You are on page 1of 18

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

1

SIFAT DAN GAYA KEPIMPINAN YANG BERJAYA
DALAM MENGURUS ORGANISASI AWAM
1.0 PENGENALAN
Seringkali berlaku di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta daya pengeluaran boleh
terjejas dengan adanya tanda masalah psikologi seperti ponteng kerja, datang lambat, melambat-
lambatkan kerja, lembap memberi layanan kaunter, menggunakan masa pejabat untuk kerja-kerja
peribadi, berlengah-lengah di kantin pejabat dan juga bersikap kasar dan sombong terhadap
orang ramai yang memerlukan khidmat ( Aminuddin Mohd Yusuf, 1994). Masalah-masalah ini
menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan seseorang dapat mempengaruhi kejayaan
ataupun kegagalan di dalam sesebuah organisasi.
Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua individu pada hari
ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap orang adalah pemimpin dan setiap
pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Kepimpinan merupakan
satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang berbeza-beza. Kepimpinan adalah kualiti
tingkah laku individu ketika dia mengetuai aktiviti kumpulan untuk mencapai objektif
organisasi. Kepimpinan juga boleh berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua orang atau
lebih dan selalunya melibatkan pengaruh kepada ahli kumpulan dalam mencapai sesuatu
matlamat kumpulan.
Kepimpinan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara, bangsa dan juga
masyarakat. Pemimpin bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencorakkan hala tuju dan laluan
organisasinya. Seperti negara kita, pemimpin terdahulu telah menetapkan sasaran negara maju
menjelang tahun 2020. Begitu juga halnya dengan pendekatan pemimpin sesebuah universiti
yang meletakkan sasaran untuk menjadi universiti bertaraf dunia. Dalam konteks yang lebih
kecil lagi, pemimpin negara kita cuba menerapkan unsur-unsur pembudayaan ilmu sepanjang
hayat kepada setiap masyarakat. Semua harapan dan impian ini nampak cantik, namun beban dan
tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin yang akan merealisasikannya amatlah berat.

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

2


Gaya kepimpinan merujuk kepada matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang berbeza.
Pemimpin pula boleh didefinisikan sebagai suatu kuasa yang dapat mempengaruhi orang lain
iaitu kuasa yang dapat menghubungkan pemimpin dan juga pengikut untuk mendorong pekerja
supaya menggunakan tenaga secara tersusun untuk mencapai satu matlamat. Pemimpin muncul
apabila ada kelompok manusia. Dalam kelompok manusia, ketua atau pemimpin diperlukan agar
segala rancangan dan tindakan setiap anggota kelompok dapat berjalan dengan baik. Pemimpin
boleh dikatakan sebagai penyatu hasrat kelompok. Oleh itu, tidak ada kelompok yang boleh
hidup sebagai sebuah masyarakat tanpa pemimpin. Malah dalam perkembangan kehidupan
masyarakat hari ini kita tidak boleh memilih untuk hidup tanpa pemimpin, kita memerlukan
pemimpin pada semua peringkat kehidupan. Ini kerana pemimpin adalah penanda atau pelengkap
pada reka bentuk organisasi.
Pemimpin berfungsi sebagai penentu sempadan bidang kuasa dan tindakan antara peringkat
bawahan dengan peringkat atasan. Tanpa pemimpin hukum beradat dalam masyarakat tidak akan
wujud. Dengan cara ini sahaja sesebuah organisasi akan berjaya mengalami perubahan.
Pemimpin juga merupakan penggerak utama dalam sesebuah organisasi. Tanpa pemimpin
sesebuah organisasi tidak akan dapat bergerak lancar kerana tiada pengawasan dan
pengarahan. Kebiasaanya orang yang sanggup menjadi pemimpin ingin mendapatkan
kedudukan, kekayaan, kekuasaan dan juga ingin benar-benar mendapatkan kepuasan untuk
berkhidmat pada kelompoknya.
2.0 SIFAT DAN CIRI-CIRI PEMIMPIN
Bagi menjadi seorang ketua tak kira apa jua jenis kepimpinan, maka seseorang itu memerlukan
ciri-ciri kepimpinan tertentu. Sebenarnya banyak ciri-ciri kepimpinan yang boleh dibincangkan.
Oleh itu seorang ketua haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti:-
(a) Sihat
Seorang ketua hendaklah sihat tubuh badannya dan sihat mentalnya. Seseorang itu tidak boleh
memimpin apa jua jenis kegiatan jika ia tidak sihat dan tidak mempunyai kecergasan fizikal yang
secukupnya. Mental yang sihat pula akan membolehkan seseorang ketua itu sentiasa bertindak
waras dan rasional.
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

