negara perlu menggalas tanggungjawab ini daripada
6

pihak tertinggi hingga ke akar umbi. Usaha-usaha dalam menjaga hak asasi kanak-kanak
ini merangkumi usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat.
Ketiga-tiga pihak ini merupakan tunjang dalam mengawal isu-isu yang berlaku supaya
tidak menjadi serius. Terlebih dahulu mari kita tinjau apakah usaha yang telah dilakukan
oleh pihak kerajaan dalam menjaga hak asasi kanak-kanak di negara ini. Kerajaan
Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang bagi melindungi hak kanak-kanak di
Negara ini. Antara undang-undang yang telah digubal adalah:
a) Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468).
b) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
c) Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952
d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002)

Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini
dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di
Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak,
statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes)
manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik
menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan
sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes
membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.Apakah fungsi dan ruang litup bagi
undang-undang yang digubal ini? Mari kita kupas serba sedikit bagi memberi sedikit
kesedaran terhadap kita semua. Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468)
memperuntukkan pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan
perlindungan serta mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Contohnya
penderaan fizikal, emosi atau seks, pengabaian sehingga kanak-kanak terjerumus dalam
gejala sosial serta pengabaian daripada hak keperluan asas seperti makan, pakaian dan
tempat tinggal. Akta ini sangat penting untuk mengawal kes-kes pencabulan hak kanak-
kanak. Menurut sumber daripada jabatan peguam Negara, statistik Jabatan Kebajikan
Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin
7

meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan
antara 2006 hingga 2008.
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) pula menegaskan tentang
pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak. Akta ini
dikhususkan untuk melindungi kanak-kanak yang berumur 4 tahun kebawah dalam
beberapa aspek penting iaitu kesihatan, keselamatan dan pendidikan semasa berada di
taman asuhan kanak-kanak. Terdapat banyak kes berkaitan salah laku dan kecuaian
taman asuhan kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan, kecacatan malah
kematian terhadap kanak-kanak yang diasuh. Contohnya, menurut sumber daripada
Berita Harian bertarikh 17 September 2012, dua bayi telah meninggal dunia akibat
tersedak susu di Kuala Lumpur.
Seterusnya Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952 bertujuan mengawal proses
permohonan pengambilan anak angkat sejajar dengan Ordinan Mengangkat Anak 1960
(Adoption Ordinance) dan Peraturan-Peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules
1961). Perundangan ini bertujuan menjamin kebajikan anak angkat pada masa hadapan.
Selain itu, perundangan ini juga mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan anak angkat untuk kepentingan diri seperti pemerdagangan bayi.
Sebenarnya, usaha untuk mengambil anak angkat adalah digalakkan dalam membela
nasib kanak-kanak kurang bernasib baik. Menurut akhbar Harian Metro bertarikh 2 April
2012, Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf berkata, tiada
masalah besar sekiranya rakyat tempatan mahu mengambil anak angkat, malah pihaknya
sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang mahu membela kanak-kanak malang. Oleh itu,
gunalah saluran yang betul bagi mendapatkan anak angkat.
Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) telah menyatukan tiga undang-undang
yang terdahulu iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Akta Perlindungan Wanita
dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil. Penggubalan akta ini adalah usaha untuk
memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh
kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak. Terdapat pelbagai
kepentingan akta ini dan salah satu contoh adalah berkaitan media massa. Media massa
8

samada media cetak atau elektronik dilarang menyiarkan gambar kanak-kanak yang
mengalami pencabulan hak asasi kanak-kanak bagi melindungi kepentingan dan
kebajikan kanak-kanak selaras dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Hak Kanak-
Kanak (Convention on the Rights of Children). Artikel daripada laman sesawang kl-
today.com bertarikh 7 Ogos 2011 menyatakan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001
[Akta 601] memperuntukkan sekatan ke atas laporan dan penyiaran media gambar
kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah disiarkan dalam apa-apa akhbar atau
majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.
Selain usaha yang dilakukan kerajaan, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (UNICEF) di Negara ini juga telah menjalankan pelbagai program dan
kempen seperti Get On Board-Raise Your Hand. Stop Child Abuse Now kempen ini
bertujuan memastikan golongan masyarakat terbabit secara langsung menghalang dan
menyelamatkan mana-mana kanak-kanak daripada didera (Berita Harian, 17 September
2012). Kempen ini memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan tanggungjawab dan
kuasa masyarakat dalam menghentikan pencabulan hak kanak-kanak. Kita seharusnya
menyokong dan mengambil bahagian dalam kempen seperti ini. Kanak-kanak
menghabiskan banyak masa mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah merupakan institusi
yang sangat penting dalam usaha melindungi hak asasi kanak-kanak. Pendidikan wajib
telah dilaksanakan iaitu setiap kanak-kanak berumur 6 tahun dan perlu menjalani
pendidikan rendah selama enam tahun. Hal ini termaktub dalam Akta Pendidikan 1996
bermula pada tahun 2004. Kurikulum dan kokurikulum yang dirancang dan digunapakai
membolehkan hak perkembangan kanak-kanak ditunaikan. Selain itu, Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) telah diberi kepada murid yang layak. RMT dapat membantu
membekalkan makanan berkhasiat kepada murid yang kurang berkemampuan dan
menunjukkan bahawa hak kehidupan kanak-kanak ditunaikan. Guru juga diberi
pendedahan mengenai hak asasi kanak-kanak ini. Oleh itu, secara tidak langsung guru
dapat membantu menjaga hak kanak-kanak. Contohnya, sekiranya murid datang ke
sekolah dan berkelakuan tidak normal, guru patut mengenalpasti punca masalah tersebut.
Guru patut merujuk kepada pihak sekolah dan seterusnya berhubung dengan pihak
ibubapa sekiranya melibatkan murid.
9

