You are on page 1of 4

SEMBAHYANG DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu Alaihi
Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya
dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu alaihi Wasallam telah berwasiat
kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur
melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat
sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada
tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda yang
maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang
kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh
berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan
mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda
Rasullullah Sallallahu alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki
SEMBAHYANG DHUHA http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm
1 of 4 19/07/2013 23:22
dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang
maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku
segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang
mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah
mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu
matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas
terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu
dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang
membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat
rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis
dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka
beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya
pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis
baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya
sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak
ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada
hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-
hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"

( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah
as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah
SEMBAHYANG DHUHA http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm
2 of 4 19/07/2013 23:22
adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Doa sembahyang Dhuha ialah:
H_MJ4.jpg (22218 bytes)
SEMBAHYANG DHUHA http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm
3 of 4 19/07/2013 23:22
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu
ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan
itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih
diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar
mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah,
berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

SEMBAHYANG DHUHA http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm
4 of 4 19/07/2013 23:22

You might also like