3


(b) Minat Dan Dedikasi
Minat yang mendalam di dalam bidang yang dipimpin hendaklah wujud di dalam jiwa seorang
ketua. Tanpa minat seseorang ketua tidak akan berjaya memimpin kumpulan-kumpulannya di
dalam bidang yang dipimpin. Minat yang mendalam biasanya akan melahirkan semangat gigih,
rajin bekerja atau dedikasi. Tanpa sifat gigih dan dedikasi seseorang ketua itu tidak akan berjaya
membangunkan kumpulan tersebut.
(c) Sikap Sosial
Seorang pemimpin kegiatan luar hendaklah mempunyai sikap sosial yang baik. Ia hendaklah
mengasihi orang dipimpinnya, menerima mereka sebagai ahli kumpulan, bertolak ansur,
bertimbang rasa, adil, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu meluangkan masa bagi
mendengar masalah ahli kumpulan.
(d) Taat Setia
Ketua hendaklah juga taat setia kepada kumpulan sebagai mana ia mengharapkan kumpulannya
berbuat perkara yang sama terhadapnya. Ia mesti mementingkan kumpulannya dari kumpulan
lain. Ia mesti sentiasa berdiri teguh di belakang kumpulan. Segala susah payah dan tumbang
bangun kumpulan adalah juga adalah susah payah dan tumbang bangun ketua itu.
(e) Pintar
Seseorang pemimpin mestilah pintar. Orang yang pintar dapat menganalisa sesuatu keadaan atau
permasalahan yang baik serta dapat memisahkan antara perkara yang penting dengan yang tidak.
Dengan demikian beliau dapat menghasilkan pendapat-pendapat atau rumusan yang bernas lagi
berkesan. Orang yang bodoh sudah tentu tidak layak memimpin orang lain. Perlu ditekankan
bahawa orang yang pintar tidak semestinya orang yang mempunyai kelulusan akademik yang
tinggi. Orang yang pintar biasanya berpandangan jauh dan cepat peka terhadap apa yang berlaku
di sekitarnya. Dengan demikian ia dapat bertindak bagi kebaikan kumpulan.
(f) Daya Usaha
Daya usaha atau inisiatif adalah satu kualiti yang membuat seseorang itu dapat bergerak atau
bekerja tanpa menunggu arahan atau gesaan dari mana-mana pihak. Orang yang bekerja di atas
dasar seperti pahat dengan pemukul adalah tidak sama sekali layak dijadikan ketua. Ketua yang
mempunyai daya usaha akan sentiasa melahirkan program-program aktiviti-aktiviti atas sesuatu
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

4


untuk kumpulan. Tanpa aktiviti kumpulan akan menjadi statik. Orang yang mempunyai inisiatif
adalah biasanya orang yang kreatif dan produktif.
(g) Berani
Ciri ini membolehkan ketua supaya terus dapat memimpin kumpulan walau di dalam apa
keadaan sekali pun. Ketua yang (samada dari segi fizikal atau moral) dapat melahirkan
keputusan yang sukar dan berat. Ia berani bertanya, berani berhadapan orang ramai, berani
menegur dan sentiasa bersifat cekal di dalam kecemasan. Tetapi perlu ditekankan bahawa berani
yang dimaksudkan di sini bukanlah berani yang tidak berasas dan membabi buta sehingga
terkeluar dari batas logik dan kewarasan. Seorang ketua yang berani membabi buta adalah lebih
merbahaya.
(h) Jujur
Dengan bersifat jujur seorang ketua akan sentiasa berterus-terang kepada kumpulannya. Jika ia
tidak tahu mengenai sesuatu perkara ia akan mengatakan tidak tahu. Jika ia belum melakukannya
sesuatu perkara maka ia akan berkata ia belum melakukannya. Sementara ketua yang tidak jujur
atau membohongi kumpulannya dengan beberapa alasan yang hebat. Seorang yang jujur ialah
juga orang yang amanah. Kumpulan akan sejahtera jika ketua tidak menyeleweng samada dari
segi tugas moral atau material.
(i) Disiplin
Ketua yang berdisiplin akan dicontohi dan dipatuhi oleh pengikutnya. Di dalam ciri-ciri disiplin
yang tinggi adalah diperlukan demi menjaga nama dan keselamatan kumpulan. Segala arahan
peraturan dan etika perlu dipatuhi sepenuhnya. Ketua yang berdisiplin akan sentiasa mematuhi
perkara-perkara tersebut dan selanjutnya ia akan menentukan pula supaya kumpulan juga berbuat
demikian. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja boleh mendisiplinkan orang lain. Disiplin yang
dimaksudkan disini bukan setakat mematuhi arahan dan peraturan sahaja tetapi juga termasuk
dari segi mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
(j) Tegas Dan Fleksibel
Dengan bersifat tegas seseorang ketua itu akan di yakini oleh kumpulan. Keputusan dan
arahannya akan dipatuhi tanpa keraguan dan kelewatan. Ketua yang tegas akan disegani oleh
pengikutnya. Ketegasan adalah perlu terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan.
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

