You are on page 1of 5

http://raizazora.blogspot.com/2012_12_01_archive.

html

PENGENALAN OPERASI DARAB
Menurut Nesher (1988) dan Vergnaud (1988), situasi pendaraban boleh
diklasifikasikan berdasarkan bentuk kuantiti dan perkaitan antara kuantiti
tersebut. Konsep Darab mempunyai pertalian rapat dengan tambah, iaitu tambah
berulang-ulang.Misalnya, tiga 2 diertikan sebagai 3x2 dan lima set 4 diertikan
sebagai 5x4 . Darab bermakna kali ganda. Jika ayat seperti 3x6=18 boleh
disebut tiga kali ganda enammenghasilkan lapan belas. Nombor 3 dan 6
dipanggil faktor darab, tanda x merujuk kepada operasi ganda, tanda=
merujuk kepada hasil dan nombor 18 mewakili hasil darab atau nombor terbitan
operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak dan
cara mendatar. Antara model bagi menjelaskan konsep darab ialah model
gandaan set, model turus, model turutan garisan bernombor dan model hasil
Cartesian.
Model Gandaan Set
2 + 2 + 2 + 2 = 8 Empat set 2 ------ satu set 8 4 x 2 = 8
Model Terus
3 + 3 +3 + 3 = 12 Empat turus 3 kelompok 12 4 x 3 = 12
Model Turutan Garisan Bernombor
3, 6, 9, 12, 15,_____, Lima turutan 3 hasil 3 pasangan - 6 objek 3 x 2 = 6
Fakta Asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau
satu digit, misalnya daripada 0 x 0 hingga 9 x 9. Bagi menjamin komputasi
efisien ( jawapan yang tepat dan menjimatkan masa), murid digalakkan
menghafal fakta asas darab. Ada 10 fakta seperti 0 x0, 1x1, 2x2, 3x3, hingga 9
x9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain bersimetri ( 45 + 45).
Fakta bersimetri ialah seperti 4 x7 = 7 x 4.Fakta darab perlu dibantu dengan
manipulasi objek fizikal, model dan jadual. Murid digalakkanmembuat pertalian
antara satu fakta dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan
http://raizazora.blogspot.com/2012_12_01_archive.html

pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagai-
bagai fakta,menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma
standard.
PENGENALAN KONSEP BAHAGI
Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh pelajar di
sekolah rendah. Adalah tidak wajar mengembangkan konsep bahagi secara
berasingan daripada konsep operasi darab. Operasi bahagi dikaitkan dengan
operasi darab sebagaimana operasi tolak dikaitkan dengan operasi tambah.
PENGENALAN Tambah ( + ) Tolak ( - ) Bersongsangan Bersongsangan
berulangan berulangan Bahagi ( ) Darab ( X ).
Konsep Pembahagian Sebagai Pengongsian Operasi bahagi. Timbul apabila
pelajar perlu mengongsikan sejumlah objek secara sama rata dengan beberapa
orang kawan, atau apabila membahagikan beberapa orang kepada sebilangan
kumpulan tertentu Bahagikan 12 biji telur sama rata diantara 3 orang. Seorang
akan dapat 4 biji telur.
Konsep Bahagi Sebagai Pengumpulan. Ada 12 biji guli. Jika guli itu
dilonggokkan supaya dapat 3 biji guli dalam satu longgok, berapa longgok guli
boleh didapati? Murid mula mengaitkan operasi bahagi dengan proses mencari
sebilangan set yang sama besar yang boleh dijadikan daripada sesuatu jumlah
objek. Proses ini digelarkan pengumpulan atau pembahagian secara ukuran
kerana dalam proses ini murid-murid dikehendaki mengukur sebilangan subset
yang sama banyak daripada objek asal. Contoh , 12 3 = 4.
Konsep Pembahagian Sebagai Songsangan Darab. Dalam setiap fakta asas
darab ada tiga nombor yang terkandung dalam fakta asas bahagi yang
berkenaan, dan operasi bahagi merupakan proses mencari faktor yang tertinggal
dalam dalam fakta asas darab. Dalam penyelesaian operasi bahagi, pelajar
digalakkan mencari faktor yang tertinggal. Contoh 12 3 = Nombor apakah
didarab dengan 3 hasilnya 12 ? Oleh itu 12 3 = 4 kerana 4 X 3 =12 .

