You are on page 1of 10

KURSUS PENDEDAHAN

MODUL ASAS 3 DAN


KELESTARIAN PROGRAM
LINUS
DAERAH NABAWAN
KUMPULAN SENI BAHASA
1.ALISON ALIF- SK SALILIRAN
2.MOHD RAFFIZAN ZULKEPLI SK
SIMATUOH
3.KARTINI LULOK SK SALIKU
4.LORINA RISIT SK KUALA SALONG
5.HEDZAL PITRUS - SK SALAROM

RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
Mata Pelajaran & Kelas :
Bahasa Melayu / Tahun 3 Cemerlang

Tema /Tajuk :
Alam Sekitar & Teknologi Hijau / Cintai Alam
Sekitar

Bil.Murid : Menguasai 15/20
Tidak Menguasai 5/5

Masa : 7.30am hingga 8.30am

Standard Pembelajaran :
4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi
mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik
hibur.

Kemahiran Literasi :
5.1 Menyebut,membaca dan memahami perkataan berimbuhan
awalan dan berimbuhan akhiran.

Objektif Pembelajaran : Murid berkeupayaan untuk;

Menguasai:
1. Menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul.

Tidak menguasai;
2. Menyebut perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan
akhiran dengan sebutan yang betul.

EMK :
Nilai murni Kebersihan
kreativiti & inovasi
Bahan Bantu Belajar : Komputer
riba, mini speaker, lembaran kerja,lirik
lagu
Penilaian P & P :
1.Murid dapat menjawab 3 soalan
kefahaman.
2.Murid dapat menyebut dan menyalin
perkataan berimbuhan dengan betul.

Aktiviti :
1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid.
2. Guru memperdengarkan lagu yang bertajuk Hijau
3. Murid (menguasai dan tidak menguasai) membaca senikata
lagu dengan bimbingan guru.
4. Murid Menguasai membaca lirik lagu diikuti dengan murid
Tidak menguasai.
5. Murid Menguasai menjawab soalan kefahaman yang
disediakan dan murid Tidak Menguasai pula menyebut dan
menyalin perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan
akhiran yang diwarnakan di dalam petikan.
6. Murid dan guru bersama sama menyanyikan lagu tersebut
dengan iringan muzik.


LIRIK LAGU
HIJAU ZAINAL ABIDIN
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya
membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau
SOALAN KEFAHAMAN
1. Apakah nilai moral yang terdapat
didalam lagu tersebut?
2. Bagaimanakah kita menyayangi
alam sekitar?
3. Mengapakah kita mesti menjaga
alam sekitar?




SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like