You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

================================================================

1.0 PENGENALAN 12

2.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN 13

3.0 KAEDAH PEGANGAN PELURU 14

4.0 TEKNIK LONTARAN 15

5.0 ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU 18

6.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 19


12

1.0 PENGENALAN

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan


dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh
yang boleh. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan
bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai
golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan
melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru
tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah
mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah
negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar
peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa
peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.
Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain
seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan
Olimpik moden tahun 1896.
Bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada
bentuk bulatan yang berdiameter tujuh kaki, dengan bahagian hadapan tempat
melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

LONTAR PELURU
13

2.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN

i. Peluru
Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru
untuk peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg
manakala ukuran diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm.
bagi peserta remaja begantung kepada umur iaitu peringkat umur bawah
17 tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4 kg manakala bawah 15
tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg. Perbezaan berat peluru
perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta
berdasarkan peringkat umur.

ii. Gelanggang
Ia terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan
melontar dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan yang
berdiameter 2.135 meter. Di bahagian hadapan kawasan melontar
dipasang papan penahan untuk menentukan sama ada lontaran sah atau
batal. Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan penahan, lontaran
dikira batal. Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada
halangan dan gangguan. Ia bersudut 400 dari titik tengah bulatan
melontar. Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan
ini, lontaran yang keluar atau mengenai garisan dibatalkan.

iii. Pita pengukur


Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh
seseorang peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan
hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

iv. Kasut berpaku (spike)


Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika
gelanggang yang digunakan adalah padang berumput. Tetapi jika
gelanggang diperbuat daripada simen konkrit kasut sukan biasa adalah
digalakkan dan sesuai untuk dipakai.

LONTAR PELURU
14

Rajah 1.1: Gelanggang lontar peluru

3.0 KAEDAH PEGANGAN PELURU

Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan oleh peserta. Terdapat dua cara
untuk memegang peluru iaitu;
i. Menggunakan tiga jari
Cara mudah dan selamat untuk memegang peluru adalah dengan
meletakkan peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru
mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari dan jari
kelengkeng bertindak sebagai penyokong. Jari kelengkeng boleh
dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah.

ii. Menggunakan lima jari


Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi
kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar
peluru.

LONTAR PELURU
15

Rajah 1.2: Cara memegang peluru

4.0 TEKNIK LONTARAN

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru, antaranya
ialah teknik berdiri, teknik lontaran sisi, teknik O’ Brien dan teknik membelakangi
kawasan lontaran (step-back).

i. Teknik berdiri
Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang betul, boleh dilakukan
dengan teknik berdiri sebagai satu latihan. Berikut adalah cara lontaran
dalam teknik berdiri;
 Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm, tangan memegang
peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku
tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar.
 Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri
menyilang ke kanan.
 Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala
kaki diluruskan dan peluru di tolak keluar.
 Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan
kiri membantu mengimbangkan tangan.

LONTAR PELURU
16

Rajah 1.3: Gerakan dalam teknik berdiri

ii. Teknik lontaran sisi


 Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan
tengan bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa
dan kaki kanan di angkat.
 Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke
hadapan.
 Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran.
 Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru
keluar.

Rajah 1.4: Gerakan dalam teknik lontaran sisi

iii. Teknik membelakangi kawasan lontaran


Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihan jika
dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkah teknik ini adalah;

LONTAR PELURU
17

 Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.


 Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di
belakang.
 Kaki kiri diangkat sedikit.
 Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam
kawasan lontaran.
 Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
 Tolak peluru keluar dengan kuat.

Rajah 1.5: Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran

iv. Teknik pemindahan (O’Brien)


Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh atlit-atlit peringkat tinggi
yang mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi serta berpengalaman.
Cara melakukan teknik O’Brien adalah seperti berikut;
 Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan
bersentuh dengan garisan belakang.
 Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki
kanan.
 Mulakan langkah dengan kaki kanan.
 Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

LONTAR PELURU
18

 Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru


dengan kuat.
 Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke
hadapan dan imbangkan dengan tangan kiri.

Rajah 1.6: Gerakan dalam teknik O’Brien

5.0 ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU

i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan


dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
ii. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi -
iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh.
iii. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah
berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum
peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah
sudut lontaran.

LONTAR PELURU
19

7.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

i. Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari
serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.
ii. Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.
iii. Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta
tidak melebihi lapan orang.
iv. Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.
v. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan
peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar
dari kawasan mendarat dikira batal.

Rajah 1.7: Lontaran yang sah dan batal

vi. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru


mendarat.
vii. Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran.
Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.
viii. Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda
semasa membuat lontaran.

LONTAR PELURU
20

ix. Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama
menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi
kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat
peluru mendarat.

Rajah 1.8: Kedudukan pengadil

LONTAR PELURU

You might also like