• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
MUKA KASAR & BERBINTIK2 HITAM…Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampasmentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cucimuka anda berkali-kali dengan air suam.MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP…Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengankapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketautkulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT…Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.JIKA TERLEKAT TULANG…Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jarike dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah, tul ang yang melekatitu akan keluar dengan mudah.UNTUK MENDAPAT ANAK…insyaAllah. ..Ramuannya; 3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebahsecukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu,hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telahdilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.Amalkan setiap hari. mudah-mudahan insyaAllah.KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGAPetua Memudahkan Bersalin.a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempohkehamilan. b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.c) Amalkan minum air lebihan suami.d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberitenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkanlaluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan.Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari. j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selainmeminum air soya.
 
Merawat Bentan Ketika Dalam PantangBerehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikitgula. Dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluhPetua Mengempiskan Perut Selepas Bersalina) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekatkemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapatitisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakuigatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkania kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sirehsebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks. b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketikadalam pantang.c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dansedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3kali.d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam danlada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minumairnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.e) Lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik  juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan iasepanjang tempoh berpantang.g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perutmenjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajahakan tampak lebih sihat dan berseri.h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehinggamencapai hasil yang memuaskan.i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuandigaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.Petua Untuk Menghindarkan Strechmarksa) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu suduair kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah di perut. Buat 2 minggu berturut-turut. b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.Petua Membersihkan RahimKunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya.Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.
 
Petua Awet MudaSemasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkanke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..RAMBUT BERUBAN…Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus(jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktuhendak tidur.BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM, DURI & TULANG IKAN…Ambil 3 bijik bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskanke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakitdan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.BAU MULUT…Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.RESDUNG…Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayukemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkanmencium bunga daun bawang merah sentiasa.KUNYIT MENGURANGKAN RABUN MATA…Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.PERUT MASUK ANGIN…Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.RAMBUT UBAT KAKI PECAH…Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terusdibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukanminyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang pecahitu.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...