You are on page 1of 30

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV



OLEH : FAKRULNIZAM AHMAD & AMIR JAMALUDIN


BIODATA


NAMA : FAKRULNIZAM B AHMAD
NO.KP : 791116-02-5423
NO.MATRIK :G6111KASCEA5423
ALAMAT :NO. 2 TAMAN DESA PERMAI, 08800 GUAR CHEMPEDAK
TEMPAT LAHIR : KG SEDAKA TENGAH 06900 YAN.
KUMPULAN : AMBILAN KHAS 2013
MATA PELAJARAN : MURID DAN ALAM BELAJAR
KOD :EDU 3103
NAMA PENSYARAH :PN SUHAILAH BT SHARIFF

BIODATA
NAMA : AMIR BIN JAMALUDIN
KURSUS: PPG AMBILAN KHAS 2013
ALAMAT : NO. 14A LORONG 51, TAMAN RIA
MESRA, GURUN.
NO. K.P : 770309-02-5865
NO. MATRIK :
TEMPAT LAHIR : KG TANJUNG, KUPANG,
BALING.

TEORI PEMBELAJARAN
Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Menurut Pavlov, setiap rangsangan
akan menimbulkan gerak balas. Gerak
balas

bermaksud apa-apa sahaja tingkah
laku yang timbul akibat sesuatu
rangsangan.
Rangsangan pula ialah apa-apa
sahaja bentuk tenaga yang
menimbulkan gerak balas.
CONTOH
Contohnya, kebanyakan guru apabila
mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru
atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah
laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah,
iaitu apabila guru mendengar bunyi loceng di
rumah, beliau akan keluar dari bilik dan
memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada
contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah
rangsangan, manakala tindakan guru tersebut
adalah gerak balas.
HASIL KAJIAN
Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran
boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas. Pembelajaran yang
berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan
pelaziman dan pembelajaran yang berlaku
akibat rangsangan ini dikenali sebagai
pelaziman klasik.
KONSEP PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DIHASILKAN MELALUI
PRINSIP PELAZIMAN KLASIK YANG DIKEMUKAN
OLEH PAVLOV.
Konsep tersebut ialah
Generalisasi -Generalisasi bermaksud rangsangan
yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
Diskriminasi- Dikriminasi berlaku apabila individu
bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.
Penghapusan-Penghapusan berlaku apabila
rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim.

Fenomena Generalisasi
Di dalam eksperimen yang berlanjutan , Pavlov
menggunakan bunyi yang lain seperti siren dan
gong untuk menggunakan bunyi loceng sebagai
rangsangan terlazim(CS) ,didapati anjing itu
masih mengeluarkan air liurnya (gerak balas
terlazim,CR).Fenomena ini menunjukkan
bahawa anjing boleh membuat generalisasi
iaitu berupaya mengkategorikan rangsangan-
rangsangan yang serupa dengan
menggunakan gerak balas yang sama
Fenomena Dikriminasi
Selain daripada keupayaan membuat generalisasi, Pavlov
mendapati bahawa anjing juga memberi gerak balas yang
berbeza dengan rangsangan yang hampir sama.Misalnya
,Pavlov hanya memberi makanan sahaja selepas bunyi
siren sebagai rangsangan terlazim (CS) ,sedangkan bunyi
yang lain tidak diadakan langsung. Selepas pelaziman
,anjing hanya mengeluarkan air liurnya semasa
mendengar bunyi siren tetapi tidak ada gerak balas
terlazimnya apabila kedengaran bunyi-bunyi yang lain.
Fenomena ini menunjukkan bahawa anjing berupaya
membuat diskriminasi terhadap bunyi yang terlazim
dengan bunyi-bunyi yang lain.