5


Seseorang yang tegas diterima adalah orang yang berdisiplin dan berani. Seseorang ketua
hendaklah pula bersifat fleksibel pada ketika-ketika tertentu terutama sekali bagi tujuan
keselamatan kumpulan. Sebagai contoh ia haruslah boleh memilih cara lain apabila satu cara
yang dirancangkan itu membahayakan kumpulan.
(k) Yakin
Seseorang pemimpin hendaklah yakin kepada dirinya sendiri. Yakin kepada diri sendiri ialah
yakin kepada kebolehan yang ada, yakin kepada segala keputusan dan tindakan yang telah dibuat
untuk kumpulan dan apa yang lebih penting ialah yakin kepada kepimpinan sendiri. Dengan
demikian seseorang ketua dapat menjalankan tugasnya tanpa ragu-ragu. Ketua yang ragu-ragu
kepada dirinya sendiri tidak akan mempunyai kekuatan dalaman untuk memimpin orang lain.
Mengikut pandangan tokoh Islam menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat
seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin
juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya.
Seorang pemimpin juga menurut perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu
mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi
secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang
mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya
boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna.
Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah seorang yang
hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya.
Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan
pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak
melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali
perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang pemimpin
juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan para
ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-
undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan agama
Islam yang telah ditetapkan oleh syarak ( Alias Mohamed, 1984).

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

6


Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa
seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri.
Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah
organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi
atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa Hj.
Daud, 1996).
Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang pemimpin
perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta sebagai
modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik.
Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama,
kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud, 1996).
Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana
berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang
pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, 1996).
3.0 GAYA KEPIMPINAN
Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek
keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja. Seorang pemimpin tidak semestinya hanya
seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi
mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh
diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan
kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya .
Gaya kepimpinan dalam kajian Fiedler adalah hubungan peribadi apabila seseorang mengarah,
menyelaras dan menyelia orang lain dalam pelaksanaan tugas bersama. Pemimpin mengurus
kelompok dengan salah satu cara memberitahu orang apa yang hendak dibuat dan bagaimana
hendak membuatnya atau berkongsi tanggungjawab kepimpinan dengan anggota-anggota
kelompok dan melibatkan mereka dalam perancangan pelaksanaan tugas. Fiedler tidak
menafikan terdapat berbagai-bagai gaya antara kedua-dua gaya kepimpinan ini tetapi asasnya
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

7


ialah kerja-kerja memotivasi dan menyelaraskan ahli kelompok dilakukan dengan dua gaya
kepimpinan ini. Gaya ini boleh difahami daripada cara seseorang menilai rakan sekerjanya yang
paling tidak disukainya. (Aminuddin Mohd. Yusof, 1994).
Gagasan teori kepimpinan ini mempunyai akarnya dalam teori hubungan antara perseorangan.
Dalam kajian asalnya yang memeriksa hubungan antara ahli terapi dengan pelanggannya, Fiedler
mendapati ahli terapi yang baik reputasinya cenderung menghuraikan pesakitnya sebagai sama
dengan dirinya. Sementara yang tidak baik reputasinya menghuraikan pesakit tidak sama dengan
dirinya. Ukuran ini, yang dipanggil persamaan andaian (Aminuddin Mohd. Yusof, 1994).
Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepemimpinannya masing-masing. Perbezaan gaya
kepemimpinan mempunyai kesan yang penting kepada produktiviti individu-individu yang
mereka pimpin. Menurut Azizan Bahari (2009) terdapat tiga gaya kepemimpinan bagi seseorang
pemimpin.
3.1 Gaya Autokratik
Seorang pemimpin harus berupaya menggerakkan orang-orang bawahannya melakukan
tindakan-tindakan agar tujuan organisasi tercapai. Dalam usaha menggerakkan orang-orang
bawahan melakukan apa jua aktiviti atau pekerjaan untuk mencapai tujuan persatuan, pemimpin
yang autokratik meletakkan kekuasaannya di tangannya sendiri. Kata-katanya atau segala
kehendaknya tidak boleh dibantah. Orang lain harus tunduk dan menurut sahaja pada
kemahuannya. Pemimpin yang autokratik tidak bersikap membimbing, segala perintahnya harus
dilaksanakan dengan baik. Keputusannya adalah sesuatu yang terbaik dan harus dilaksanakan
tanpa boleh ditegur.
Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan dan semua keputusan hanya dia seorang
sahaja yang boleh membuatnya. Dia menganggap yang dia seorang sahaja boleh berfikir untuk
menentukan bentuk kegiatan yang boleh dilakukan oleh persatuan. Ahli-ahli tidak diberi
kesempatan atau peluang untuk mengeluarkan pendapat atau pandangan, apa lagi untuk bersama-
sama membuat keputusan. Mereka hanya menerima tanggungjawab melaksanakan keputusan
ketua. Dalam tindak tanduk mengendalikan persatuan, dia lebih suka menggunakan paksaan dan
ancaman supaya ahli-ahli berasa takut. Hubungan di antara pemimpin jenis ini dengan ahli-ahli
persatuan tidak selalu baik atau dengan lain perkataan ialah terlalu formal dan penuh ketegangan.
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

