You are on page 1of 13

1

KONSEP-KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
1
KONSEP MASYARAKAT
Definisi Masyarakat
kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama di sesuatu tempat dengan aturan dan
cara tertentu.
(Kamus Dewan 2006)
2
KENAPA PERLU MEMAHAMI DAN
MENGKAJI MASYARAKAT ?
1. Manusia Hidup Bermasyarakat

Manusia tiada pilihan demi kelangsungan hidup


3
2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat
membolehkan individu itu bertingkahlaku dan
menyesuaikan diri mengikut kehendak
masyarakat setempat. Ini akan mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat dan sukar
untuk melanggar peraturan yang wujud di
dalam lingkungan sosialnya.
4
3. Memahami Budaya Sendiri dan
Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain
tidak akan mengalami satu kejutan budaya,
tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan
yang wujud.seseorang yang mengkaji
masyarakat industri tidak akan terkejut jika
pergi ke negara tersebut.
5
4. Memupuk Kerjasama di Antara
Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di
kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi
masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi
isu-isu global seperti pencemaran, teknologi,
perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan
kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap
masyarakat akan membolehkan kita memahami dan
memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.
6
2
Ciri-Ciri Masyarakat
1. Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia hidup bersama dan membentuk kelompok.
Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat.
Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling
bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam
perhubungan sesama manusia ini. Seseorang
manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya
tanpa bergantung kepada manusia lain.
7
Melahirkan Kebudayaan

Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan
sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau
bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi
dari generasi ke generassi berikutnya dnegan
proses penyesuaian.
8
Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut
mengalami perubahan. Suatu perubahan
terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari
masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu
penemuan baru mungkin akan mengakibatkan
perubahan kepada masyarakat itu.
9
Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah
terdapatnya perlakuan berhubung dan
bekerjasama di antara ahli dan ini akan
mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh
berlaku secara lisan atau tidak .
10
Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua
keluarga, ketua kampung, ketua negara dan
sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal,
kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana
pemilihan berdasarkan keturunan.
11
Mempunyai Aturan Sosial
Bermaksud susun lapis yang wujud dalam
masyarakat.

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
1. Kelas
2. Status
3. Kasta.

12
3
Kelas
kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan
seperti orang kaya kelas atasan dan orang
miskin, kelas bawahan
13
Status
Peranan yang dimainkan oleh individu dalam
masyarakat seperti penerimaan gelaran sprt
imam,cikgu, lebai, dato' dan sebagainya.
Peranan ditentukan berdasarkan pangkat,
jawatan dan gelaran.
14
Kasta
kelas sosial yang keahliannya ditentukan
hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya
tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat
dalam zaman tradisional India yang
memecahkan kasta kepada Brahmin, Vaisya,
Ksyatria, Sudra dan Pariah

15
Perbezaan Antara Masyarakat Malaysia
dan Bangsa Malaysia
16
Masyarakat Malaysia
Bangsa Malaysia
Samb
BANGSA MALAYSIA
NEGARA KEWARGANEGARAAN
SEMANGAT
KEBANGSAAN
17
Samb
MASYARAKAT
ETNIK RAS / BANGSA PREJUDIS
ETNISITI
ETNOSENTRISME /
ETNOSENTRIK
RASISME
INDIVIDU INSTITUSI
STEREOTAIP

DISKRIMINASI
18
4
KONSEP ETNIK
Definisi :
Sekelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat
rasam, pakaian,makanan,bahasa dan kegiatan
ekonomi.
19
RAS / BANGSA
Definisi :
Sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal biologikal nyata.
Cth : warna kulit, mata, rambut, saiz fizikal.
20
ETNISITI
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana
anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah,
nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

ETNOSENTRISME
Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan
anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan
etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.


21
RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial
terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras
semata-mata.
cth :zionis Kenapa.doc

22
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain yang lazimnya tidak
berasaskan maklumat yang tepat dan
biasanya tidak diluahkan secara terbuka.