Fenomena Penghapusan
Di dalam eksperimen yang lain,makanan tidak
diberi selepas loceng
dibunyikan ,didapati rembesan air liur anjing
itu mula berkurang secara beransur-ansur
sehingga tidak mengeluarkan air liurnya lagi
apabila loceng dibunyikan.Fenomena ini
dikenali sebagai proses penghapusan .Dalam
proses penghapusan ,rangsangan
terlazim(CS,iaitu bunyi loceng ) yang tidak
diikuti dengan rangsangan tak terlazim (USC
iaitu makanan),gerak balasterlazim(CR iaitu
rembesan air liur) beransur-ansur kurang dan
akhirnya hapus sama sekali.

PETA MINDA TEORI PERLAZIMAN
KLASIK PAVLO
SEBELUM PERLAZIMAN
SEMASA PERLAZIMAN
SELEPAS PERLAZIMAN
GAMBARAJAH SEBELUM
PERLAZIMAN
GAMBARAJAH SEMASA PERLAZIMAN
GAMBARAJAH SELEPAS
PERLAZIMAN
RINGKASAN TEORI PERLAZIMAN
PAVLOV
RINGKASAN GAMBARAJAH TEORI

Konsep-konsep penting yang
diperkenalkan oleh Pavlov
Teori behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa
pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Teori pembelajaran mereka kebanyakkannya dihasilkan dengan
mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ransangan
dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ujian
ini bersifat sebagai satu usaha yang dapat mengubah tingkah laku
orang agar menjadi lebih baik. Perubahan yang berlaku ini dikenali
sebagai pembelajaran. Secara umumnya, teori behavioris
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku sama ada baik
ataupun sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku
pelaja dapat diperhatikan dan dijangka adakah ia membawa kepada
hal positif ataupun negatif.
Penggunaan Teori Pavlov di dalam
bilik darjah.
Rangsangan dan gerakbalas boleh dilazimkan
Rangsangan dan gerakbalas dapat dikukuhkan
melalui latihan.
Motivasi memainkan peranan penting dalam
pembelajaran.
Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,
pembiasaan atau pengalaman.
Dalam proses pembelajaran, penghapusan boleh
berlaku jika peneguhan tidak diberi, iaitu sekiranya
tiungkah laku tidak dikukuhkan melalui ganjaran,
tingkah laku itu mungkin terhapus
Konsep pemulihan semerta juga dapat
membentu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.
Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru
dapat membantu murid-murid mendiskriminasi
jenis rangsanganyang perlu diberi tumpuan
Contoh pengajaran di sekolah
mengikut Teori Perlaziman Pavlov
Pengajaran sains di dalam kelas yang bertajuk
mengelas haiwan mengikut haiwan berkaki dua
dan haiwan yang berkaki empat.
Guru menerangkan dan menunjukkan contoh
gambar haiwan sambil bersoaljawab.
Guru membuat penegasan tentang kumpulan
kumpulan haiwan di dalam kelas.
Murid dibahagikan dalam bentuk kumpulan iaitu
satu kumpulan lima orang.
Murid setiap kumpulan dibekalkan dengan kit
model haiwan berserta jadual pengelasan.
Murid membuat pengelasan dan hasil dapatan
dibentang di hadapan kelas.





Guru memilih hasil dapatan yang terbaik dan
menyuruh murid mencatat dalam buku nota.
Guru memilih murid untuk membuat kesimpulan
tentang tajuk yang dipelajari
Murid diberi tugasan untuk melengkapkan
jadual pengelasan haiwan yang terdapat di
sekitar rumah.
REFLEKSI
Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami
telah diberi peluang untuk membentangkan Teori
Pembelajaran Behaviorisme (Ivan Petrovich Pavlov)
Di awal penyediaan slaid pembentangan, kami telah
mengalami beberapa masalah, iaitu tidak mempunyai
rujukan yang cukup. Hanya satu buku sebagai rujukan,
kekurangan sumber di internet, menjadikan penyediaan
slaid sedikit tergendala. Tambahan pula, pemahaman
yang cetek mengenai tajuk yang akan dibentangkan
menjadikan kami sedikit kelam-kabut semasa
pembentangan berlaku. kami hanya menghuraikan apa
yang kami dapat daripada buku dan internet, tanpa dapat
membezakan teori-teori pembelajaran behaviorisme yang
dikemukakan oleh Pavlov. Soalan yang dikemukakan
oleh pensyarah dibalas dengan jawapan yang tidak
begitu meyakinkan.