8


3.2 Gaya Laissez-Faire
Pemimpin yang bebas membiarkan sahaja kumpulannya menentukan sendiri semua aktiviti
mereka. Pemimpin ini tidak mengambil sikap tertentu terhadap kumpulannya. Dia tidak
membimbing atau mendorong ahli-ahlinya, dia tidak mengawal aktiviti persatuannya, malah dia
tidak suka mengambil keputusan. Dia cuma memerhatikan sahaja apa yang dibuat oleh
kumpulannya. Dengan kata lain, dia sebagai ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada
orang-orang yang dipimpin untuk membuat apa sahaja yang difikirkan patut.
Pemimpin jenis ini dinamakan pemimpin laissez-faire, iaitu pemimpin yang tidak menentukan
arah kepada orang-orang di bawahnya. Kebebasan diberikan menurut kemahuan orang-orang
yang dipimpin. Kedudukannya sebagai ketua hanya sebagai simbol atau penasihat yang hanya
mempersetujui apa juga cadangan yang dikemukakan oleh orang bawahan kerana dia sendiri
tidak suka membuat keputusan.
Oleh sebab kuasa yang ada pada ketua itu tidak jelas, pengurusan dan pentadbiran persatuan
biasanya menjadi kacau. Setiap anggota kelompok bergerak sendiri-sendiri bagi mencapai
matlamat peribadi dan bukannya matlamat persatuan atau organisasi.
3.3 Gaya Demokratik
Dalam gaya demokratik, hubungan antara pemimpin dengan orang-orang yang dipimpin
diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan. Hubungan antara ketua dengan orang-orang
bawahan didasari prinsip saling hormat-menghormati, saling bekerjasama dan
bertanggungjawab. Setiap orang dihargai dan dihormati sebagai manusia, bukan sebagai robot
yang diwujudkan hanya untuk melaksanakan perintah.
Pemimpin yang demokratik selalu memberikan kesempatan kepada para ahlinya untuk
memberikan pandangan, pendapat dan sasaran untuk kebaikan persatuan. Dengan demikian, ahli-
ahli akan berasa diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan kesetiaan yang mendalam
terhadap persatuan dan akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memajukan persatuan.
Kepemimpinan demokratik adalah kepemimpinan yang aktif serta pemimpinnya bersedia
menerima kritik atau teguran yang membina daripada para anggota pasukan. Oleh itu, segala

