Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Masyarakat Majmuk - KKP Semester 1

Masyarakat Majmuk - KKP Semester 1

Ratings: (0)|Views: 1,086 |Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Kerja Kursus Pendek Opsyen PPISMP Kajian Sosial Semester 1
Kerja Kursus Pendek Opsyen PPISMP Kajian Sosial Semester 1

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Nov 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/08/2011

pdf

text

original

 
Soalan :Sejauhmanakah perkembangan ekonomi kolonial yang berasaskan bijih timah dangetah bertanggungjawab kepada kewujudan masyarakat majmuk di negeri-negeri melayu selepas 1874.
Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yangmajmuk dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur danMalaysia barat. Namun terdapat tiga bangsa yang bersifat majoriti di Malaysia iaitukaum melayu, cina dan india. Di Sarawak etnik yang paling ramai ialah etnik Iban yangmewakili 30 peratus dari keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang palingramai ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri 27 suku. Menurut Kamus Dewan EdisiKeempat cetakan 2007, masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yang terdiridaripada beberapa kaum dan suku. Menurut J. S Furnival (1948)
[1]
masyarakat majmukterdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa danadat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama.Manakala menurut Kamarudin Jaafar masyarakat majmuk bermaksud kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapitidak bersatu.Masyarakat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu dari sudutpolitik, ekonomi dan sosial. Ciri-ciri masyarakat majmuk pertama dari sudut politikbermaksud setiap etnik atau bangsa mempunyai tingkahlaku tersendiri dalam pendirianpolitik. Parti politik dominan lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politikperkauman. Selain itu terdapat juga parti politik yang berasaskan keagamaan keranamempunyai pendirian kepercayaan yang berbeza. Dari sudut ekonomi masyarakatmajmuk membawa erti setiap masyarakat mempunyai pengkhususan pekerjaan yangberbeza. Perbezaan pekerjaan juga membawa kepada perbezaan tempat tinggal, taraf kehidupan, dan komposisi kaum di setiap negeri.
[1]
Hubungan etnik di era penjajahan sehingga kemerdekaan, Unit Sains Sosial KuiTTHO, 2007
Ciri-ciri yang terakhir ialah ciri-ciri dari sudut sosial iaitu setiap bangsamempunyai interaksi yang lebih di dalam kaum masing-masing dan kurang berinteraksi
1
 
di antara kaum. Masyarakat majmuk juga mempunyai azam sosial yang sama.Kewujudan pelbagai kaum dan etnik juga mewujudkan kehidupan yang penuhberprasangka, konflik dan pertentangan dalaman dan luaran.Perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia bermula secara rasmi setelahtermeterainya perjanjian diantara Sir Andrew Clarke dan Raja Abdullah yangdinamakan Perjanjian Pangkor 1874
[2]
di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di SelatDinding, iaitu perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Perjanjian tersebutmerupakan satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah yangmengakibatkan bermulanya campurtangan British secara rasmi di negeri-negerimelayu. Bermula dari Perak mereka terus menakluki negeri-negeri melayu yang laindengan menempatkan residen dan penasihat British di negeri-negeri tanah melayu.Kerajaan British telah mengeksploitasikan segala sumber mineral di Tanah Melayuuntuk memenuhi permintaan Revolusi Perindustrian. Antara pembaharuan yangdilakukan ialah memperkenalkan aktiviti perlombongan bijih timah dan perladangangetah yang memerlukan banyak tenaga kerja. Oleh itu kerajaan British telah membawamasuk ramai imigran-imigran dari China dan India bagi memenuhi keperluan tenagaburuh di dalam sektor perladangan dan perlombongan.Pembukaan lombong bijih timah di Kuala Lumpur di Selangor, Taiping, LembahKinta, Ipoh, Kampar di Perak serta Sungai Ujong di Negeri Sembilan selepas 1874 telahmerancakkan lagi kemasukan imigran luar. Kemasukan secara beramai-ramai imigrancina adalah pada abad ke-19 iaitu pada 1881. Seramai 89 900 imigran dari cina telahdibawa masuk melalui Singapura dan Pulau Pinang.
[3]
Kebanyakan orang cina yangdatang ke Tanah Melayu berasal dari bahagian tenggara China, iaitu Kwangtung,Kwangsi dan Fukien.
[2]
Ruslan Zainuddin, Sejarah Melayu Edisi Kedua, 2003
[3]
Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Perkembangan ekonomi kolonial di tanah melayu,http://www.geocities.com/unit_pm_dan_bk /en_hamdan/Artikel/ekomal.htm
Pihak British telah mengambil seramai mungkin kaum cina untuk dijadikan buruhdi tapak-tapak perlombongan bijih timah utama di Tanah melayu. Antara kawasantumpuan mereka ialah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kinta. Penumpuan mereka
2
 
di kawasan ini telah mengakibatkan wujudnya suatu ekonomi baru iaitu kegiatanperuncitan. Mereka mendirikan kedai-kedai runcit di sekitar tempat kediaman untukmembekalkan bahan keperluan seharian kepada para pelombong. Imigran cina padapermulaannya dibawa masuk melalui sistem tiket kredit. Melalui sistem ini mereka akandiberi tiket kredit oleh
Khek Thau 
. Tiba di pelabuhan mereka akan disimpan sehinggaada majikan yang berminat untuk mengambil mereka sebagai pekerja. Buruh-buruhbaru ini dikenali sebagai
Sin Khek 
(pendatang baru), dijual kepada majikan yangberminat seperti pengusaha lombong dan harga jualan menjadi hutang
Sin Khek 
kepada majikan. Mereka dikehendaki bekerja sehingga hutang langsai dan setelah itumereka dikenali sebagai
Lau Khek 
dan bebas bekerja dengan sesiapa yang merekamahu.
[4]
Kaum imigran cina di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada 3 kelompok iaitupertama mereka yang datang sewaktu zaman kesultanan melayu Melaka. Merekaberjaya menyesuaikan diri dengan budaya setempat dan kini dikenali sebagai kaumBaba dan Nyonya. Kedua ialah mereka yang berhijrah pada awal abad ke-19 ke negeri-negeri selat. Mereka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut adat istiadat Melayu,mereka digelar Cina Selat. Ketiga ialah mereka yang datang setelah tahun 1850-anuntuk bekerja di lombong-lombong. Mereka berbeza kerana hidup terpencil daripergaulan dengan kaum bumiputera. Mereka tidak fasih bertutur bahasa Melayu danmengamalkan budaya asal mereka.
[5]
Setelah berlakunya revolusi perindustrian di eropah, permintaan terhadap getahasli semakin meningkat dan menyebabkan kerajaan British terpaksa membawa masukbanyak imigran-imigran dari luar sebagai buruh termasuklah dari India untukditempatkan di kawasan perladangan getah.
[4]
Ruslan Zainuddin, Sejarah Melayu Edisi Kedua, 2003
[5]
Mahdi Shuid 2009, Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia, Selangor,
Terdapat juga buruh dari india yang memiliki iktisas dan datang bekerja sebagaidoktor, peguam, polis dan sebagainya
.
Proses penghijrahan buruh-buruh india bermulasekitar awal abad ke-20. Pada tahun 1900, dianggarkan keluasan ladang getah di
3

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
JayaHema liked this
JayaHema liked this
Wan Zul liked this
Intan Zaharah liked this
Chanie Violet liked this
cik_kaligrafii liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->