23
STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap
sesuatu kumpulan etnik atau gambaran
berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan
baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

DISKRIMINASI
Perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain
berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

24
5
PREJUDIS
STEREOTAIP DISKRIMINASI
25
KONSEP BUDAYA
Budaya berasal dari perkataan Jawa: budaya
hasil cantuman budhi dan daya .
Perkataan budhi yang dipinjam dari
bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran
dan akal daya ialah perkataan Melayu
Polynesia bermakna kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh.
Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini
( budaya ) akan membawa maksud tenaga
fikiran , usaha rohani atau kuasa yang
menggerakkan jiwa .
26
Sambungan
Budaya juga diertikan sebagai, The way of
life of a people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception, and habits of thought and
activity. Cultural features of forms of
life are learned but are often too
persive to be readily noticed from
within . ( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).
27
Samb
Menurut sumber lain mendefinisikan budaya
ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran,
akal budi ( cara berfikir, berkelakuan, dan
sebagainya ).(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1997).
28
Samb
Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti
oleh orang yang menjadi anggota kumpulan
tertentu dan meliputi anasir sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap, nilai,
peralatan budaya, atau apa-apa yang
dihasilkan oleh mereka sebagai anggota
masyarakat.

29
Kesimpulan
Budaya itu dari sudut bahasanya membawa
makna cara hidup manusia,
istilah : cara hidup orang ramai termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan
tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia
yang menggerakkan jiwa.
30
6
PEMBAHAGIAN BUDAYA
BUDAYA
KEBENDAAN BUKAN KEBENDAAN
31
Budaya kebendaan
Merangkumi peralatan dan kelengkapan hidup
seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya, Contohnya, orang Melayu
mempunyai rumah yang berbeza dengan
orang Inggeris atau orang Eskimo
32
Budaya bukan kebendaan
33
Seperti kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat
yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti
perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak
lelaki yang memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala, bagi masyarakat India,
hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak
perempuan kepada pihak lelaki.
PERANAN BUDAYA
BINA IMEJ NEGARA / IDENTITI
PUPUK KESEDARAN KEBANGSAAN & KENEGARAAN
34

Ciri-Ciri Budaya:

1. Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai
ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu
belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu
dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu
bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

35
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran
a. Apakah agen-agen sosialisasi yg wujud seperti
keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan
sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan
dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
36
7
2. Dikongsi

Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota
masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap
perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya
kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu
adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan
oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia
tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri
walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian,
ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.
37
3. Sejagat
Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok
manusia.
Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.
38
4. Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya.
Ini bermakna bahawa budaya Melayu,Cina dan India
yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada
budaya terdahulu.
39
5. Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang
wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami
perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Cth : Rumah beratap rumbia/nipah telah digantikan
dengan rumah beratap genting.
40
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor
seperti:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
41
6. Perlambangan
Budaya boleh ditunjukkan dlm bentuk
perlambangan.
Cth. : logo, bendera, ukiran dll.
42
8
7. Pandangan Semesta
Bermaksud bagaimana alam sekeliling memberi
kesan dalam kehidupan seharian.
Pandangan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.
Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam
kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti
aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung),
tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.
43

Kepelbagaian Etnik di Malaysia
KAUM DESKRIPSI
Melayu Ciri-Ciri Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan :
Seorang yang menganuti agama Islam
Lazim bercakap Bahasa Melayu
Menurut adat istiadat Melayu
Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia
Agama Mengamalkan agama Islam
Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan Mahkamah
Syariah
Budaya Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta perayaan
kebesaran Islam yang lain.
Cina Ciri-Ciri Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-
20
Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu; Hokkien, Hakka,
Kantonis dan lain-lain
Mewakili 25% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut agama Buddha dan Kristian
Institusi agama: Tokong dan wat, persatuan-persatuan agama Buddha
Budaya Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Hari Krismas
dan Opera Cina