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

9


usaha dijalankan untuk kepentingan bersama, iaitu untuk kepentingan persatuan, bukan untuk
kepentingan individu atau segelintir individu.
Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil yang diperoleh daripada
perundingan dan persetujuan bersama, bukannya keputusan ketua secara individu, tetapi majoriti.
Setiap orang akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab tanpa berasa
adanya tekanan atau paksaan sebab pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah
jelas.
Pemimpin yang demokratik tidak memerintah, tetapi mengajak orang-orang bawahnya membuat
sesuatu demi kepentingan bersama. Dia selalu berusaha mengutamakan kerjasama dalam usaha
mencapai tujuan persatuan.
4.0 PERANAN PEMIMPIN
Bagi mewujudkan warga yang cemerlang, pemimpin di dalam organisasi juga memainkan
peranan kerana terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi. Pengurusan yang
baik bermula daripada pemimpin yang bijak merancang, melaksana, mengurus dan mengawal
atau memantau pengimplementasian sesuatu yang telah dirancang dan sumber-sumber di bawah
kawalannya. Terdapat beberapa peranan yang penting yang perlu dimainkan oleh seorang
pemimpin di dalam organisasi.
(a) Perancangan Dan Penganjuran
Menentukan objektif dan strategi jangka panjang, memperuntukkan sumber berdasarkan
keutamaan, menentukan cara menggunakan kakitangan dan sumber untuk menyempurnakan
tugas dengan cekap dan memastikan cara untuk mempertingkatkan koordinasi, produktiviti dan
kecekapan untuk organisasi tersebut.
(b) Penyelesaian Masalah
Menentukan masalah berkaitan tugasan, analisis masalah tepat pada masanya tetapi secara
sistematik untuk memastikan sebab dan cari penyelesaian dan bertindak secara tegas supaya
dapat menyelesaikan masalah penting atau krisis.

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

10


(c) Menjelaskan Peranan Dan Objektif
Memberikan tugasan, memberikan arahan cara melakukan kerja dan menerangkan dengan yang
jelas berkaitan tanggungjawab, objektif tugas, tarikh akhir dan jangkaan pencapaian.
(d) Menjalin Perhubungan
Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin dia semestinya menjalin
perhubungan yang baik dengan pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang
dipimpinnya. Pemimpin juga semestinya menjalin perhubungan baik dengan individu-individu
yang berada di bawah pimpinannya, dengan ketua-ketuanya sendiri, dengan pemimpin-
pemimpin lain yang menjadi rakan sejawatnya, dengan individu-individu lain di luar organisasi
yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan terjejas oleh keputusan-keputusan yang
diambilnya selaku pemimpin. Dia semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak
kerana kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan kerjasama pihak-pihak
lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya
supaya berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya dapat
dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai perhubungan yang baik dengan mereka yang berada
di bawah kepemimpinannya.
(e) Menerima Dan Memberi Maklumat
Sebagai pemimpin seseorang itu perlu menjalin perhubungan yang baik dengan semua pihak
kerana dia memerlukan maklumat, baik maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun
di luar organisasi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, dia perlu mengetahui siapa yang menjadi
punca masalah-masalah yang berlaku di dalam organisasinya, siapa yang paling kuat bekerja, apa
masalah yang ada, apa yang sedang dilakukan oleh para pesaingnya, apa peluang-peluang baru
yang ada, dan banyak lagi. Individu-individu yang dipimpinnya dan rakan-rakan sejawatnya pula
memerlukan banyak maklumat daripadanya untuk membantu mereka menjalankan tugas-tugas
mereka dengan lebih berkesan. Setiap maklumat yang diterima perlu dinilai dan ditafsir dengan
teliti kerana maklumat-maklumat itu berguna untuk membuat pelbagai keputusan.
(f) Membuat Keputusan
Sebagai pemimpin, seseorang itu membuat bermacam-macam keputusan seperti keputusan yang
melibatkan wang, individu-individu lain, masa dan banyak lagi. Untuk membuat keputusan yang
tepat seseorang memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul. Selain daripada membuat
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

11


keputusan berkenaan projek-projek baru, idea-idea baru, strategi-strategi baru dan lain-lain
seperti itu, seseorang pemimpin semestinya membawa perubahan dan pembaharuan kepada
organisasinya dan individu-individu yang dipimpinnya. Untuk itu, pemimpin terpaksa membuat
pelbagai keputusan yang penting dan berisiko. Satu lagi tugas pemimpin yang melibatkan fungsi
membuat keputusan ialah tugas perundingan. Seringkali sebagai pemimpin seseorang itu
semestinya berunding dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan persetujuan, sokongan, dan
kerjasama mereka. Dia perlu membuat keputusan-keputusan pada akhir proses perundingan itu.
Keputusan-keputusan yang dibuatnya itu pula tidak terhad pada keputusan-keputusan yang
penting pada hari itu sahaja, tetapi keputusan-keputusan yang penting pada masa depan.
(g) Pengawasan
Pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti kerja dan keadaan luaran yang mempengaruhi kerja,
memeriksa perkembangan dan kualiti kerja, menilai persembahan individu dan unit organisasi,
analisis arah aliran dan meramal peristiwa luaran.
(h) Motivasi Dan Mengilhamkan
Menggunakan teknik pengaruhan yang wujud pada emosi atau logik untuk menjana semangat
bekerja, iltizam kepada objektif tugas, dan pematuhan terhadap permintaan untuk kooperasi,
bantuan sokongan atau sumber, dan membentuk suatu contoh sikap yang sesuai.
(i) Sebagai Eksekutif
Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelompok supaya tidak terdapat percanggahan. Kalau semua
orang bercakap pada masa yang sama, merancang pada masa yang serentak tanpa penyelarasan,
kelompok akan jadi kacau.
(j) Sebagai Orang Tengah
Kelompok yang dinamik tidak dapat mengelak diri daripada menghadapi konflik dalaman antara
anggota-anggotanya. Dalam keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah; menjadi
hakim atau pendamai kepada pihak yang berkonflik itu.
(k) Sebagai Teladan
Pemimpin boleh menjadi teladan atau model kepada anggota-anggotanya. Dia menunjukkan
kepada mereka tingkah laku, sifat atau kemahiran yang perlu kepada anggota-anggotanya.
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

