CONTOH-CONTOH TERTENTU BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH MEMBOLEHKAN SINGAPURA MENJADI SEBUAH PELABUHAN TERNAMA DI DUNIA PENGENALAN
Singapura merupakan sebuah negara yang bergantung sepenuhnya pada sektor pelabuhannya yang kini merupakan pelabuhan kontena paling utama di dunia. Pelabuhan Singapura merupakan terminal yang menjalankan fungsi pengendalian perdagangan maritim dan mengendalikan sistem perkapalan. Singapura merupakan pelabuhan perantaraan yang tersibuk di dunia. Singapura mencatatkan jumlah KDNK per kapita yang tinggi iaitu sebanyak $59,900 pada tahun 2011 iaitu tempat ke-5 teratas dalam kedudukan dunia Terdapat lebih 130,000 kapal berlabuh dengan 30 juta kontena dan 500 juta tan metrik kargo serta menerima 1 juta penumpang pelayaran di Singapura. FAKTOR-FAKTOR 1. Lokasi yang strategik * Singapura berada di tengah2 jalan perdagangan antara Timur dan Barat *Singapura juga terletak di pertengahan Asia Tenggara dan ini menjadikan Singapura sebagai pusat pengumpulan hasil dari Asia Tenggara. * Singapura juga terlindung dari tiupan angin monsun oleh Pulau Sumatera dan ini menyebabkan pelabuhan Singapura mempunyai air yang tenang dan menjadi tempat persinggahan kapal-kapal perdagangan di seluruh dunia * Dengan lokasi yang strategik ini Singapura telah menjadi pelabuhan perantaraan yang penting dan utama di dunia.
2. Kemudahan dan infrastruktur yang baik # Di pelabuhan Singapura menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang baik kepada kapal-kapal yang berlabuh. # Singapura menyediakan pusat pembaikan kapal-kapal yang mengalami kerosakan # Singapura juga menyediakan operasi pembinaan kapal yang paling maju dari segi teknikal dan cekap dalam penyediaan pembaikan kapal di Asia Tenggara. # Pelabuhan Singapura turut menyediakan perkhidmatan marin yang penting seperti pemanduan,penundaan, bekalan air tawar, pertukaran anak-anak kapal serta bekalan kapal # Antara infrastruktur lain yang disediakan ialah sistem bank yang baik, kemudahan pinjaman dan rangkaian sistem telekomunikasi. 3. Pembukaan Terusan Suez
~ Terdapatnya terusan suez ini telah memendekkan perjalanan laut di antara Eropah dan Asia serta mengurangkan kos pengangkutan. ~ pembukaan terusan suez ini juga membolehkan pemasaran lebih banyak jenis dan kuantiti barangan perdagangan. ~ pembukaan terusan suez merupakan faktor penting bagi perkembangan perdagangan Singapura. 4. Tenaga kerja yang cekap dan mahir ^ Singapura telah menggunakan lebih 170,000 tenaga kerja bagi mengendalikan pengurusan pelabuhan ^ The Maritime and Port Authority of Singapura (MPA) telah memperkenalkan pelbagai program ijazah atau diploma maritim untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. ^ MPA juga menawarkan subsidi dan biasiswa yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan tenaga manusia dalam industri maritim ^ MPA juga menyediakan kursus latihan bagi kakitangan khusus bagi menghasilkan pekerja yang cekap dan berkemahiran tinggi. 5. Tahap keselamatan dan kestabilan politik * Keselamatan di pelabuhan dan keselamatan kapal-kapal amat penting dalam pembangunan pelabuhan Singapura * Keadaan di Singapura yang selamat dari sebarang peperangan telah menyebabkan ianya menjadi pelabuhan tersibuk di dunia * Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan dengan menggunakan Vessel Traffic Information System (VTIS) bagi mengawal laluan kapal-kapal ini. * Singapura juga telah menjalinkan hubungan dengan pelbagai negara demi memastikan kestabilan politiknya * Keadaan ekonomi dan politik Singapura yang maju telah menyakinkan syarikat kapal-kapal dagang beroperasi di Singapura 6. Pembangunan pelabuhan # Pembangunan pelabuhan telah di adakan di Pelabuhan Jurong yang terletak di penjuru barat daya Sumatera # Pelabuhan ini digunakan untuk perdagangan barangan perindustrian dan barang-barang pukal. # Pelabuhan Sembawang yang terletak di Utara Singapura digunakan untuk mengendalikan barang-barang bernilai seperti kayu balak,kayu papan,dan kayu gergaji. # Pelabuhan Kontena di kawasan Lagun Timur yang berhampiran dengan Keppel telah di bina khas sebagai terminal moden untuk mengendalikan kontena. KESIMPULAN Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemajuan Pelabuhan Singapura sehingga menjadi salah satu pelabuhan yang tersibuk di dunia. Walaupun Singapura sebuah negara kecil dengan hasil produk yang sedikit tetapi Singapura berjaya membuktikan bahawa negara itu boleh menjadi sebuah pelabuhan enterpot yang berperanan penting di dunia.