You are on page 1of 3

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya


menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek BMM 3117 Kaedah Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.

Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak
soalan tetapi setelah beberapa kali perjumpaan dengan rakan sekumpulan, rakan-rakan
sekelas dan perbincangan bersama pensyarah pembimbing iaitu En. Abd. Rahim Bin
Ismail serta sesi pembentangan di dalam kelas tutorial bersama rakan-rakan sekelas
dan pensyarah, akhirnya saya benar-benar faham apa yang dikehendaki oleh soalan
tugasan.

Penjelasan tentang ciri-ciri teori pembelajaran utama yang dipilih perlu difahami
dahulu dan kemudian dijelaskan dengan menggunakan ayat kami sendiri. Seterusnya
kami perlu menjelaskan perbandingan sama ada dari segi persamaan dan perbezaan
antara dua teori pembelajaran yang telah kami huraikan tadi. Huraian perlulah
dinyatakan dengan jelas dan tepat. Pada pendapat saya, tajuk ini mempunyai banyak
fakta yang perlu diingati dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap
tajuk agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan memerlukan
kami menghuraikan implikasi kedua-dua teori pembelajaran yang dipilih terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran dengan tepat dan jelas.

Apa yang lebih penting di sini, walaupun kami tinggal berjauhan tetapi kami telah
banyak membuat perbincangan melalui maya dan perjumpaan di perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya telah sedikit sebanyak dapat
mengukuhkan kemahiran menganalisis dan membanding beza hasil dapatan dengan
lebih tersusun. Selain di perpustakaan, saya juga berusaha mencari maklumat
berkaitan melalui internet. Buktinya, saya mendapatkan artikel yang dipilih sebagai
huraian dalam tugasan melalui internet. Kaedah ini dapat menjimatkan masa walaupun
pemilihan artikel tidak harus dipandang ringan kerana artikel itulah yang akan memberi
sedikit sebanyak maklumat penting yang dapat diaplikasikan dengan kehendak soalan
tugasan kami.

Kemahiran menganalisis dan membanding beza telah saya gunakan dalam
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dengan artikel yang telah saya pilih. Ketika
inilah pemikiran yang tinggi dan kritikal perlu digunakan kerana kedua-dua teori
pembelajaran perlu difahami konsepnya dan ini membuatkan saya agak keliru
walaupun telah banyak membuat analisis berkaitan kedua teori ini. Pengalaman
sebenar dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat membantu saya dalam
menghuraikan implikasi teori-teori ini terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Walau bagaimanapun, saya tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea
yang bernas untuk menghasilkan esei yang dapat menunjukkan kefasihan bahasa dan
kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitik sebagaimana yang
dikehendaki dalam kriteria tugasan yang baik.

Sepanjang kami menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan
mempengaruhi kelancaran saya untuk menyiapkan tugasan ini lebih awal. Antaranya
ialah penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa melengah-lengah kerja hingga
ke saat-saat akhir dan adakalanya lebih gemar menghabiskan masa melakukan aktiviti
santai bersama rakan-rakan yang lain. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk
mengadakan perjumpaan dengan rakan sekumpulan di perpustakaan awam bagi
mengadakan perbincangan dan menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, kami berjaya
juga menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal.

Melalui tugasan kerja kursus pendek ini, banyak kebaikan dan manfaat yang
saya dapati sepanjang kami menyiapkannya. Antaranya ialah saya dapat memahami
konsep kedua-dua teori pembelajaran ini dengan lebih mendalam beserta contoh dan
tokoh-tokoh pelopornya. Selain itu, sedikit sebanyak saya dapat menjelaskan
perbandingan antara kedua-dua teori ini sama ada dari aspek persamaan atau
perbezaannya. Saya juga dapat menjelaskan implikasi kedua-dua teori ini terhadap
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tepat seterusnya dapat saya aplikasikan di
bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus pendek ini telahpun
mencapai matlamatnya yang tersendiri. Sebagai buktinya, Alhamdulillah kami telah
dapat menghasilkan sebuah esei yang merangkumi aspek-aspek yang dikehendaki.

Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan
yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengalaman serta
pengetahuan yang saya perolehi ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai
seorang pendidik yang terlatih. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu
serta buat keluarga tercinta yang sentiasa memberi ruang dan peluang serta
mendoakan kejayaan saya.

Sekian, terima kasih.



NASRUN BIN MOHAMAD
PPG PEMULIHAN KHAS
AMBILAN JUN 2011

You might also like