12


Dengan menjadi teladan, dia menyediakan petunjuk yang konkrit tentang apakah yang mereka
harus lakukan atau buat.
5.0 PEMIMPIN YANG BERKETRAMPILAN DAN BERWIBAWA DALAM
MENGURUSKAN ORGANISASI
Pemimpin yang dilantik mahupun dipilih untuk menjadi pemimpin seharusnya berupaya
mengerakkan anggota-anggota di dalam sesuatu kumpulan, membimbing dan mengarahkan
mereka menuju ke suatu matlamat. Dia harus sedar bahawa dia adalah bertanggungjawab
terhadap orang-orang yang dipimpinnya dan berkeyakinan serta bermotivasi untuk memberi
khidmat bakti, tenaga dan fikiran untuk kesejahteraan dan kepentingan ahli-ahlinya. Seseorang
pemimpin bukan sahaja harus mempunyai bakat memimpin, tetapi juga bersedia untuk dipimpin.
( Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1999).
Semangat pengabdian dan kesetiaan tinggi terhadap organisasi dan ahli turut harus ditanam
dalam hatinya. Berikutan itu, dia haruslah sanggup berkorban untuk memastikan persatuan yang
dipimpinnya terus maju. Dia harus mengakui bahawa adanya perbezaan individu dan
pengharapan mereka juga adalah tidak sama. Oleh itu, komitmen kepada pemimpin mahupun
bidang tugas mereka haruslah diwujudkan di kalangan ahli jawatankuasa dan juga ahli-ahli bagi
kebaikan organisasi.
Dalam usahanya untuk memajukan organisasi yang dipimpinnya, dia haruslah mempunyai daya
inisiatif dan kreatif yang tinggi. Sebelum itu, dia haruslah mempunyai kefahaman yang
mendalam tentang prinsip, keperluan dan bidang tugasnya. Berpandukan itu, dia bolehlah
merancang dan melaksanakan progam-progam yang memberi manfaat kepada ahli-ahli. Dengan
itu, organisasi akan menjadi lebih terkenal dan dapat menarik lebih ramai ahli.
Seorang pemimpin harus memiliki keinginan yang kuat untuk memajukan diri sendiri supaya
menjadi manusia yang berilmu, berpengalaman luas dan mampu berkomunikasi sama ada secara
lisan mahupun secara bertulis dengan cara yang paling efektif (Abdullah Hassan & Ainon
Mohd, 2001). Kemampuan berkomunikasi ini penting agar maklumat yang hendak disampaikan
kepada orang-orang yang dipimpinnya dapat difahami dengan jelas. Bagi meningkatkan daya
kepemimpinannya, seseorang pemimpin seharusnya memperbanyakkan bacaannya, menghadiri
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

