You are on page 1of 4

REFLEKSI SEMINAR 1 DAN 2

1 Pengenalan
Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberi impak yang besar kepada diri
sendiri, pelajar, guru besar dan negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan
berkongsi dengan guru-guru di sekolah. Pembangunan profesionalisme berterusan, program
latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan
kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.
2 Interpret
Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah inisiatif sendiri bukan dipaksa oleh
mana-mana pihak. Diharap guru menggunakan peluang yang diberi ini untuk mempertingkatkan
profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik sahaja.
Guru perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh survive dengan
kehidupan mereka pada masa depan. Tidak hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Katanya
transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan
dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada
peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Bagi melaksanakannya, kita perlu
meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang
cemerlang. Kita mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan menarik
perhatian ramai pelajar.

Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin
utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program
penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini,
profesionalisme guru itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru
tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama.Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan
dalam profesionalisme guru Berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan
amalan guru di sekolah,seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David
et al., 2003).Contohnya, kita sendiri. Kita boleh berjaya disebabkan guru-guru kita dahulu adalah
berkualiti. Sebagai guru, kita sentiasa mencari untuk meningkatkan kualiti diri kita.
Kemenjadian pelajar amat penting pada masa sekarang kerana mereka yang akan
memimpin negara kita pada masa hadapan. Kita bangga ramai pelajar yang cemerlang setiap kali
periksa tetapi ramai juga yang gagal. Kita harus mendidik pelajar pada hari ini untuk
menyediakan mereka pada akan datang. Contohnya, murid tahun 1 yang kita didik hari ini boleh
survive hidup mereka pada tahun 2025 nanti.
Faktor penting yang perlu kita lihat adalah berkomunikasi dengan berkesan, boleh berkolaborasi
dengan semua pihak dan mahir di dalam bidang yang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang
dikehendaki oleh sesebuah institusi atau seseorang majikan. Guru sentiasa proaktif ke hadapan.
Jangan tunggu guru besar suruh baru nak buat. Faktor guru amat penting dalam membangunkan
profesionalisme keguruan ini. Guru perlu membuat kajian tindakan bagi mengenalpasti
kelemahan atau kekuatan yang ada pada pelajar.
Media sosial seperti facebook, juga memainkan peranan penting. Guru seharusnya guna
ict di dalam p & p. Boleh berhubung dan tukar maklumat. Semua guru tidak kira gred perlu ada
kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan wawasan. Contoh, kompetensi yang diharapkan ialah p
& p berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah dan sumbangan profesionalisme.
Laluan kerjaya-3 tahun berprestasi tinggi akan dapat imbuhan. Guru terdiri daripada 3
kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah. Mereka akan memperoleh peluang
pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan
berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan, katanya ketika
berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran
dan Pembangunan Guru di sini hari ini. Selain itu, Kementerian Pelajaran akan menyediakan
banyak peluang peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru dan
pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian, sekali gus
membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha dan
perkembangan positif dalam memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan
profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu
pengetahuan serta kebolehan guru.


3 Penilaian
Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di
sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum
(subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan amalan dalam pendidikan.
Guru mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan kepercayaan, nilai dan sikap
yang dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh guru akan menjelaskan
enviromen pendidikan dan bagaimana guru memberi makna dan mengadaptasi kurikulum di
sekolah kepada pelajar di sekolah. Tahap pemikiran guru akan menentu dan memainkan peranan
penting yang konstruktif dalam pendidikan guru dan pelajar pada masa hadapan.

Daripada kenyataan ini, ternyata guru berperanan besar merealisasikan perlaksanaan
kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat beberapa elemen penting profesionalisme
keguruan yang memerlukan penghayatan melaksanakan kurikulum. Elemen-elemen ini boleh
dikesan terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum
dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan peluang
yang tersedia semasa guru-guru ini berusaha menterjemah kurikulum di bilik darjah. Ternyata
guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang
profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar
kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimakan pengajaran,
mengembang potensi insan dan meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sekaligus.

4 Cadangan
Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan
yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan
mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat.
Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut
perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh
sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan,
minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut
kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi,
pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan.

Skim perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek
pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim
yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan profesional yang lain. Pendekatan yang
mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi
masyarakat terhadap profesion keguruan, menarik minat individu lain untuk menyertai profesion
ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan
profesion keguruan yang mulia ini.

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang
lain masih relevan dalam era globalisasi. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus
berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entity dunia yang
berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan
berhati-hati. Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus
bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum
yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum. Usaha Kementerian
Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah kita
hari.

You might also like