You are on page 1of 8

Perlembagaan

Lembaga Pengawas
Sekolah Menengah
Kebangsaan Seksyen 19,
Shah Alam
Diperkenalkan pertama kali sebagai perlembagaan rasmi LPS, SMKS19 pada:
Januari 2009










Susunan Perkara
Bahagian 1: Perlantikan Pengawas
Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru
Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas
Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas
Fasal 4: Pakaian Pengawas

Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi
Fasal 2: Ahli Jawatankuasa
Fasal 3: Bidang Kuasa AJK

Bahagian 3: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus
Fasal 2: Tugasan Sampingan
Fasal 3: Tindakan Disiplin

Bahagian 4: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan
Fasal 2: Perbicaraan
Fasal 3: Hukuman

Bahagian 5: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas
Fasal 2: Masalah Disiplin
Fasal 3: Perletakan Jawatan
Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran









Bahagian 1: Perlantikan Pengawas
Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru
(1) Dilantik dalam kalangan pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.
(2) Pelajar tingkatan 3 boleh dilantik menjadi pengawas sekiranya bilangan pengawas
tidak mencukupi
(3) Wajib melalui 2 sesi temuduga.
(4) Temuduga pertama dikendalikan oleh guru-guru pengawas/disiplin untuk memilih
calon pengawas pelatih.
(5) Temuduga kedua dikendalikan oleh seorang guru pengawas/disiplin dan seorang
AJK pengawas untuk memilih calon pengawas pelatih yang layak dilantik sebagai
pengawas sekolah.
(6) Kriteria perlantikan pengawas berubah setiap tahun.
(7) Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria perlantikan pengawas.

Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas

(1) Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai dua jenis perkhemahan
kepimpinan iaitu perkhemahan dalaman dan perkhemahan luaran.
(2) Pengawas baru yang tidak menyertai kedua-dua perkhemahan ini akan dilucutkan
jawatan secara automatik.
(3) Setiap pengawas pelatih wajib menjadi pelatih sekurang-kurangnya 4 bulan.
(4) AJK pengawas berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan yang sesuai.
(5) Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan
fizikal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama
lain, semua pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang diadakan.
(6) Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang dijalankan
perlu menyertakan surat tunjuk sebab.

Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas

(1) Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan pelajar.
(2) Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan.
(3) Pengawas tidak berhak menggunting rambut pelajar melainkan atas perintah guru
disiplin.
(4) Pengawas dibenarkan mengenakan kompaun serta merta terhadap murid-murid
yang melakukan kesalahan disiplin.

Fasal 4: Pakaian Pengawas

(1) Pengawas lelaki memakai baju kemeja kuning dan seluar slack hitam.
(2) Pengawas perempuan memakai baju kurung kuning dan kain hitam.
(3) Pengawas perempuan wajib memakai baju kemeja pada hari Isnin dan pada majlis
rasmi sekolah.
(4) Semua pengawas wajib mempunyai blazer.
(5) Pengawas tidak dibenarkan memakai baju putih.
(6) Pengawas perlu tampak kemas dan bersih setiap masa.
(7) Pengawas tidak dibenarkan memakai pakaian yang lusuh dan comot.

Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi

(1) Diketuai oleh dua orang guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong
Ketua Pengawas, Setiausaha, dan Bendahari
(2) Ketua Pengawas dipilih melalui pilihan raya yang diadakan setiap tahun. Calon-calon
ketua pengawas diberi peluang untuk berkempen selama seminggu.
(3) Penolong Ketua Pengawas dilantik dari kalangan calon-calon yang tidak berjaya
memenangi pilihanraya.
(4) Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas berhak melantik AJK bawah
pengawasan guru pengawas.
(5) Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti
pengawas.

Fasal 2: Ahli Jawatankuasa

(1) Berubah mengikut kehendak Ketua Pengawas
(2) Merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.

Fasal 3: Bidang Kuasa AJK

(1) AJK berkuasa meminda dan menambah aktiviti tahunan pengawas.
(2) AJK wajib melaksanakan tugasan mengikut jawatan yang dipegangnya.
(3) AJK berhak memberi arahan kepada anak buah masing-masing.
(4) AJK wajib mengikut peraturan sama seperti rakan pengawas dan rakan pelajar yang
lain.






















