You are on page 1of 6

BERCERITA SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERTAS KONSEP
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga
dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita.
Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Oleh yang demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-
penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan.

2.6 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan
rangsangan.





BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan
peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seterusnya,
pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan
pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.


4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3
sahaja) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di sekolah rendah. Penyertaan
terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK).

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah
4.2 Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar mengikut Sukatan Pendidikan Bahasa
Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh
PPD/JPN/KPM


5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT DAERAH

5.1.1 Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan
pertandingan ini pada peringkat daerah masing-masing.

5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah.

5.1.3 Pertandingan pada peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan
sebelum pertandingan peringkat negeri.

5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.





BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5.2 PERINGKAT NEGERI

5.2.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab
mengelolakan pertandingan ini pada peringkat negeri masing-masing.

5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai
oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

5.2.3 Pertandingan pada peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan
sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.


5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3 sahaja)
dan Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing
dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah,
daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.

5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:

5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.3.3.2 cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.

5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / Internet.

5.3.3.4 hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita

5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan
nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,
ras dan agama.

5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur
murid.

5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema, serta tidak
tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5.3.4.4 Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja
yang dibenarkan menyampaikan cerita haiwan.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang
diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6
minit hingga 8 minit.

5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa
persembahan telah tamat.

5.3.7 Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).

5.3.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

5.3.10 Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang peruntukan
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.3.11 Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2
baris. Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum
atau semasa pendaftaran.

5.3.12 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:

5.3.12.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.3.12.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus
menerus;

5.3.12.3 dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

5.3.12.4 menggunakan prop, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

5.3.13 Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

5.3.14 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan
yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah Pendidikan
Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5.3.15 Bilangan panel hakim pada peringkat kebangsaan ialah lima atau
tujuh (05 atau 07) orang manakala pada peringkat negeri ialah tiga
atau lima (03 atau 05) orang. Pada peringkat daerah pula, sekurang-
kurangnya tiga (03) orang hakim menghakimi pertandingan.

5.3.16 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.3.17 Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan
rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian
Pertama.

6.2 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan cerita bahagian pertama .

(Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tiga (03)
minit untuk persembahan)

6.3. Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas
bahan rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja
Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.

6.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid
berkenaan akan ditayangkan.

6.6 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.

6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat
masa persediaan 1 minit.

6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk memulakan
cerita spontan.

6.9 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita.

6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat.

6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum tamatnya masa
persediaan.

BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6.12 Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi
tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1)
minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
sahaja setiap kali pergerakan.

6.1.5 Penyampaian cerita selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian
tidak akan diberikan markah.


7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.1 Teknik Persembahan 20 markah
7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
7.7 Kawalan suara 10 markah
__________
Jumlah 100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah
8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20 markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah
__________
Jumlah 100 markah


9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like