samb
KAUM DESKRIPSI
India Ciri-Ciri Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India
Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu; Tamil,Telegu,Malayalee dan
lain-lain
Mewakili 7% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut Agama, Hindu, Sikh , Kristian dan Islam
Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam dan bagi
agama Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia
Budaya Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang beragama
Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh
Etnik
Sabah
dan
Sarawak
Ciri-Ciri Terdiri dari beberapa etnik kecil seperti:
Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu;
Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut
Mewakili 12% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan animisme
Budaya Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari Gawai dan
Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-perayaan keagamaan
seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas
KONSEP PERPADUAN DAN
INTERGRASI
Perpaduan : Proses menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara bagi membentuk
identiti / nilai bersama
Intergrasi : Proses mewujudkan satu identiti
nasional di kalangan kumpulan yang terpisah.
46
JENIS-JENIS INTERGRASI
INTERGRASI
WILAYAH EKONOMI KEBUDAYAAN SOSIAL PENDIDIKAN POLITIK
47
TAHAP-TAHAP HUBUNGAN
ETNIK
AMALGAMASI
ASIMILASI
AKULTURASI
AKOMODASI
SEGREGASI
48
9
Segregasi
Hubungan yang bersifat pemisahan di
antara etnik-etnik dalam sesebuah
negara sama ada didasari oleh undang2
atau tidak.
Cth : Dasar Apartheid di Afrika Selatan dan juga di Israel.
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam atau dlm semua keadaan.
Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain


Tahap hub ini wujud/berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, pengamalan
agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)
Formula : A+B+C = A+B+C
Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk
menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman
damai
Akomodasi
Maksudnya : Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara
satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing
Akulturasi
Satu proses perubahan dan pinjam meminjam unsur
kebudayaan kesan perhubungan antara dua kumpulan
manusia yang berlainan tradisi.
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan
unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza
sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.
51
Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik
yang berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Kumpulan minoriti kehilangan identiti akibat diserap
oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan
sosial.

Formula : A+B+C=A

52
JENIS-JENIS ASIMILASI
ASIMILASI
ASIMILASI BUDAYA ASIMILASI STRUKTUR
53
ASIMILASI BUDAYA

Kumpulan minoriti mempelajari ciri
kebudayaan masyarakat tuan rumah sprt
bahasa, pakaian, makanan dan adat resam.
Tidak menghilangkan identiti asal.
54
10
ASIMILASI STRUKTUR

Satu proses apabila anggota kumpulan kecil /
minoriti berjaya menyertai institusi utama dan
aktiviti sosial masyarakat dominan.
Mereka kehilangan identiti
55
Proses asimilasi berlaku dlm keadaan
berikut :
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.
56
Kejayaan asimilasi bergantung
kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka
dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti besar atau
kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti
akan menyukarkan proses asimilasi.
57
Faktor Penghalang Asimilasi
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan
sehingga menimbulkan perasaan
takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya
sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.
58
PERBEZAAN ANTARA
ASIMILASI DGN AKULTURASI
ASIMILASI AKULTURASI
Penyerapan berlaku
secara sehala
Penyerapan berlaku
secara dua hala

Kehilangan identiti asal Identiti asal masih kekal
59
Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila
budaya atau ras bercampur untuk membentuk
jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara
utama dalam menentukan proses amalgamasi
terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.
Formula : A+B+C=D

60
11
Takrif Masyarakat Menurut Islam;
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi;

Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di atas aqidah dan
pemikiran tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem, undang-
undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di sebalik
penamaannya sebagai masyarakat Islam. Dalam erti lain
masyarakat Islam ialah masyarakat yang mengambil seluruh ajaran
Islam sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan dalam setiap
aspek kehidupan dan rujukan dalam mengatur hubungan individu
dengan masyarakat, rohani dengan fizikal dan negara dengan
masyarakat antarabangsa

(Golongan Bukan Islam di Dalam Masyarakat Islam)
Samb
Sayyid Qutb (1979)
masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah
masyarakat yang melaksanakan cara hidup Islam
secara total yang bertitik tolak daripada asas
aqidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara
hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh
syari'at Islam. Masyarakat dalam bentuk seperti
inilah yang dikatakan bertamadun.
(al-Mujtama al-Islamy)

Samb
Zakaria Stapa (1994);
secara mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan
masyarakat Islam apabila manusia yang mendiami di
mana-mana daerah atau tempat menjadikan Islam
sebagai akidah, pengatur dan penyusun kehidupan
rohani dan jasmani mereka serta menjadikan Islam
sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka untuk
mencapai kesempurnaan di pelbagai aspek hidup
dalam masyarakat
(Masyarakat Islam dan isu semasa).