13


kursus, bergaul dengan orang yang lebih berilmu mahupun berpengalaman dan meminta tunjuk
ajar atau nasihat daripada guru penasihat.
Selain itu, dia juga harus memastikan dirinya sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang tinggi,
emosi dan mental yang stabil. Mereka juga haruslah merupakan individu-individu yang dinamik,
sanggup menerima tugas dan tanggungjawab yang berat, berani mengambil risiko , semangat
juang yang tinggi, berakhlak mulia, tegas tetapi adil dalam membuat pertimbangan, ketajaman
fikiran, pandai menyesuaikan diri, tekun dan gigih. Dengan kelebihan-kelebihan ini, seorang
pemimpin yang berwibawa dilahirkan dan seterusnya dihormati dan dipatuhi oleh ahli-ahlinya.
Pemimpin yang berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana fungsi membina
wawasan yang jelas dapat menyakinkan pengikut untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai
matlamat organisasi. Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang pemimpin
merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan pemimpin membayangkan
masa depan organisasi.
Pemimpin itu berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan pengikut dengan
mengamalkan apa yang dikata dilaksanakan. Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik
dan berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan kepimpinan yang
berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin berwawasan sedar terhadap realiti semasa
dan melihat masa depan dengan positif serta dapat menjana halatuju organisasi dan tugas utama
dengan jelas dan berkesan.
Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan membina wawasan biasanya akan
menentukan sasaran kerja utama, mengenalpasti siapa pelanggan, membina pernyataan visi dan
misi organisasi. Visi dijadikan sebagai asas untuk organisasi bergerak di landasan yang betul.
Misi sebagai wahana penentu apakah bidang kerja utama, siapakah ahli organisasi dan apakah
yang hendak dicapai. Ini memudahkan matlamat organisasi dicapai. (Zainal Abidin Mohamad,
1998).
Kepimpinan yang berwawasan mesti bersikap positif dan bersedia ditegur serta dapat menerima
teguran membina secara terbuka. Berfikiran terbuka boleh menjadi faktor kekuatan seseorang
pemimpin organisasi. Pemimpin organisasi akan sentiasa peka kepada soal kemanusiaan dan
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

14


dapat mengenali diri ahli organisasi dari dekat. Mengambil tahu kebajikan dan masalah ahli
organisasi. Pemimpin organisasi di lihat oleh ahli organisasi memiliki sifat mulia, prihatin dan
ikhlas. Dapat mewujudkan sifat dan semangat kesepunyaan di kalangan ahli organisasi. Dengan
itu mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat bersama.
Pemimpin organisasi mendorong dan memberi bimbingan serta mempengaruhi orang bawahan
untuk mencapai visi dan melaksana misi. Contohnya langkah dibuat dengan memilih kakitangan
yang sesuai dengan memberi dorongan, bimbingan dan menggalakkan ahli organisasi melaksana
kerja dengan bertanggungjawab dan dedikasi. Pemimpin memiliki corak dan gaya komunikasi
berkesan. Contohnya melalui mesyuarat, interaksi dan mengamalkan prinsip perhubungan
manusia yang ada sifat penyayang, mesra, jujur dan ikhlas. Dapat dilihat dan dirasai oleh ahli
organisasi, pelanggan dan stakeholders. Pegalaman pemimpin dan ahli organisasi dikongsi
bersama. Ini dapat memanafaat kepakaran dan kecekapan serta membuat keputusan dengan
tangkas dan tepat untuk mencapai matlamat. Lantas dapat menyelesaikan masalah organisasi dan
dapat mencapai matlamat organisasi dengan penyertaan dan peglibatan semua pihak.
Pemimpin organisasi berkeupayaan memberi dorongan dan membimbing kepada ahli organisasi.
Dengan penuh keyakinan dapat menentukan dan menjamin segala aktiviti akan mencapai
matlamat. Melaksanakan sistem pemantauan melalui penyeliaan dan kawalan berterusan segala
aktiviti dan perlaksanaan aktiviti boleh mencapai matlamat organisasi. Sebab ahli organisasi
dapat merasai dan sedar bahawa pemimpin sentiasa memerhati, menyelia dan memantau serta
mengawal berterusan.
Untuk mecapai matlamat organisasi perlu pemimpin memainkan pelbagai fungsi kepimpinan.
Perilaku pemimpin mesti mengambarkan struktur tugas, kuasa formal dan bekerja sepasukan (Al.
Ramaiah, 1992). Dalam keadaan kecemasan diperlukan pemimpin autokratik bagi
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dalam keadaan tiada kecemasan diperlukan
pemimpin konsultatif. Dalam keadaan kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada
ahli organisasi yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu. Keupayaan pemimpin
mengenalpasti kemahiran yang dimiliki ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
Begitu juga suasana kondusif ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu diberi perhatian dan
tumpuan oleh pemimpin organisasi. Contohnya ahli yang tidak bermotivasi, tidak berkemahiran,
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

