BAB 1 : Ilham Dari HospitalAPABILA
seseorang sedang terbaring di hospital kerana menunggu sembuhdaripada pembedahan, banyaklah waktu yang terluang baginya untuk berfikir. Didalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam terbaring keseorangan, makaakan terbayang-bayanglah di dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yangberlaku dan kesan-kesan yang telah timbul, sehingga jelaslah kepadanya masalahdan keadaan yang dihadapi dan juga cara bagaimana persoalan-persoalan itudapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian begini datanglahpelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikianlah yang telah terjadi kepadasaya semasa sedang keseorangan di hospital baru-baru ini.Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisi yang besar, maka dengantakdir Allah Subhanahu Wata’ala saya dikehendaki masuk hospital sekalipun padaketika itu hati saya sedang runsing dan fikiran saya penuh dengan peristiwa sedihyang telah berlaku di Malaysia cuma tiga minggu yang lepas.Saya masuk hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dangantakdir Ilahi. Mata saya telah menjadi lemah oleh kerana terlampau beratmemikirkan siang dan malam ketegangan dan krisis yang sedang berlaku, dansaya sendiri telah sedar bahawa mata kanan saya telah bertambah rosak. Jika tidakdiubati dengan serta-merta, mungkin penglihatan saya akan hilang.Maka atas nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadisaya Dato’ Pillai, saya telah bersetuju menjalani pembedahan mata yang telahlama saya tangguhkan. Seorang pakar pembedahan mata yang masyhur bernamaDr. Redmond Smith dari Moorefield Hospital, England, telah dipanggil untukmenjalankan pembedahan itu. Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6 Jun dansaya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kuala Lumpur pada petang itu jugadan menjalani pembedahan pada pagi esoknya.Semenjak menceburkan diri dalam politik, adalah menjadi kelaziman saya untukberfikir dengan semasak-masaknya apa jua masalah yang sedang dihadapi selepasdaripada sembahyang Subuh. Sebenarnya inilah tabiat saya sepanjang hidup.Peristiwa sedih yang timbul dalam beberapa minggu yang lepas telah menjadi soalyang amat berat yang terpaksa saya pikul. Dengan kerana itu sekalipun sayamasuk hospital dengan cara terpaksa, tetapi saya menyambut baik kesempatan itukerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya apa yang telahberlaku di negara yang saya kasihi.Buku kecil ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam.Sebelum masuk hospital, saya telah pun membuat keputusan dan telahmengisytiharkan bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan denganpilihan raya baru-baru ini, rusuhan dan kesan daripadanya. Maka bolehlah di-katakan bahawa pembedahan itu ialah satu hikmat daripada Allah sekali pun sayaterpaksa menanggung kesakitan.
Leave a Comment