You are on page 1of 12

MOHAMMAD FAKHRI BIN SHAMMIZUL 2013971123

MOHD IDZHAM BIN ABDUL WAHAB 2013964111


Sistem politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu
telah berubah kesan daripada kemasukan kuasa
Inggeris di Tanah Melayu sejak abad ke-18.
Penguasaan Inggeris ini juga telah mengakibatkan
kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
ekoran daripada penghijrahan imigran Cina dan India
Akibatnya, timbullah penentangan
masyarakat Malaysia terhadap orang Inggeris kerana
telah membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu.

Sebelum campurtangan Inggeris di Tanah Melayu,
sultan berkuasa mutlak untuk memerintah dan
menguruskan hal-hal pentadbiran negara dan para
pembesar berkuasa untuk memungut cukai daripada
rakyat.
Tetapi setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu,
kuasa-kuasa raja dan sultan telah terjejas.
Kuasa raja menjadi terhad dan raja hanya boleh
menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat melayu dan
hal-hal keagamaan sahaja.
Ini adalah ekoran daripada sistem corak pentadbiran
baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Inggeris
iaitu Sistem Residen.
Sistem Residen ini telah diperkenalkan oleh Inggeris
di Perak pada tahun 1874 berikutan
dengan Perjanjian Pangkor.
Sistem ini kemudiannya diperkenalkan pula di
Selangor pada tahun 1875, di Pahang 1888 dan Negeri
Sembilan 1889.
Sistem Residen ini adalah satu bentuk pentadbiran
Inggeris yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan
tidak langsung di negeri-negeri Melayu.

Sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris
yang dilantik bagi setiap negeri untuk menasihatinya
dalam semua urusan pentabiran kecuali perkara-
perkara yang berkaitan dengan adat istiadat dan
hukum hakam agama Islam.
Kuasa pentadbiran negeri sebenarnya terletak di
tangan residen Inggeris tetapi mereka bertindak di
atas nama sultan-sultan Melayu.
Ini kerana, nasihat-nasihat yang diberikan oleh
residen Inggeris hendaklah diterima oleh sultan-
sultan Melayu
Sebelum campurtangan Inggeris, masyarakat Melayu
mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan apabila
berlakunya perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi
komersil pula diperkenalkan.
Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan
hasil secara besar-besaran dan melibatkan banyak
pihak yang memerlukan barang ekonomi yang
berbeza antara satu sama lain.
Ini kerana Inggeris lebih menumpukan kegiatan
ekonomi yang berorientasikan eksport.
Ini telah mendorong pelabur2 asing ke Tanah Melayu
dan membawa teknologi serta sistem pengurusan
ekonomi.
Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah
digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu
mendulang yang agak merugikan
Melalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris
menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang
diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu
menggunakan tenaga buruh yang ramai
Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah
pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta
mewujudkan pembukaan bandar2 baru.
Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan
kopi.
Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi
yang lebih moden dan canggih telah membawa
kepesatan kepada pengeluaran hasil getah.
Perubahan sosial yang dibuat oleh Inggeris ialah
perubahan dalam sistem pendidikan.
Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu,
pendidikan di Tanah Melayu bersifat tidak formal iaitu
hanya terhad kepada pengajian Al-Quran dan
keagamaan
Selepas kedatangan Inggeris, sistem pendidikan di
Tanah Melayu lebih bersifat perkauman @ vernakular
kerana Inggeris tidak menyeragamkan sukatan
pendidikan dengan pendidikan guru dan ini
membawa kepada perbezaan sukatan pelajaran antara
kaum.
Ini bermaksud sukatan pendidikan antara sekolah2
melayu, cina dan india adalah berbeza dan bagi
masyarakat cina dan india , guru diambil dari negara
asal.
Masyarakat Melayu tidak mendapat pendidikan
akademik yang sempurna seperti mana kaum2 lain
dan mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.
Dasar yang telah dijalankan oleh orang inggeris ini
sebenarnya telah menggalakkan kemasukan orang
asing di tanah melayu bagi menjaga kebajikan mereka
dan bagi meraih keuntungan ekonomi di tanah
melayu.

Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport
telah menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa
dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga
buruh.
Kedudukan buruh asing pula telah mengubah
komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga
mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk
peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya,
dan adat.
Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang
menjalankan dasar pecah dan perintah yang
menghalang wujudnya perpaduan kaum
Kesimpulannya, orang Eropah memang suka
berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu
miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah
mereka tanpa mereka berlawan, tanpa mereka
berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan,
hanya tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu hari ini
sekali lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan
peperangan mereka hanya untuk berada dalam
keadaan sedia dan untuk menggerunkan orang lain.
Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan peluru
untuk memuaskan naluri perang mereka; (Mahathir
Mohamad.:1999:165).

You might also like