15


suasana kerja yang tidak kondusif dan persekitaran luaran yang tidak menentu, boleh
menyebabkan matlamat organisasi tidak dapat dicapai. Ini menyebabkan hilang keyakinan
pelanggan dan stakeholders terhadap organisasi.
Pemimpin yang berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana fungsi membina
wawasan yang jelas dapat menyakinkan pengikut untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai
matlamat organisasi. Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang pemimpin
merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan pemimpin membayangkan
masa depan organisasi. ( Azizan Bahari, 2009).
Pemimpin itu berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan pengikut dengan
mengamalkan apa yang dikata dilaksanakan. Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik
dan berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan kepimpinan yang
berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin berwawasan sedar terhadap realiti semasa
dan melihat masa depan dengan positif serta dapat menjana halatuju organisasi dan tugas utama
dengan jelas dan berkesan.
Pemimpin melaksana strategi berdasarkan visi dan misi organisasi. Pemimpin mengambilkira
indikator kejayaan yang sedia ada pada organisasi. Ini boleh menjadikan seseorang pemimpin
organisasi cemerlang sebagai pemimpin yang memimpin organisasi dengan melakukan perkara
yang betul dengan betul untuk orang yang betul pada masa yang betul dan tempat yang betul.
Oleh itu matlamat organisasi dapat direalisasi. Contohnya pemimpin yang melaksana fungsi
kepimpinan dengan cara membina wawasan dapat menyebabkan ahli organisasi berusaha
merealisasi matlamat organisasi.
Pemimpin yang melaksanakan fungsi kepimpinan dapat menjadikan organisasi berkesan.
Mempunyai matlamat bersama ada matlamat yang jelas, amalan-amalan yang tekal, kesejawatan
dan berkerjasama. Pemimpin dapat mengenalpasti keperluan latihan staf dan menjalankan latihan
dalaman jika dikenalpasti ahli organisasi kurang cekap. Untuk mecapai matlamat organisasi
perlu pemimpin memainkan pelbagai fungsi kepimpinan. Perilaku pemimpin mesti
mengambarkan struktur tugas, kuasa formal dan pengalaman serta dapat bekerja sepasukan.
Dalam keadaan kecemasan diperlukan pemimpin autokratik bagi menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Dalam keadaan tiada kecemasan diperlukan pemimpin konsultatif. Dalam
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

16


keadaan kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada ahli organisasi yang
berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu. Pemimpin mesti berkeupayaan mengenalpasti
kemahiran yang dimiliki ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Begitu juga
suasana kondusif ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu diberi perhatian dan tumpuan oleh
pemimpin organisasi.
7.0 PENUTUP
Setiap organisasi memerlukan pemimpin. Tanpa pemimpin sesebuah organisasi tidak dapat
berfungsi dengan sempurna. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah organisasi bergantung kepada
pemimpin. Seseorang pemimpin dikatakan berjaya sekiranya dia berjaya menerapkan
kepemimpinan yang tepat di dalam organisasinya. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung
kepada sokongan dan sanjungan semua ahli. Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa,
seseorang bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga perlu bekerja
untuk membina kuasa dalaman lebih dari kekuatan fizikal. Daya kekuatan yang dimaksudkan
ialah kekuatan untuk mengawal, mempengaruhi, memujuk, daya memaksa, mengesahkan dan
daya membuat rujukan.
Keberkesanan seseorang pemimpin itu dapat dikatakan bergantung kepada beberapa faktor
seperti sifat diri pemimpin itu sendiri, situasi dalaman organisasi, dan juga faktor-faktor yang
mempengaruhi kelakuan kakitangan.
Kecemerlangan organisasi bergantung kepada kepimpinan berwawasan kerana dapat memberi
keutamaan yang berfokus kepada manusia dan wawasan. Pemimpin yang berjaya melaksanakan
fungsi kepimpinan dengan membina wawasan organisasi dapat membuat peningkatan yang besar
matlamat organisasi dan dapat merealisasi matlamat organisasi. Kejelasan wawasan, peghayatan
wawasan, keghairahan terhadap wawasan, ketabahan dan dedikasi kepada wawasan , pandangan
global, kebolehan percayaan keberkesanan organisasi dan perkongsian paradigma boleh
meningkatkan kepuasan pekerja. Sekaligus menunjukkan kejayaan pemimpin dan pekerja
merealisasikan matlamat organisasi

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

17


Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang
baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang
berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi,
kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin
organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih
kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta
menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.
















GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

18


RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1999). Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2001). Bakat Dan Kemahiran Memimpin. Kuala
Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Al. Ramaiah (1992). Kepemimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur :
IBS Buku Sdn Bhd.
Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, Demokrasi Dan Tradisi. Kuala Lumpur: AMW
Comunications Management.
Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.
Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat (Terjemahan),
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur : Utusan
Distributian and Publication.

You might also like