Masyarakat juga bertanggungjawab magi memastikan hak asasi kanak-kanak ini
terbela. Oleh itu, penyertaan masyarakat amat dialukan. Oleh itu, Pasukan Pelindung
Kanak-kanak dab Pusat Aktiviti Kanak-kanak telah ditubuhkan bertujuan untuk
memberikan perkhidmatan kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada
keganasan seksual, penderaan dan sebagainya. Perkhidmatan yang diberikan termasuklah
kaunseling, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak. Selain itu, Pelan Tindakan
Perlindungan Kanak-kanak Negara telah ditubuhkan. Antara objektif pelan tindakan ini
adalah:
1) Meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha
melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama
2) Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak
3) Menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung
dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi
masing-masing
4) Melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian,
penderaan,keganasan dan eksploitasi
5) Menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara
langsung dengan kanak-kanak
6) Meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak
7) Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan
terhadap kanak-kanak

Sebagai seorang guru, kita boleh bersama-sama dengan Pasukan Pengesan
Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanak Terabai membantu dalam menyelia dan
memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk di hospital. Kebanyakan masyarakat
tidak mengambil tindakan yang betul apabila mereka hanya mendiamkan diri apabila
berlaku kes pencabulan hak kanak-kanak atas alasan mereka tidak mahu mencampuri
urusan keluarga orang lain. Sebetulnya, sebagai guru yang berwibawa, kita patut
membantu dalam melaporkan kesalahan ini bagi menjaga hak kanak-kanak yang menjadi
mangsa. Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi
10

tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-
kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan
penyayang. Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa. Tambahan
lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan
dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas,
termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas
perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang
termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.
Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas
bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat kanak-kanak sering tidak
diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya. Berapa banyak
kes yang dilaporkan oleh media massa tentang kes penderaan dan pembuangan bayi?
Bagaimana pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang
tidak dilaporkan? Kesimpulannya, sebagai seorang guru, kite boleh sama-sama
bekerjasama antara individu yang lain dan perlu mengambil inisiatif bagi menaiktaraf
pengetahuan tentang hak asasi kanak-kanak serta peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Hal ini akan menyedarkan setiap individu tentang tanggungjawab mereka
dalam menjaga hak kanak-kanak bukan hanya waris yang berhak diatas seorang kanak-
kanak. Selain itu, usaha yang telah dijalankan perlulah konsisten dan bersih bagi
membolehkan hak kanak-kanak ditegakkan. Pelan yang telah dirancang rapi memerlukan
perlaksanaan yang cekap dan telus daripada pihak atasan hingga ke akar umbi. Kita perlu
sedar bahawa pada hari ini kanak-kanak semakin ditindas berdasarkan kes-kes yang
direkodkan dan sekiranya semua ini tidak boleh dikawal, siapakah yang bakal mengambil
alih kepimpinan negara kita pada masa akan datang.







11




3.0 RUJUKAN

Akmalhana Bt Mohammed (2011), Penderaan Kanak-Kanak. Diambil daripada
http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135

Azizi Ahmad (2010), Hak Asasi Kanak-kanak, diambil pada 18 Jun 2013 daripada
http://kheru2006.webs.com/prasekolah/hak_asasi_kanak_kanak.htm

Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Jabatan Kebajukan Masyarakat Malaysia,
diambil daripada
http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=35
%3Adasarpelan-tindakan&id=673%3Adasar-perlindungan-kanak-kanak-
negara&Itemid=280&lang=ms

Dato Shahrizat Abdul Jalil (2009), Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Perlindungan
Kanak-kanak Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat diambil pada 19 Jun 20123
daripada
http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=
501%3A1592009-dasar-kanak-kanak-negara-dan-dasar-perlindungan-kanak-
kanak-negara&Itemid=98&lang=ms

12

Hak Asasi Manusia, Universiti Malaya diambil pada 20 Jun 2013 daripada
http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=26

Mustapha Ahmad (2012), Beli anak ikut saluran betul, diambil daripada
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012042006513620120420065136/
Article/index_html

Noor Mohamad Shakil Hameed (2012), Kes Dera Kanak-Kanak Kena Ditangani Segera,
diambil daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesderakanak-
kanakkenaditanganisegera/Article

Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Jabatan
Kebajikan Masyarakat diambil pada 18 Jun 2013 daripada
http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=328%
3Apusat-perlindungan-kanak-kanak&catid=37%3Akanak-
kanak&Itemid=305&lang=ms

Siar foto kanak-kanak dera salah?, KL-today diambil daripada
http://www.kl-today.com/2011/08/siar-foto-kanak-kanak-dera-salah/

13

Yusairi Ahmad(2012), Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan, diambil daripada
http://www.bharian.com.my/articles/Duabayimatitersedaksusudipusatasuhan/Arti
cle

You might also like