Bahagian 3: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus

(1) Tugasan khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu yang
ditetapkan seperti waktu rehat.
(2) Tugasan seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan perhimpunan dan
menjaga laluan masuk pelajar juga merupakan tugasan khusus seorang pengawas.

Fasal 2: Tugasan Sampingan

(1) Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-guru.
(2) Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal disiplin.
(3) Pengawas berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran sedang
berlangsung.

Fasal 3: Tindakan Disiplin

(1) Tindakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya pengawas didapati tidak
menjalankan tugas masing-masing.
(2) AJK yang bertanggungjawab mengumpul bahan bukti adalah AJK Disiplin dan AJK
Aduan.
(3) Pengawas yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran
pertama. Sekiranya perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli Majlis
Tertinggi berhak melucutkan jawatan pengawas tersebut
(4) Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai
pengawas.














Bahagian 4: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan.
(1) Tingkah laku jenayah
(2) Tingkah laku lucah
(3) Tingkah laku kekemasan diri
(4) Tingkah laku tidak mementingkan masa
(5) Tingkah laku kurang sopan dan tidak bertanggungjawab
(6) Tingkah laku musnah
(7) Tingkah laku tidak jujur
(8) Ponteng

Fasal 2: Perbicaraan

(1) Semua pengawas yang telah mengumpul 20 mata PSP dan ke atas akan dilucutkan
jawatan secara automatik.
(2) Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan merokok,
berhak dilucutkan jawatan oleh Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Pentadbiran.
(3) Pengawas yang sudah menerima lebih daripada satu surat amaran daripada
Lembaga Pengawas akan dilucutkan jawatannya
(4) Pengawas yang dilucutkan jawatan tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang
berkaitan dengan pengawas seperti spot check.

Fasal 3: Hukuman

(1) Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman yang
setimpal ,tetapi,hukuman tersebut adalah dua kali ganda daripada murid-murid yang
lain.Contohnya,jika seseorang murid dikenakan denda RM0.50 kerana tidak
memakai lencana sekolah,seseorang pengawas dikehendaki memebayar RM1 atas
kesalahan yang sama.
(2) Pengawas yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan
kesalahan disiplin akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid-
murid tersebut.
(3) Pengawas yang melakukan kesalahan serius dan mengumpulkan 20 mata psp ke
atas akan dilucutkan jawatan serta di gantung sekolah.














Bahagian 5: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas

(1) Secara umum,setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring
dengan tamatnya tempoh persekolahan mereka di SMKS 19.
(2) Setiap pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan
mereka sepanjang menjadi seorang pengawas.
(3) Bagi pengawas yang berpindah sekolah,mereka tetap akan menerima sijil daripada
Lembaga Pengawas.

Fasal 2: Masalah Disiplin.

(1) Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius,mereka akan
dilucutkan jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Lembaga
Pengawas
(2) Bagi pengawas yang telah mengumpul 20 mata psp dan ke atas,mereka dibenarkan
membuat rayuan dan permohonan daripada Lembaga Pengawas untuk
mendapatkan sijil.
(3) Pengawas pelatih yang mengumpul 20 mata psp dan ke atas adalah tidak layak
untuk menjadi seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali untuk menjadi
seorang pengawas

Fasal 3:Perletakan Jawatan

(1) Pengawas pelatih yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga
Pengawas dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada Badan
Pengawas.
(2) Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan rasmi.
(3) Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik
akan diminta untuk mengemukakan surat perletakan jawatan. Sekiranya pengawas
tersebut mempunyai masalah peribadi, boleh mengemukakan surat tunjuk sebab
supaya tidak diberi tanggungjawab yang membebankan.
(4) Pengawas yang mengumpul 20 mata psp dan ke atas boleh meletak jawatan secara
sukarela sebelum mereka dilucutkan jawatan.

Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran

(1) Ahli Majlis Pentadbiran Berhak melucutkan jawatan seseorang pengawas.
(2) Pengawas boleh membuat rayuan kepada Ahli Majlis Tertinggi sekiranya mereka
didapati terlibat dengan sesuatu kesalahan berat/mengumpulkan 20 mata psp dan ke
atas.
(3) Keputusan Ahli Majlis Pentadbiran hendaklah dibincangkan bersama Ahli Lembaga
Pengawas/Ahli Majlis Tertinggi.
(4) Semua keputusan yang telah dibuat adalah muktamad dan hendaklah di patuhi.

You might also like