You are on page 1of 1

74

GEN- Q I SU 34 I SU 34 GEN- Q
75
T
erdapat dua jenis akaun pengguna dalam sistem
operasi android iaitu pengguna root (root user)
dan pengguna biasa (normal user atau guest
user). Pengguna biasa mempunyai had
penggunaan yang terhad seperti tidak boleh mengubah
atau membuang aplikasi tertentu dalam telefon (preinstall
software) dan juga tidak boleh mengakses sistem fail
utama. Hal ini berbeza dengan pengguna root.
APA ITU ROOT?
Root bermaksud mendapatkan
kebenaran mutlak untuk
mengkonfigurasi dan melakukan
advance setting pada telefon pintar yang
menggunakan sistem operasi android.
Hal ini bermakna, anda boleh mendapat
kawalan istimewa yang dikenali sebagai
superuser access.
Setelah anda menukar akses
daripada pengguna biasa kepada
pengguna root anda boleh melayari
folder root yang sebelum ini tidak boleh
dilayari oleh pengguna biasa. Apabila
sudah mendapat akses ke folder root,
maka anda boleh membuat beberapa
perubahan kepada sistem fail telefon
anda.
Hal ini bermaksud anda bukan
sahaja boleh membuat dan menukar
sistem fail, tetapi juga boleh memasang
aplikasi android yang lebih hebat, yang
sebelum ini tidak boleh dipasang oleh
pengguna biasa.
Antara contoh aplikasi yang hanya
boleh digunakan oleh pengguna akses
root termasuklah:
SCR Screen Recoder: Merekodkan
paparan telefon pintar.
Titanium Backup: Membuat salinan
aplikasi telefon pintar.
CPU Control: Mengawal kelajuan,
penggunaan bateri, serta tahap
kepanasan telefon pintar.
Screencast Video Recorder: Merekod
kerja dan data dari dalam telefon
pintar.
Drocap2: Membuat tawanan paparan
skrin apabila digoncang.
File Expert: Menyimpan gambar,
dokumen dan lagu secara privasi.
DriveDroid: Menukar peranti telefon
kepada Bootable USB terutama bagi
sistem operasi linux.
Webkey: Mengawal telefon pintar
dari mana-mana pelayar (browser)
Internet.
Terdapat banyak lagi aplikasi yang
hanya boleh digunakan oleh pengguna
yang mempunyai akses root dan ini bukan
hanya terhad pada aplikasi utiliti malah
aplikasi grafik, permainan dan lain-lain.
BAGAIMANA MENDAPATKAN
AKSES ROOT?
Sebelum melakukan proses root,
perlu diingat bahawa anda memerlukan
sekurang-kurangnya 80% jangka hayat
bateri telefon supaya tidak menganggu
proses root. Antara aplikasi yang boleh
digunakan untuk mendapatkan akses
root ialah:
1. Mobogenie.
2. SRSRoot One Click.
3. UnlockRoot Software.
MENGGUNAKAN APLIKASI
MOBOGENIE
Mobogenie boleh dimuat turun di
http://www.mobogenie.com/. Apa yang
MEGAT ZAINURUL
ANUAR MEGAT JOHARI
Menyambung pengajian peringkat
PhDdalambidang Pengurusan
Maklumat
anda perlu lakukan ialah memuat
turun aplikasi ini dan seterusnya
menyambungkan telefon pintar anda
ke port USB komputer.
Buka aplikasi Mobogenie
dan klik butang My Phone dan
seterusnya mengklik ikon OneClick
Root. Sekiranya telefon anda belum
dirootkan, aplikasi Mobogenie akan
memaparkan arahan Root Now. Anda
perlu mengklik butang Root Now dan
menunggu sehingga proses rooting
tamat.
Rujukan video untuk penerangan
tambahan di: http://bit.ly/1iyzLH7
Telefon Pintar
MENGAPA
ROOT
PENTING?
LANGKAH TAMBAHAN (sekiranya
perlu)
4
Aplikasi Root Checker Pro
Setelah anda berjaya membuat
proses rooting anda boleh pergi ke
GooglePlay (https://play.google.
com.) dan memuat turun aplikasi Root
Checker bagi membuat verifikasi
proses root yang telah anda buat
dengan hanya mengklik butang Verify
Root.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Ada kalanya walaupun telefon
pintar anda telah disambungkan dengan
komputer melalui port USB, telefon
pintar anda mungkin masih tidak dapat
dikesan oleh komputer. Sekiranya anda
menghadapi masalah ini, anda perlu
mengaktifkan mod enable USB debugging.
LANGkAH 1: Pergi ke Setting >
Developers Options > USB Debugging
dan tanda rait (/) untuk mengaktifkan
USB debugging.
Bagi pengguna-pengguna
Android 4.2.2 atau versi yang lebih
tinggi, mod Developer Options tidak
diaktifkan dan dipaparkan. Anda boleh
mengaktifkannya dengan cara seperti di
bawah:
Pergi ke Setting > About Phone > Built
Number dan anda perlu klik sekurang-
kurangnya 5-6 kali bagi mengaktifkan
fungsi ini.
1
klik My Phone dan kemudian klik
Oneclick Root
2
Tunggu sehingga telefon pintar
disambung ke USB.
3
klik butang Root Now
NOTA
1
Ada sesetengah
syarikat yang akan
membatalkan
jaminan (warranty)
untuk telefon pintar
yang telah diubah suai
akses penggunanya
(root).
2
Perlu diingatkan
bahawa pihak
penerbit dan
penulis tidak boleh
dipertanggungjawabkan
atas kegagalan dan
kerosakan yang berlaku
pada telefon pintar
anda semasa membuat
proses root.

You might also like