http://raizazora.blogspot.com/2012_12_01_archive.html

Pembahagian Sebagai Operasi Tolak Berulangan. Konsep bahagi sebagai
operasi tolak berulangan berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses
pengumpulan. Dalam penyelesaian 15 3 = ?, pelajar digalakkan bertanya diri
sendiri: Ada berapa 3 dalam 15?. Dengan menggunakan pembilang pelajar
boleh menentukan 5 kumpulan 3, contohnya ( 1 5 3 = 1 2)(12 3 = 9)(9 3 = 6)
(6 - 3 = 3) (3 3 = 0). Jadi jawapannya 5.
Pembahagian Dengan Garis Nombor. Aspek operasi bahagi ialah operasi tolak
berulangan dan boleh diwakili dengan lompatan-lompatan pada garis nombor.
Lompatan-lompatan bermula daripada nombor yang dibahagi, bergerak ke kiri
menuju sifar.
Pembahagian dengan Tatasusunan. Tatasusunan memberi pola tentang
kedua-dua operasi darab dan bahagi. Apabila seseorang murid berkebolehan
menentukan pola tatasusunan terdiri daripada baris-baris dan turus yang diskrit,
dia boleh menulis semua fakta asas darab dan bahagi yang berkenaan. Contoh
3 kumpulan 6 ialah 18, 3 X 6 = 18, 18 6 = 3, 6 kumpulan 3 ialah 18, 6 X 3 = 18,
18 3 = 6.
PENGENALAN OPERASI TAMBAH
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah, Contoh:
3 + 2 = 5. Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk
songsangannya) yang setiap sebutan ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas
tambah sangat penting kerana fakta asas ini merupakan asas kepada
pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian
aktiviti akan membantu murid dalam menguasai pembentukan konsep fakta asas
tambah dengan lebih berkesan di samping latihan untuk peneguhan.
Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk
mengembangkan kefahaman murid tentang penambahan. Kemudian, strategi
yang berkesan (strategi berfikir) diperkenalkan berdasarkan prinsip-prinsip
tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta
http://raizazora.blogspot.com/2012_12_01_archive.html

asas tambah. Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas tambah dengan
cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan. Seseorang guru
mestilah memastikan muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang
mantap (termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka mengingati
fakta asas tambah.
Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan, sebaik sahaja
mereka telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah.
Murid akan didedahkan dengan kemahiran menambah nombor 2 digit dengan
nombor 1 digit, dan menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga
akan dibiasakan dengan kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian
masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini akan didedahkan
secara berperingkat iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10, operasi tambah
dalam lingkungan 18 tanpa/dengan mengumpul semula, operasi tambah dalam
lingkungan 50 tanpa/dengan mengumpul semula dan operasi tambah dalam
lingkungan 100 tanpa/dengan mengumpul semula.
PENGENALAN OPERASI TOLAK
Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Ini kerana operasi tambah
melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set , sedangkan operasi tolak
pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set kepada set-
set yang kecil. Pendek kata operasi tolak merupakan proses songsangan
(menterbalikkan ) operasi tambah. Terdapat beberepa konsep dalam operasi
tolak yang perlu difahami seperti pengasingan semula, perbandingan dua objek,
perbezaan dan lain-lain lagi.
Pengasingan Bermula dengan sesuatu set. Kemudian mengeluarkan satu
subset daripada set berkenaan. Contohnya, di dalam sebuah bikar, terdapat 7
biji guli. 3 biji guli dikeluarkan dari bikar. Berapa biji guli yang tinggal di dalam
bikar?
Membandingkan Dua Kumpulan benda. Dua set yang berasingan diberi.
Kemudian menyusun semula serta padankan set pertama dengan set kedua.
http://raizazora.blogspot.com/2012_12_01_archive.html

Ahli yang tidak ada pasangannya dikenali baki atau beza. Dalam sebuah taman
rama-rama terdapat 10 ekor rama-rama dan 6 kuntum bunga. Berapa banyakkah
rama-rama dari kuntum bunga di dalam taman itu.
Konsep Tolak Sebagai Songsangan Tambah. Dalam konsep tambah, dua set
objek dicantumkan untuk menghasilkan satu set yang lebih besar, kemudian
bilangan objek dalam set baru ditentukan. Jika kita bermula dengan set yang
besar dan mengasingkannya kepada dua set serta mencari berapa banyak objek
dalam setiap set itu, inilah operasi tolak. Proses yang terlibat disini ialah
songsangan proses untuk tambah. Maka bagi setiap ayat Matematik bagi
tambah terdapat dua ayat matematik bagi tolak 5 + 3 = 8, 8 - 3 = 5, 8 - 5 = 3.
Konsep Tolak sebagai Penyekatan. Dalam konsep ini ahli-ahli dalam sesuatu
set tidak dikeluarkan tetapi perlu diubahsuaikan kedudukannya untuk menepati
sesuatu syarat. Konsep set pelengkap biasanya dikaitkan dengan model ini.
(Objek tidak diasingkan, tidak dibandingkan dan tidak ditambah). Objek dalam
set berkekalan tetapi boleh dikumpulkan mengikut sesuatu yang diberi. Selepas
itu murid perlu mengira pelengkap set, set berkenaan ialah terdapat 5 buah
kereta dalam satu tempat letak kereta. 2 buah kereta ialah kereta sport dan yang
lain ialah van. Berapakah buah van? Contoh kedua ialah Ali ada 8 batang pensel.
Bakar ada 5 batang pensel. Ali ada berapa batang pensel lebih daripada Bakar?

You might also like