Namun begitu, dengan huraian lanjut daripada
pensyarah pembimbing, Puan Suhailah Bt Shariff
sedikit sebanyak telah memberikan kami kefahaman
mengenai tajuk yang dibentangkan. Dari situ, timbul
satu tekad untuk tidak bertangguh kerja dan mengkaji
lebih awal tajuk yang dipertanggungjawabkan, untuk
masa-masa yang akan datang selain daripada
bertanyakan pensyarah berkenaan perkara-perkara
yang sukar difahami.

Daripada tajuk yang telah dibentangkan, kami sebagai
guru hendaklah menetapkan hasil pembelajaran atau
standard pembelajaran yang spesifik dan dinyatakan
dengan jelas atau bersifat eksplisit. Dalam kata lain
standard pembelajaran itu mestilah boleh diukur,
realistik dan boleh dicapai. Hal ini adalah untuk
memastikan objektif pembelajaran betul-betul tercapai.

Sebagai mana latihan yang disediakan oleh Ivan Pavlov
dalam teorinya yang melatih anjing mendapatkan ransangan
iaitu makanan, seseorang guru mestilah menyediakan
langkah-langkah pengajaran secara berperingkat-peringkat.
Mulakan daripada yang mudah membawa kepada yang
sukar. Pastikan murid-murid sudah mahir isi kandungan atau
pengetahuan serta kemahiran awal sebelum berpindah
kepada tajuk yang lain.

Selain itu, kami juga perlu mengaplikasikan teknik
peneguhan yang sesuai. Misalnya peneguhan positif seperti
pujian, penghargaan dan tunjukkan kasih sayang. Apabila
guru memberikan pujian dan dorongan murid-murid akan
timbul rasa minat untuk belajar dan membantu guru
mengawal tingkah laku murid dalam bilik darjah. Peneguhan
negatif seperti dendaan dan hukuman, bukanlah tidak boleh
digunakan langsung, tetapi ianya digunakan pada masa-
masa tertentu seperti mengadakan sesuatu penilaian, ulang
kaji dan sebagainya.

Di samping peneguhan, kami sebagai guru perlulah
menyediakan latihan yang cukup sebagai latih tubi kepada
murid mengenai tajuk yang telah dipelajari. Contohnya,
memberikan penyelesaian sains dengan kerap kali. Hal ini
akan membantu murid mengingati isi pembelajaran.
Tambahan pula, latihan yang disediakan membantu guru
untuk menilai pencapaian murid dari semasa ke semasa
selain menimbulkan rasa minat murid terhadap pembelajaran.

Melalui teori yang dibentangkan, kami dapati ransangan dan
peneguhan yang diberikan semasa pengajaran tidaklah perlu
diberikan sentiasa. Ransangan dan peneguhan tersebut
hanyalah bersifat untuk melatih murid untuk biasa dengan
sesuatu. Contohnya, guru memberikan hadiah kepada pelajar
yang cemerlang, jadi pelajar tersebut akan berterusan
mengekalkan gred tersebut dan dendaan yang diberikan
kepada murid yang tidak cemerlang akan meningkatkan juga
prestasi pelajar tersebut dan guru akan berhenti memberikan
peneguhan berupa dendaan tersebut.

Akhir sekali, teori ini perlu diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk
menggalakkan murid terhadap pembelajaran di
dalam kelas. Peneguhan dan ransangan perlu
demi menilai tahap prestasi murid dan apakah
pengajaran mencapai objektif pembelajaran.

You might also like