PLURALITI MENURUT
PERPEKTIF ISLAM
64
Masyarakat Majmuk Menurut Al-Quran & As
Sunnah

( 22 )
Ertinya;
Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan
kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian
langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan
warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-
orang Yang berpengetahuan.
(Surah al-Rum : 22)

Samb
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah
larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah al-Hujurat;ayat;12-13)
12
Pengajaran dari ayat
a) Islam menggariskan panduan hubungan
kemasyarakatan. Kaitan ayat 12 & 13 amat kuat
dalam aspek hubungan antara kaum, etnik dan
bangsa. Islam melarang perbuatan al-dzan yakni
bersangka buruk atau dalam istilah sosiologinya
prejudis yang diikuti sterotaip, menghina, serta
mengintip keaiban kelompok lain. al-Tajassus;
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang, al-Ghibah; mengumpat.
b) Kesemua larangan tersebut adalah punca konflik
sesama dan antara etnik yang plural.


Sambg
c) Allah iktiraf kepelbagaian kaum, bangsa,
puak, etnik. Selain menandakan kekuasaan
Allah mencipta kepelbagaian ini, ia
menunjukkan pengiktirafan Islam terhadap
kewujudan semua jenis bangsa di dunia yang
sekaligus menyangkut kepelbagaian bahasa,
budaya dan tradisi bangsa-bangsa yang
wujud itu.

Smbg
d) Allah menggalakkan saling kenal mengenal.
Acuan kalimah taarufu dari aspek morfologi
Bahasa Arabnya memberikan maksud saling
memahami yang mencakup proses perkenalan
dua hala yang erat dan mendalam. Ia
merupakan wadah utama proses asimilasi,
akomodasi, amalgamasi dan akulturasi dalam
pengajian sosiologi. Ia juga menepati maksud
dialog antara budaya dan agama, tuntutan
mengkaji dan saling mengenali kepelbagaian
budaya yang wujud.

Smbg
e) Nilai kemuliaan yang universal melampaui
kaum, etnik, dan bangsa. Penanda aras
kemulian yang diletakkan Islam amat
universal.
f) Justeru sesuatu bangsa bukan mulia kerana
warna kulit, keturunan, ras, qabilah atau
etniknya bahkan yang mulia adalah yang
paling kuat hubungannya dengan Allah
(taqwa).
Hadith & Sirah yang berkaitan;

}
Ertinya;
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah
pada hari pembukaan Makkah sabdanya; Wahai sekelian manusia,
sesungguhnya Allah telah menghapuskan daripada kalian semangat
jahiliah serta [sikap] kemegahan dengan keturunan. Justeru
manusia disisi Allah [hanya] dua golongan; yang baik, bertaqwa dan
mulia dan yang jahat, celaka dan hina bagi Allah. Kesemua manusia
adalah keturunan Adam dan Adam itu sendiri Allah ciptakan dari
tanah. Firman Allah
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi)
Samb

Ertinya;
Daripada Abi Nadrah bahawa nabi SAW telah berkhutbah pada
pertengahan hari tasyriq sabdanya; Wahai sekelian manusia,
sesungguhnya tuhan kalian adalah satu, bapa kalian juga satu.
Ketahuilah, tidak ada sebarang kelebihan bagi orang Arab ke atas
orang bukan Arab, [demikian juga] tidak ada sebarang kelebihan
orang bukan Arab ke atas orang Arab, dan juga tidak apa-apa
kelebihan yang berkulit hitam berbanding yang berkulit merah
[putih], dan juga tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit putih
berbanding yang berkulit hitam melainkan ketaqwaan

(Diriwayatkan oleh Ahmad)
13
SEKIAN
JUMPA LAGI
73

You might also like